Avokado milo...

Assalammualaikum...

Buah Avocado mesti semua orang kenalkan.. kalau kat Malaysia ni bukan main mahal lagi harganya. Amy suka sangat ngan buah ni, Kalau kat JJ rm4.99 sebiji kalau dah teringin sangat tu beli jugak.


Gambar dr pakcik google

Amy pernah beli buah ni masa gi Bandung Shopping Mall dua tahun yang lepas. Banyak jugak Amy ambik.. sekilo lebih rm8.++ aje, terkejut masa tu... murahnye + boleh sesuka hati ambik dan rasa. Kebetulan en hubby Amy ada kawan sekerja yg tinggal kat sana masa dia keje ngan MISC dulu, dia yg bawa kami kesana.

Ok sambung balik.. 

Biasanya kita dengar jus avacado kan tapi pernah tak makan avacado campur milo? Yang pasti rasanya tak sama ngan Avocado smootie tu.




Kebetulan kat rumah nenek en hubby ada sebatang pokok avocado, Amy pulak yg kekampungan sgt masa tu tak heran pun. Satu hari nenek en hubby buat dan dia bg Amy.. barulah tau sedap sebenarnya buah ni hihihi.

Senang aje nak buat Avocado milo ni...

Bahan-bahannya :-
Avocado (dilecek boleh, diramas pun boleh),
Susu pekat manis secukup rasa,
Milo seberapa banyak yg suka.

Caranya... gaulkan aje semuanya dan simpan dalam peti sejuk. sedap dimakan sejuk2. 

Anak2 Amy semuanya suka en hubby aje yg tak berminat. Jom lah cuba..


Saja nak memanjangkan entry... nak kongsi kebaikan buah avocado yang amy ambil dari Pertubuhan Peladang.


Senarai kebaikan avokado

Selain daripada khasiat yang dinyatakan di atas, di sini saya senaraikan 10 mengapa kita patut makan avokado, info dipetik dan diterjemahkan dari laman web Health Diaries.com :

1. Pencegahan kanser prostat

Avokado telah dibuktikan berkesan untuk menghalang pertumbuhan kanser prostat.

2. Perlindungan (mencegah) kanser mulut 

Penyelidikan telah menunjukkan bahawa sebatian tertentu dalam avocado dapat mencari pra-kanser dan kanser sel kanser mulut dan menghancurkan mereka tanpa merosakkan sel-sel sihat.

3. Perlindungan (mencegah) kanser payudara 

Seperti minyak zaitun, avokado mengandungi asid oleik yang sangat tinggi, yang telah terbukti untuk mengelakkan kanser payudara dalam kajian banyak.

4. Baik untuk kesihatan mata

Avokado mengandungi lebih lutein karotenoid daripada buah-buahan yang lain biasa dimakan. Lutein melindungi mata daripada kemerosotan makular, katarak dan penyakit mata yang berkaitan dengan usia lanjut.

5. Menurunkan paras kolesterol

Avokado mengandungi beta-sitosterol yang tinggi, satu sebatian yang telah terbukti dapat menurunkan paras kolesterol. Dalam sebuah kajian, 45 sukarelawan mengalami penurunan paras kolesterol sebanyak 17%, selepas mereka mengambil buah avocado hanya untuk satu minggu.

6. Memelihara kesihatan jantung

Satu cawan avokado mengandungi 23% kandungan folat daripada nilai harian yang disyorkan. Kajian menunjukkan bahawa mereka yang mengambil diet kaya folat mempunyai risiko yang lebih rendah daripada mendapat penyakit jantung daripada mereka yang tidak. Kandungan vitamin E, lemak tak tepu tunggal dan glutathione yang terdapat dalam buah avokado juga bermanafaat besar bagi jantung anda.

7. Mencegah strok

Kandungan folat yang tinggi dalam buah avokado juga dapat memberi perlindungan terhadap strok. Mereka yang makan diet kaya folat mempunyai risiko lebih rendah terkena strok daripada mereka yang tidak.

8. Penyerapan nutrisi lebih baik

Kajian telah mendapati bahawa nutrisi tertentu diserap lebih baik bila dimakan dengan avokado. Dalam sebuah kajian, ketika peserta makan salad yang mengandungi avokado, mereka dapat menyerap lima kali jumlah karotenoid (kumpulan nutrisi yang merangkumi lycopene dan beta karoten) daripada mereka yang tidak termasuk avokado.

9. Sumber glutathione

Avokado merupakan sumber glutathione yang sangat baik iaitu satu agen antioksidan yang penting yang menurut para penyelidik, ia penting dalam mencegah penuaan, kanser, dan penyakit jantung.

10. Sumber vitamin E 

Buah avokado adalah sumber terbaik vitamin E, yang merupakan vitamin penting untuk melindungi badan terhadap banyak penyakit dan membantu menjaga kesihatan secara keseluruhan.

Walaupun terdapat pelbagai khasiat buah, daun, biji dan kulit pokok avokado, namun begitu penggunaannya perlu mendapat nasihat daripada pengamal perubatan agar kemudharatan di kemudian hari dapat dielakkan.

Comments

  1. byk khasiatnya kan buat avokado ni.. :)

    ReplyDelete
  2. Menarik nyer..!
    Husband suka kalau buat smoothies..
    Kalau buh Milo camni memang lagi sedap lah!

    ReplyDelete
  3. tak pernah makan avokado ni, kekampungan sangat hehe :)

    ReplyDelete
  4. harga dia mmg mahal tak blh ckp... sesekali boleh la lyn,kalu selalu2 bolh bangkrup hehehe... tak pneah try nih, cam best je avocado milo

    ReplyDelete
  5. best2 boleh lah nk cuba nnti

    ReplyDelete
  6. yan selalu makan macam tu je....tak pernah pula buat macam nie....lepas nie kena cuba....mana tau sedap kan....?

    ReplyDelete
  7. banyakkhasiatnyer..lya x pnh mkn & beli

    ReplyDelete

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)