hilmirdadaud.blogspot.my

Cuti sekolah... mamanya yg over.

| On
May 28, 2012
Assalammualaikum...

Yeiiii sekolah dah cuti... hihihi. Anak yg cuti sekolah mama pulak yang lebih. Bagi yg seangkatan ngan Amy mesti faham kenapa... lega, rasa macam kita pun cuti sama. Tak payah nak terkejar2 nak buat sarapan, nak masak, nak buat keje rumah... tak payah nak turun naik lif banyak kali sbb nak antar dan ambik dr sekolah dan tak payah nak gosok baju byk2. Tinggal nak urus en hubby yang nak gi opis pagi2 aje.

Hari sabtu tu terus ajak en hubby gi Sunway Lagoon sbb dlm hati berlonjak2 hepi cuti dah start. Memang ketara mamanya yg over dr anak nya hihihi.


Habis aje Kumon terus tuju ke sini. Dah lama sgt tak gi sini sampai jalan pun dah lupa. Harga tiket pun sama, Sekali tengok harga tiket hari tu rasa mcm nak 'kensel' aje tp dah penat2 dtg tak kan nak balik pulak kot. Bukan sikit RM yang terbang... nyesal-nyesal.


Ayahnya sibuk beli tiket, sikecik ni pulak sibuk main benda tu. Kami ambik Wildlife Park, Water Park dan Amusement Park. Itu pun dah tak larat sampai sakit kaki.


Ikan ni besar tau...




Ular ni pun besar... tapi dah mati... Ntah apelah yg dia mkn sblm ni sampai besar mcm tu.


Tido di tengah hari...


Ambik gambar arnab ni dr atas. Giant Rabbit... sbb arnab ni memang besar saiz dia tak mcm arnab biasa.


Water Park... main air.



Lapar punya pasal, tak lunch lagi. Mahal harga  mkn kat situ. Terkedu bila tengok harga. Cer teka berape harga ais krim ni Amy kena bayar....
.
esok Amy bagi tau... simpan utk esok hihihi...


Sebelum tukar baju, mkn ais krim dulu..

Dah tukar baju pun... tetap nak main air lagi.



Amusement Park. Naik Buffalo Bill Coaster. Amy n Ameer Irfan tak naik sbb takut.. huhuhu. Tak sempat nak naik Apache Pots, Voltures dan yang lain2 sbb dah pukul 6 petang. Dia org dah tutup. 



Punyalah jauh parking keta. Budak ni dah letih sgt...


Masa baru sampai, budak2 ni tanya.." Mama.. kita tak tido hotel ke?" 


Dah tak larat... tunggu kat sini aje sementara ayahnya gi ambik kete.  Kami semua sakit kaki... termasuklah en hubby.


4 comments on "Cuti sekolah... mamanya yg over."
  1. bestnyey g sunway lagoon..hani dah lama xg..last g tahun 2008..huhu

    ReplyDelete
  2. Tumpang tanya. Yg rm60 tu if guna mykad dia bagi tak harga lepas discount?

    ReplyDelete
    Replies
    1. utk kanak2 dan org tua... kalau all park normal price rm80 kalau mykad rm60. Amy ambik yang 3 park RM48.

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)