hilmirdadaud.blogspot.my

Haaaa ..... Kan dah kena.

| On
May 22, 2012
Assalammualaikum...

 Pagi semalam waktu hantar Ameer Irfan gi sekolah, ada banyak motor kat lorong kecil yang dalam gambar tu. Lorong kecik ni merupakan pintu belakang flat PPr Pudu Hulu. Bertentangan ngan lorong ni pulak adalah kawasan SK Sri Bintang Utara dan SK Sri Bintang Selatan.

4 Sekolah kat satu tempat, bayangkan betapa sesaknya. Nasib baik ni jalan mati. Amy hantar Ameer Irfan gi sekolah jalan kaki aje, sbb lagi cepat dari naik keta.


Nampak tak bangunan hujung tu. Kat situlah rumah Amy.
Pagi tadi keta ni elok lagi.


Ok berbalik cerita pasal motor tadi. Mereka semua tak leh nak lalu sbb ade seorang manusia yang tidak berfikir panjang dah blok lorong tu ngan keta dia. Dia org kena angkat motor tu pulak. Masing- masing merunggut tak puas hati. 


Dah pecah..

Lebih kurang pukul 8 pagi, Amy tengah sidai kain kat balkoni. Tiba-tiba dengar bunyi kuat, tak tau mcm maner nak terangkan bunyi tu tapi bila Amy dengar, Amy tau ade sesuatu yg kena baling. Amy pun carilah maner datangnya bunyi tu. Dari jauh Amy nampak ade seorang lelaki tengah gangkat batu dan membaling ke arah kereta tu. Lepas tu dgn selambanya dia pun pergi ngan motornya. Dia sorg aje kat situ tadi mungkin yang pertama pun dia punya keje. Ceh macam tulis novel pulak Amy ni kan, hihihi..




Pukul 1:30 Amy lalu sini lagi sbb nak menjemput Ameer Irfan. Kete ni ade lagi kat situ, apa lagi Amy pun sambil lalu sambil ambik gambar la.

Tu laaa ade banyak tempat boleh parking, kat situ jugak yang nak parking. Kan dah kena. Petang tu.... Amy tengok dr rumah Amy, keta tu dah tak de dah. Tak taulah macam maner riaksi tuan punya keta ni bila dia tengok keta dia. 

Pengajarannya....  jangan buat sesuatu ikut suka aje dan jangan menyusahkan org lain.


4 comments on "Haaaa ..... Kan dah kena."
  1. dia xperasan kot jln kecik tu ada or xtau jln tu jd laluan ramai org.. ntah2 tuan kete tu sekadar dtg berjln je dkt rumah sape2 dkt tmn tu..

    ReplyDelete
  2. macam mana boleh tak perasan dia dah block jalan tu? Kuar kereta je mesti dah nampak kan. Tak pasal2 sendiri dapat susah...huhu

    ReplyDelete
  3. ish...sesuai sgt keta dia kena camtu..agak2lah tmpt parking tu..hehehhee

    ReplyDelete
  4. ishk3...tak patut..tak patut..
    sepatutnya owner kerea tu dia tau2 sendiri lah kat situ tak bole parking..

    yg org baling batu tu pun, agak2lah..jgn lah buat macamtu..bagi lah notis amaran kee kat kereta myvi tu...lepas tu kalau dia buat lagi,ha baru lah baling batu tu laju2 ehehe

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)