hilmirdadaud.blogspot.my

Kek Kukus Coklat

| On
May 31, 2012
Assalammualaikum....

Hari ni Amy nak share resepi kek kukus coklat yang sedap lg moist gitu...

Mungkin ramai yang dah ade resepinya tapi Amy tak kira... Amy nak letak jugak kat sini.



Bahan-bahannya..

A. 1 cwn serbuk koko,
     1 cwn gula,
     1 cwn minyak masak,
     1 cwn susu cair,
     1/2 cwn susu pekat.

- Dimasak dgn api yang kecil. Agak2 suam dan sebati- tutup api.

B. 1 1/4 cwn tepung,
     1 1/2 sk double action baking powder,
     3/4 sk soda bikarbonat.

- ayak/tapis bersama. Takut2 ade makhluk asing pulak kat dlm tu.

C. 3 biji telor - dipukul sehingga kembang semangkuk hihihi.. Amy letak esen Vanila 1 sudu kecil kat dlm tu.



Cara-caranya,

1. Panaskan periuk kukus.

2. Masukkan bahan A tadi ke dlm telor yang dipukul tadi. Gaulkan sehingga sebati.

3. Masukkan tepung sikit demi sedikit- gaul lagi. Dah siap.....

Bolehlah nak masuk dlm loyang ke dlm bekas plastik ke... Yang penting api sederhana jgn kuat sgt. Kang merekah sana sini tp dlm tak masak.


Topping... yang meleleh2 cam kat atas ni,

3/4 cwn serbuk koko,
1    cwn gula kastor,
1    cwn susu cair,
2    sb tepung jagung,
1    sb butter,
sedikit air.

Caranya - Masuk semua dlm satu tempat, kacau atas api kecil sehingga pekat sikit. Api jgn besar nanti hangusssss. Dah siap. Biar kan sejuk dulu sblm tuang kat atas kek.





2 comments on "Kek Kukus Coklat"

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)