hilmirdadaud.blogspot.my

Clown dan Barbie..

| On
May 06, 2012
Assalammualaikum...

Minggu lepas dapat tempahan daripada kawan sekolah Amy dulu-dulu. Bila teringat dia mesti terbayang dia pakai baju sekolah. Sekolah Amy dulu, Ketua dan penolong ketua kelas pakai kain atau seluar mcm kaler 'merun' (hahaha tak gheti nak eja.. kalau ade cikgu Bi mesti kena gelak). 

Dia tempah 2 kek coklat utk besday anaknya Isnin nanti. Maklumlah.. murid2 ade 60 org kalau satu kek aje, kesian pulak. Tema.. dia tak kisah.

Semasa Amy gi Yummy dulu adelah nampak kepala clown, rasa mcm comel pulak. Amy beli tak banyak, Amy pun tak tau kenapa. Bila buat kek utk anak kawan Amy ni terlintas pulak nak buat deco cam yg kat bawah ni....


birthday cake

Sesuailah dgn budak2 kannnn... Kek ni Amy letak  buttercream perasa oren dan tak manis sangat.

Anak Amy pun asyik mengendeng aje masa amy deco kek ni.. byk gula2 :)


birthday cake

Yang ni pulak.. Sejak gi kelas belajar buat bunga ros tu, ini adalah kali kedua Amy buat. Dari pukul 9:30 malam sampai pukul 11 lebih buat ros aje. Penat betul berdiri lama2. Mananya tak.. Bunga Ros asyik jadi bunga kobis aje. kalau guna shortening + aising sugar mesti bunga tu jadi lagi cantik. 

Walaupun penat dan rasa macam nak menangis tapi rasa puas. Oklah kan bg org baru seperti Amy ni. Selalunya Amy ni memang over bila dah dapat peluang mendeco ni. Ade aje nak letak, last-last semak.


birthday cake

Walaupun deco kek ku ini kurang kecantikkannya tapi rasanya insyaallah sedapppp. 




Be First to Post Comment !
Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)