hilmirdadaud.blogspot.my

Kek Yogurt Oren..

| On
July 16, 2012
Assalammualaikum...

Minggu lepas MIL minta Amy tolong buatkan kek oren utk di bawa ke rumah sedaranya. Kalau dah buat tu mestilah kena buat lebih.. 


Mula2 Amy buat bancuhan kek oren ni utk 2 biji kek. Sampai sakit2 tangan memerah oren tu.


Antara bahan2nya... 


Putih telor yang telah dipukul... kat belakang tu mixer yg laju yg amy cerita sblm ni. Masih belum beli yg baru.. 


Butter yang telah dipukul bersama gula dan baru letak kuning telor. Bukan mangkuk tu aje yg comot... orgnya pun comot kena percikan butter tu. Mixer tulah punya pasal.


Tepung, jus oren dan yogurt . Amy malas nak guna whisk tu... amaran... jgn buat macam ni.


Dapatlah 2 loyang... satu 8' satu lagi 9'.



Oven Amy kecik aje... kenalah masak satu2. Ntah apa yang silap kek yg pertama tu jd macam ni... tak handsome langsung. Dalamnya pulak mcm tak berapa masak walaupun dah di cucuk ngan tester tu tak melekat. Nilah akibatnya klu malas... yogurt tu tak rata tapi rasanya tetap sedap.


Ingatkan yg besar tu nak bg org.. yg kecik tu utk mkn, jd Amy lebihkan pd yg besar tu. Yg kecik tu tinggal 700g aje. Tak pasal2 kena bacuh satu lagi. Nasib baik jadi... 

Amy guna whipping cream aje sbb tak tau nak guna topping apa. Tak kan nak antar mcm tu aje, kalau kenduri kat kg bolehlah.... Pada sesapa nak mencuba kat sini Amy letakkan sekali resepinya.

Kek Oren..

Bahan-bahannya

125g butter,
190g gula kastor,
60 ml jus oren (Amy letak lebih sikit),
1 sudu kecil parutan kulit oren ( lebih sikit tak pe tp jgn byk sgt)
Yogurt (amy guna plain yogurt cup yg kecik tu satu),
3 biji telor (putih n kuning asingkan),
220g tepung naik sendiri ( Amy guna tepung gandum tambah 1 1/2 sk Baking powder n 3/4 sk soda).

Caranya:-

1. Pukul butter, parutan kulit oren dan gula sehingga gebu.
2. Masukkan kuning telor dan sebatikan. (guna whisk aje)
3. Dlm bekas lain pukul putih telor sehingga kembang.
4. Masukkan jus oren dan yogurt..
5. Masukkan tepung n putih telor. Ratakan. 

Dah siap... Selamat mencuba.






4 comments on "Kek Yogurt Oren.."
  1. belum penah cuba buat kek oren. rasanya dah lama tak membakar, malas sgt

    ReplyDelete
  2. yeayyy ada resepi suka2...nanti bley try buat hihihi

    ReplyDelete
  3. w/pun krg menjadi..janji rasanya malatop kan..klu ank2 akk jalan je..

    ReplyDelete
  4. tak pernah buat kek oren..menarik nih. wah siap deco cantik2 lg erk..

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)