hilmirdadaud.blogspot.my

Marie Lapis Cheese..

| On
April 18, 2012
Assalammualaikum..

Hari ni Amy nak tepek resepi Marie Lapis Cheese yang nama asalnya ialah kek lapis pesona.. Amy dah pernah ceritakan sblm ni dari mana datangnya nama Marie Lapis Cheese tu. Resepi ni amy terjumpa kat blog kak ct delima.

Kek ni senang nak buat, tak payah nak bakar atau nak kukus. 




Kek Lapis Cheese Persona 
by : ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan2: (Saiz 9x9)

A:

  • 2 bungkus biskut marie perisa coklat -lebih kurang 600 g (ryo guna jenama LEE)
  • 500 ml susu segar,dipanaskan
B:

  • 500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
  • 10 ml susu segar
  • 1/2 cawan gula halus

Caranya :


  1. Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati
  2. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair
  3. Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
  4. Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
  5. Panaskan susu segar,padamkan api.
  6. Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw)
  7. Pastu sapukan adunan cheese di atasnya,ratakan
  8. Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
  9. Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
  10. Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia. tp amy rasam tak leh pulak.. senang blend aje.)
  11. Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong. (Amy peram dlm peti sejuk tu semalaman, hari yg kedua dia jd lagi sedap)
Resepi ni pakai dekat 2 paket biskut marie... masa first time amy buat, cheese tu tak cukup nak lapis semua biskut tu. Kali kedua, Amy buat sampai habis cheese aje... menderhaka pulak hihihi..

11 comments on "Marie Lapis Cheese.."
  1. WAJIB TRY NANTI..THANKS RESEPINYA :D

    ReplyDelete
  2. bhn2nye senang nak cari dan x byk jenis..tp nak buat celup satu2 tuh yg leceh kot..mintak copy dulu resipi..senang2 nnt leh gak try kan..

    ReplyDelete
  3. Macam kek batik rupa dia, tapi ada cheese, sure lg mengancam! TQ for the resepi. Rajin2 leh cuba. Bila rajinnya tu yang tak tau bila! Ha =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas ni kita tukar nama kek batik cheese pulak... pandai2 je Amy ni nanti marah pulak si pencipta resepi ni hihihi

      Delete
  4. jap, xbrp nk paham lagi.. emmmm sapu cheese tu dekat setiap biskut yg dah dicelup satu2 ke.. or celup biskut sampai hbs susun 1 lapisan pastu baru letak cheese & susun biskut lagi & lapis cheese lg?

    thanks :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. celup satu2 biskut tu pastu susun 1 lapisan. Bila dah abis susun sapu cheese atas biskut yg tersusun tu
      pastu buat lapis kedua pulak... celup biskut tu lagi dan susun satu lapisan lagi. dah habis buat lapisan cheese tu lagi ... sehingga habis. Last sekali mesti lapisan cheese tau..

      Delete
  5. terpesona plk dgn kek ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah terpesona kena buat tu... hihihi

      Delete
  6. sedapnya ... tengok gambar dah terasa laparnya. Insya Allah balik kerja nanti nak cari bahan-bahannya. akak nak cuba.

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)