Adehh... Adehhh dah tak larat..

Assalammualaikum..

Ameer Irfan.. sejak darjah satu lagi dah kena buat folio. Kebanyakan sekolah lain Amy tanya tak de pulak yg kena buat. Minggu lepas baru dapat 2 tugasan utk buat folio, Bahasa Malaysia dan Sains.

Bahasa Malaysia tajuknya Ayat Adjektif, kena cari maksud, contoh dan buat 20 ayat. Cikgunya pesan kena buat sendiri, kena cari dalam internet nanti kat sekolah waktu makmal komputer cikgunya nak tanya... Si Ameer Irfan pulak tak berape laju lagi nak menekan keyboard ni, sampai ayat ke 15 aje tak larat. Sudahnya...... tau-tau ajelah sape yg menyambung keje dia... huhuhu.



Folio sains pulak kena cari binatang yg di darat, udara dan air. Tumbuhan pun ade jugak tu. Pastu kena tandakan external features pulak... gambar nak penuh, kebanyakkan gambar yg Amy jumpa sekerat aje. Lama jugak nak mencari gambar yg sesuai.. Akhirnya....mamanya tak masak sbb dok sibuk cari gambar.



Cari  tiger keluarlah semua gambar tiger termasuklah sorg tu... hihihi...

Kalau dah malam, bukan nak siapkan folio ni aje tp kena jd cikgu pulak utk 3 org ni. Masing2 ade kerja sekolah termasuklah yg gi Smart Reader tu.



Belajar menulis...

Kedua2 folio tu dah nak kena hantar dah. Semalam sehingga Rabu, Sek Sri Bintang Utara dah start buat  ujian ejaan dan rencana bagi mata pelajaran BM dan BI. Kat Sek KAFA pulak, dah start periksa. Nasib baiklah 2 hari ni syafawi. Besok bahasa Arab pulak. Hari Khamis, SKSBU dah periksa Seni dan J-Qaf...
Adehhhhh dah tak larat dah.. anak yg periksa ngan mama-mama sekali pun mcm nak periksa.



Comments

  1. baru darjah 3 dah buat folio macam tu sekali. Hebat sekolah ni..:)

    ReplyDelete

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)