hilmirdadaud.blogspot.my

Ramainya orang...

| On
November 15, 2012
Assalammualaikum...

Lama sudah Amy tak menyenggah kat sini... sejak kebelakangan ini lepas sorang-sorang yang jatuh sakit termasuklah Amy. Amy pulak kalau dah demam memang tak boleh bangun. Bila dah sihat mood nak buka cik lappy ni pulak yg tak de... Angin malas dah sampai daaaa hihihi.

Bila dah lama ni ada banyak pulak cerita2 yg dah sampai tahap basi tapi Amy tak kira Amy nak tepek jugak.... sekurang2nya boleh jadi kenangan untuk anak2 Amy satu hari nanti. Hari ni tak nak letak cerita basi lagi... nak tepek cerita hari ni punya. 

(en hubby tengah isi form... tu yg ada no 11 tu)

Hari ni en hubby Amy cuti so.... hari nilah nak kena 'setelkan' apa yang perlu di'setelkan', maklumlah en hubby Amy tu kalau waktu kerja susah betul nak berkejar ke tempat lain. 

Sijil Kelahiran Ameer Irfan dah lama hilang baru hari ni dapat gi ke JPN. Ingatkan hari ni ok... mungkin ramai yang bercuti dan balik kampung rupa2nya... emmmm hampeh. 


Kami dapat no 2103 masa tu pulak baru no 2055, lama nak kena tunggu. Malas nak duduk kat situ lama2 jadi Amy bawalah budak2 tu makan kat kedai mamak. Bila balik semula ke JPN tu no baru 2086...  pukul 12:30 baru dapat sijil kelahiran yang baru tapi kaler dia hijau + saiz lebih besar dr A4... skang memang kaler hijau ke?

p/s: cuti sek ni, berperang ngan anak2  + mood bercuti pulak = akan slow2 menyinggah ke blog kawan2 Amy... hihihi jangan marah aaaa.. 






3 comments on "Ramainya orang..."
  1. Salam kak amy,
    Welcome back !! Salam Maal Hijrah 1434.
    patut lah lama tak nampk, rupenye tak sihat ye..
    Take care !! (^_~)

    ReplyDelete
  2. ingtkan majuk td hehehe... salam maal hijrah kak...

    musim ujan mmg akan ada musim dmm n tak sihat kan...
    geram nengok segala kek2 yg akak bt...

    ReplyDelete
  3. jaga kesihatan akak...musim demam + musim hujan sekarang ni...kna bykkan minum air masak n kurangkan aktiviti luar dlu...=)

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)