hilmirdadaud.blogspot.my

Balik kampung...

| On
September 14, 2012
Assalammualaikum....

Anak-anak Amy kalau balik kampung memang tak lekat kat dlm rumah. Selagi terang tanah tu selagi tu ade diorg kat luar tu. Maklumlah kat KL ni manalah boleh keluar rumah sesuka hati tanpa kita, kang hilang menangis tak berlagulah mamanya ni.



Ada aje yg nak dibuat kat luar tu, susun batulah, korek tanah buat lubang utk apa Amy pun tak tau. Abis batu2 tu diangkat nak tengok ada katak ke tidak. Pantang nampak ayam habis di kejarnya tp satu hari tu Ameer Faris mengadu sakit kena patuk ngan ibu ayam siap boleh tunjuk lagi ayam yg maner satu. Kita org satu rumah tergelak ... yg gatal gi kacau anak2 ayam buat apa.


Oyangnya bising diorg korek2 tanah tu, abis nanti kucing buat toilet kat situ. Kat rumah kampung ni banyak cicak... cicak tu pun dia hambat. Lantaklah masa ni lah adventure time diorg.


Ni anak buah Amy, Asraf dan Amar. Kesian diorg hari raya tahun ni raya ngan kita org aje, mak ayah diorg keje. Si kecik tu pantang nampak nampak adik Amy yg no 2... dia mengekor aje dia ingat tu ayah dia.



Dah pandai pulak bergambar macam ni... 


Sejak arwah mak dan abah tak ade, tinggal kami adik beradik dan nenek aje kat rumah tu. Nasib baik ada nenek... bestlah sikit nak balik raya.


Skang dah ada hospital, klu dulu nak gi hospital yg paling dekat pun kat Kuala Pilah.


Dulu balai polis kenit aje skang dah besar. JPJ pun dah ade. Dulu masa zaman Amy sekolah, kita org bawa motor tak de lesen, helmet pun tak pakai. Skang jgn haraplah jawapnya dapat surat cinta.


Sek Men Amy dulu... ambik gambar dr dlm kete aje. Klu ambik gambar dr luar, pelik pulak org kampung Amy klu diorg nampak.


Pekan Kuala Pilah. Hari raya ketiga Amy balik KL belum sampai pekan ni lagi dah jem teruk. Klu dr arah jempul nak ke seremban nilah satu2 nya jln selain dr ikut jelebu.



Perjalanan 2 jam dah jadi 4 jam. 


Jalan nak ke Istana Sri Menanti. Walaupun dekat tp Amy tak pernah pergi lagi.


Kat sepanjang jalan tu banyak org menjual kat tepi2 jalan. Ada madu, telor itik, lemang dan buah2an. Amy jarang berhenti sbb jln kecik dan kete pun laju. Klu Amy nak singgah situ kena bg tau en hubby awal2 nak berhenti kat maner.

Sampai KL kami semua kepenatan dan masuk tido terus. Kemas kemudian hihihi.
4 comments on "Balik kampung... "
  1. banyak pembangunan dan kemajuan sekarang kan

    ReplyDelete
  2. memang seronok balik kg
    anak2 lah kan
    kalau akk dah x der kg dah
    sbb dah duduk kampung ekke
    soo bila raya anak2 selalu ajak balik kg arwah nenek di muar ..
    memang mereka suke ;)

    ReplyDelete
  3. blk kg mesti anak2 happy kan :)

    ReplyDelete
  4. seronok kalo dapat duduk kampung nie...

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)