hilmirdadaud.blogspot.my

Tahun baru di Cameron Highland.

| On
January 10, 2012
Assalammualaikum...

Peh..lama tak mengadap blog ni.. cerita pun dah basi, tak pe tak kira nak cerita gak. 1 Januari hari tu tiba2 kami buat keputusan nak gi Cameron Highland. Cuti sekolah pun masa tu dah nak habis, alang2 dah dekat baik pergi.

 Dr Lumut kami bertolak pukul 9 lebih ikut Simpang Pulai, sampai dekat pukul 12, kalau ikut Tapah mungkin lagi lambat kot. Sepanjang perjalanan tu tak banyak kereta, ingatkan lengganglah Cameron Highland tu tapi sesak bukan main. Ingatkan kat KL aje yang jem macam ni rupanya kat atas ni pun jem jugak..


Hujan aje sepanjang hari, berhenti kejap aje pastu hujan balik... Tak puas nak bawa anak2 explore ape yang ade kat sini.


Memandangkan sampai pun dah lewat.. buah strawberry dah abis kene petik, bunga ros yang byk2 dulu pernah ku beli... dah tak ade dah. Belilah ape yang tinggal aje.


Budak2 ni suka dapat gula2 tu, perasa aje bukan strawberry betul pun. Satu RM1 tau.




First time ni budak2 tu tengok pokok strawberry.



Sebekas ni RM 10.. Penjual tu kata organik punye, tak taulah betul ke tak tapi tak masam sangatlah kalau nak di bandingkan dengan yang kecik sikit tu.


Singgah kejap kat Bharat Tea Shop.. 





 Reda aje hujan , cepat-cepat gi kat ladang teh. Dekat aje ngan tempat parking tu. Baru ambik 2-3 keping gambar... hujan pun turun balik.



Kami bertolak balik ke Lumut pukut 5 petang.. Jalan berkabus dan kami buka tingkap kete aje, tak buka air cond pun.. sejuk.

Tak puas hati tak dapat bunga ros yang byk tu. Singkat sgt masa pulak tu. Kene gi lagi ni.. Mungkin kene tempah hotel pulak lepas ni. Bila lah agaknye tu kan?..



Be First to Post Comment !
Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)