Mata Ameer Faris terluka lagi...

Assalammualaikum....

Amy hantar Ameer Irfan gi sekolah kafa dulu sbb susah nak bawa 3 org budak gi hospital naik teksi. Pergi senang le bila nak balik nanti belum tentu senang nak dapat teksi.

Sampai Ampang Putri tadi dah pukul 3 nasib baik klinik Dr Rozita tak de org so kejap aje dah masuk. Dr Rozita ni pakar mata... ade mcm2 mesin (mesin ke.. bantai ajelah) utk mata kat klinik dia kalah kedai buat cermin mata tu.....

Hari ni budak ni jalan sambil tutup mata..

Doktor tu titiskan eye drop ke dlm matanya barulah boleh buka mata. Dah tak pedih lagi lepas tu ntah apa yg doktor tu sapukan lagi kedlm mata dia, bila disuluh baru nampak luka kat mata hitam.
Besar luka tu sama dan tempat pun sama ngan luka yg dulu.  Lebih kurang 4mm besar luka tu. Doktor kata... kalau kali ketiga luka di tempat yang sama nanti bila dah baik akan nampak parut kat situ.

Doktor masukkan contact lenses kat mata yg luka tu supaya luka tu tak jadi lagi besar. Susah nak masukkan contact lenses tu sbb Ameer Faris tak nak... takut sakit katanya. 



Ameer Nasiim tak melepaskan peluang bila nampak banyak mainan kat situ.


Memang tak faham..


Ramai pulak orang menunggu giliran..


Inilah ubatnya... 

Ubat titis  ambik 2 jam sekali, oitment tu ke letak bila kanta tu dah keluarkan nanti. Nasib baik boleh 'klim' bil ni kalau tak..huhuhu.

Hari Jumaat pagi nanti kena dtg lagi utk keluarkan kanta tu. Alahai... duit lagi.



Comments

  1. alahai kesiannya dia. camne boleh luka kat dalam mata tu ?

    ReplyDelete
  2. aduhh macam mana boleh jadi macam tuu kan
    x perlah dik
    sib baikk x jadi lebih buruk
    kena ada simpanan kalau2 anak2 jadi macam nie kan
    emergency macam nie huhuh

    ReplyDelete

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)