hilmirdadaud.blogspot.my

Makan di rumah sedara...

| On
July 17, 2012
Assalammualaikum...

Sebelum ni Amy ada cerita tentang kek oren yang MIL Amy nak bawa gi umah sedara kan... so ni nak sambunglah citer tu. Bukan citer pasal kek oren tu lagi tau tapi nak citer sikit pasal gi umah sedara tu.

Hari Jumaat mlm tu... family Amy dan keluarga en hubby Amy gilah umah sedara yang jemput kami makan tu. Walaupun en hubby pukul 8 baru sampai umah tapi Amy ajak jugak dia gi. Teruk Amy ni kan... tak pelah dah dekat 9 tahun dia tak jumpa sedara dia tu.



Bersama FIL Hj Ameer Hamza dan SIL yg bongsu Siti Nadia.

Rumah sedara kami ni kat Jln Ipoh, KL. Kami pergi 2 kete.. yelah kan maner muat ramai2. Sebenarnya sedara kami tu adik satu bapa MIL Amy... so pakcik en hubby Amylah kan. Apasal lain... itu tunggu citer pasal salasilah keluarga en hubby nanti. Ntah bilalah tu kannn hihihi.



Sebelah Ameer Irfan... SIL yg bawah en hubby Amy, Halima Nuriah. Yg sedang duduk pakai baju kurung biru tu MIL Hjh Kalsom Abd Rahman. 

Yg sebelah en hubby tu pakcik Asyraf. Lelaki yg duduk tu anaknya. Sebelahnya isterinya dan yg kat belakang tu menantunya.

Kedatangan kami di jamu ngan nasi berani bersama mcm2 jenis lauk dan Putu mayam. Semuanya sedap2. Layanan isteri pakcik .. memang tak dijangka. Dia senduk nasi kami, nasi sikit aje dia tambah lagi. Lauk tinggal sikit pun sama jugak.. pendek kata memang kekenyangan lah malam tu mana taknya asyik ditambah2 aje.

Pukul 11 baru kami balik... kalau selalu datang situ memang bertambah2 kg lah jawabnya.... hihihi.

7 comments on "Makan di rumah sedara..."
  1. wah meriahnyer tgk ramai2 macm tu..kumpul ramai2 mmg best kan :))

    ReplyDelete
  2. saya pon ingat2 lupa je sedara mara.
    mana taknya jumpa setahun sekali waktu raya je.
    kadang2 tak jumpa langsung bertahun2

    ReplyDelete
  3. Baguslah jenguk-jenguk sedara-mara kan Amy... mengeratkan silaturrahim..

    ReplyDelete
  4. meriah..seronok kalau dapat kumpul mcm ni..

    ReplyDelete
  5. seronok bila berkumpul ramai2 mcm ni dapat pula makan nasi beriani...aduh! sedap tu. Putu mayam pun feveret saya tu

    ReplyDelete
  6. HYE amy,salam ramadhan dear....moga lebeh baik dari sebelumnya....sonok dpt kumpul mcm ni..

    ReplyDelete
  7. sesekali g umah sedara ramai cam tu mmg seronok dan meriah kan..mengeratkan silaturahim

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)