Image Slider

Assalammualaikum...

Tak de ape nak citer, nak tayang gambar aje,,,



Projek pagi tadi... Blueberry Tiramisu.



Hantar 3 Ameer gi gunting rambut. 3 sekali cepat siap.


Gi pool... cara paling cepat menanggalkan rambut2 yg melekat kat muka dan leher. 



Gi playground pulak...
Dah pukul 12, mama ajak balik tak nak. Mamanya lum masak lagi. Kang semua kelaparan kang..


Lepas lunch terus pengsan.. 

Masuk rumah terus buka peti ais, nak mkn roti letak butter. Amy tak kasi nanti tak makan nasi.. tp dah lapar sgt oklah boleh mkn biskut sikit n susu kotak kecik. Lepas mkn nasi aje.. sampai skang pukul 5:30 tak bangun lagi.

Assalammualaikum...

Hari ni Amy tak ke mana2 kerana minggu ni en hubby Amy tak balik... hari ni nak rehat aje sblm memulakan tugas esok pagi.

Jalan-jalan dari satu blog ke satu blog  terjumpa pulak blog Kak Ita. Seperti blog kak Ct, blog kak Ita ni pun gambar2nya cantik dan mengoda Amy. Oleh kerana dah tergoda dgn kecantikkan kaler purple blueberry tu teruslah copy n try buat pagi tadi...

Terima kasih kepada kak Ita kerana sudi share. Kepada kawan2... sudilah kiranya menjamu mata kat sana yer..


blueberry tiramisu

Teringin nak buat mcm Kak Ita... letak dlm gelas.



blueberry tiramisu

Satu adunan dapat banyak ni.. Sapelah yang nak tolong makan kan ni..


blueberry tiramisu


Blueberry Tiramisu..

by: Rabiatun

Rujukan : Pautan Kasih 

Bahan untuk syrup
150 g blueberry filling
80ml air suam
2 tbsp gula ising ~ optional klu nak manis sikit
sedikit parutan kulit lemon ~ optional


Bahan Cream
250g cream cheese
125g whipped cream
125g whipping cream
50g gula icing~ sifted

Caranya :-
Mula2 sediakan syrupnya. Campur kesemua bahan dan kacau sebati. Ketepikan.
Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula icing, pukul seketika.
Campurkan kedua2 whipped dan whipping cream. Pukul hingga agak pekat dan sebati.
Campurkan krim yang dipukul tadi ke dalam adunan cream cheese. Kacau dengan spatula hingga rata.
Cara untuk melapis : Mula2 letak sedikit syrup, kemudian susun biskut dan letak cream ke atasnya. Boleh juga susun buah jk ada. Ulang hingga adunan habis dan ikut suka nak berapa banyak layer pun. Kalau nak buat asing2 cup by cup mcm Tun pun boleh..lagi senang nak serve. ye dak :-)


Note Rabiatun
Jika nak lebih terasa masam, boleh celupkan biskut ke dalam jus oren sebelum disusun ke dalam bekas.
Jika tiada whipped cream, boleh guna whipping cream sahaja..dan mungkin kena tambah sedikit gula icing. Rasa dulu adunan tu yer.
Boleh juga gantikan cream cheese tu dgn mascapone.
Sesuai dengan strawberry, kiwi, orange, mango dan sebagainya.



blueberry tiramisu
Gelas ni pemberian dari nenek Amy... rindunya kat dia. Lain kali buat entry pasal nenek pulak ... mesti yg bertandang akan kebosanan kan hihihi..

Cream tu.. tangan Amy gatal tambah lagi 10g gula sbb bila rasa cream cheese tu macam tawar aje.. tapi bila dah makan ngan blueberry tu, Alamak menyesal pulak. Tiramisu ni memang sedap dan pada siapa yg tak leh nak mkn tiramisu kopi bolehlah try yang ni. Tapi pada Amy, Amy lagi suka tiramisu yg kopi tu... rasanya lagi 'kick' gitu.


p/s hari ni Amy try besarkan tulisan n gambar.. ok tak macam ni ?


Assalammualaikum...

Selepas projek birthday cake dan kek kukus buah, ni projek last minggu ni..

Walnut carrot cheesecake (walnut dulu ke carrot dulu?)

Pesanan dr Cikgu Zunaidah, ibu kepada kawan Ameer Irfan kat Sek Kafa tu. Dia nak kek setenggah kilo aje sbb dia sorg aje yg mkn.. yg lain tak suka cheese.

Amy tak pernah lagi ambik tempahan utk kek ni, nak buat setengah adunan takut tak cukup lak. so amy buat utk 1 adunan..


Sedang beratur menanti giliran nak masuk oven. kek ni Amy buat hari Rabu sbb lagi lama simpan dia lg sedap, cantik n moist. jgn sampai berkulat dah...Memandangkan yg dlm cupcake tu nak mkn sendiri punya.. main bubuh aje kat dlm tu.



Hasil keras tanganku ... Amy pakaikan cream cheese pagi semalam.


Tak berseni sungguh tangan ni..


Ingatkan nak makan satu aje tapi dah terngap 3 biji laaaaa.. ntah bilalah nak kurus klu cam ni.
Assalammualaikum..

Share lagi...



Baru Amy tau kebaikkan makan malam tu, selalu nak skip aje sbb takut gemuk walau pun mkn mlm pukul 6. 


Assalammualaikum...

Pagi tadi bukan main bising lagi, lebih kurang pukul 6. Bukan suara org bergaduh tapi bunyi macam org baling barang, macam nak pecahkan rumah pun ade jugak. Masa Amy nak keluar rumah pukul 7 nak antar Ameer Irfan, masih lagi bising. Rasa nak aje tipun pak guard buat komplain.

Bila dah sampai bawah, nak melintas jalan baru Amy perasan punyalah banyak barang bersepah kat atas jalan tu. Kebetulan masa tu ade pulak barang yg jatuh dari atas. Ade banyak botol mineral, kusyen utk sofa, bantal, teddy bear, selipar, paper bag Aldo, sofa yg 4 segi mcm yg ade kat L shape sofa tu.. banyak lagilah tapi bantal n kusyen sofa tu semuanya tak de sarung n nampak dah buruk. Kalau ye pun nak buang semua barang campaklah tv, handphone, rice cooker sekali. Sayang sekali Amy tak bawa tipun masa tu so tak dapatlah nak tepek kat sini..



Ni Amy ambik gambar dr rumah amy selepas balik dr antar Ameer Irfan... selepas pak guard tu kumpulkan benda2 tu. Amy tak taulah rumah mana yg buat macam ni, atas atau bawah dr rumah Amy..


 Zoom sikit...Para pak guard sedang mengemas hihihi..





Tambah satu keje lagi pak guard tu.. Nasib baik dia dah ketepikan kalau tak van yg ambik budak2 smart reader tu tak leh nak lalu.

Kalau ye pun nak gaduh ke... nak hancurkan harta benda pun jgnlah sampai menyusahkan dan membahayakan org lain.. Nasib baik tak ade yg jd korban. Kalau kusyen tu oklah jugak kalau kena benda yg warna merah tu ...

Kejadian ni jd bahan lawak kami di sini.. "Cara pantas clearkan rumah.." lebih kurang mcm tu lah..

Sampai sekarang.. Amy tak tau ape hal yang sebenarnya, tapi Amy nampak ade kete polis kat bawah tak lama selepas tu..


Assalammualaikum...

Pesanan Rasulullah sebelum tidur ....



Pesanan Amy utk diri Amy sendiri yang sering terlupa..

Copy kat sini hihihii
  1. Khatam Al Qur’an
  2. Membuatkan para nabi memberi syafaat kepadamu di hari akhirat
  3. Membuatkan para muslim meredhai kamu
  4. Melaksanakan ibadat haji dan umrah.

    Bertanya Aisyah :
    “Ya Rasulullah, bagaimanakah aku dapat melaksanakan 4 perkara dalam satu masa?”
    Rasulullah tersenyum sambil bersabda :
    “Jika engkau tidur bacalah Surah Al -Ikhlas 3 kali, (maka ia seolah-olah kau mengkhatamkan Al Qur’an). Dan Bacalah selawat untukKu dan para nabi sebelumku, (maka kami semua akan memberi syafaat kpdmu di hari kiamat). Dan Beristighfarlah untuk para muslimin (maka mereka semua akan meredhai kamu). Dan perbanyakkanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, dan bertakbir (maka ia seolah-olah kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah)”
    - MAFHUM DARI HADIS



    Assalammualaikum...

    Saje-saje nak kongsi kat sini..



    Seorang Muslim dituntut sentiasa mengingati Allah. Dalam sepotong ayat Allah S.W.T berfirman “Tidakkah dengan mengingati Tuhan , hati menjadi tenang”. Justeru untuk hidup tenang, basahkanlah lidah dengan selalu menyebut kalimah Allah . Kalimah GOD sama sekali tidak boleh diterjemahkan sebagai ALLAH. Dari segi dikata jamakkan dan ada jantina seperti God dan Goddess. Berbeza dengan kalimah Allah, ia mengandungi makna tauhid di dalamnya.Tiada dua atau tiga, hanyalah Esa dan Satu. Jika kita orang Islam sebutlah Ya Allah kerana maknanya berbeza dengan Oh My God.

    Sekian....


    Assalammualaikum...

    Saja nak letak kat sini.. projek mlm selasa yang lepas, tempahan dr wife kawan en hubby amy yg mengidam.

    Kek Kukus buah tanpa buah pala dan almond flake.


    RM45
    Berat lebih kurang 1.3 kg dan dikukus selama 4 jam (cepat habis gas tau).


    Maner lagi bagus.. nak letak cam ni ke atau mcam yg kat atas?
    Assalammualaikum...

    Dah petang baru kesempatan nak mengadap cik lappy ni. Pukul 5 nanti nak jemput Ameer Irfan dr sek agama so singgah sini kejap utk buat n3... hihihi.

    Dah lama tak gi cek mail box, tadi lepas antar buku utk di photostat kat kedai bawah tu singgah kejap kat mail box. Bila kali terakhir amy melawat mail box tu pun amy dah tak ingat.. Belek2 surat2 tu nampak ade tulis "Intan Belian's First Giveaway"



    Inilah diaaaaaaa... cantik tak. 

    Terima kasih kepada  Intan Belian  yg sudi bagi hadiah ni... 


    Assalammualaikum..

    Hari ni Amy nak tepek resepi Marie Lapis Cheese yang nama asalnya ialah kek lapis pesona.. Amy dah pernah ceritakan sblm ni dari mana datangnya nama Marie Lapis Cheese tu. Resepi ni amy terjumpa kat blog kak ct delima.

    Kek ni senang nak buat, tak payah nak bakar atau nak kukus. 




    Kek Lapis Cheese Persona 
    by : ryo@ryoazhar.blogspot.com

    Bahan2: (Saiz 9x9)

    A:

    • 2 bungkus biskut marie perisa coklat -lebih kurang 600 g (ryo guna jenama LEE)
    • 500 ml susu segar,dipanaskan
    B:

    • 500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
    • 10 ml susu segar
    • 1/2 cawan gula halus

    Caranya :


    1. Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati
    2. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair
    3. Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
    4. Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
    5. Panaskan susu segar,padamkan api.
    6. Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw)
    7. Pastu sapukan adunan cheese di atasnya,ratakan
    8. Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
    9. Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
    10. Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia. tp amy rasam tak leh pulak.. senang blend aje.)
    11. Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong. (Amy peram dlm peti sejuk tu semalaman, hari yg kedua dia jd lagi sedap)
    Resepi ni pakai dekat 2 paket biskut marie... masa first time amy buat, cheese tu tak cukup nak lapis semua biskut tu. Kali kedua, Amy buat sampai habis cheese aje... menderhaka pulak hihihi..

    Assalammualaikum...

    Lega akhirnya persiapan nak sambut besday Ameer Faris n Ameer Nasiim selesai...

    Hari ni 17 April, 2012 genaplah Ameer Nasiim 4 tahun. Ameer Faris pulak hari jadinya dah lepas pada 22 Jan 2012 dan kami tak buat ape2 pun. 

    So.. hari ni buat sekali, senang. Dua2 kek t tulis nama mereka berdua, tak de rebut2 dah.


    Kat dalam ni kek coklat Moist. Satu topping fresh cream dan satu lai choc ganache..

    Mamanya over pulak bila part men deco kek ni, kononnya nak simple aje... tp apekan daya tangan ni gatal aje nak tambah tu nak tambah ni.. Kalau budak perempuan memang Amy letak banyak2 bunga nasib baik anak2 ku itu lelaki.


    Ni lah "jajan-jajannye"... ape ek namanye, dah lupalah.. 

    Semuanya dah dihantar ke Smart Reader.. sambut kat sana, senang keje mamanya. Tak payah nak kemas rumah banyak kali. Malas betul mamanya ni kan..
    Assalammualaikum...

    Seronoknya... akhirnya dapat jugak "meng online kan" diri dan update blog. Dah lama tak menyenggah kat sini. Kepada yg sudi singgah n yg follow tu terima kasih banyak2. Nanti Amy balas balik kunjungan kalian.

    Sebenarnya kebelangan ini, Amy sangat bizi... hihihi housewife pun bizikan. Sesapa yg pangkat H/W ni mesti faham.. ditambahkan lagi Amy dah kehabisan kredit YES dan Digi kat tipun tu pun dah hit 1G. Tak 'dan' nak gi JJ nak beli Top Up utk YES Broadband ni. Kat Tempat Amy ni benda tu hanya ade kat JJ dan Tesco, nak gi town lagilah malas.

    Panjang pulak Amy membebelkan... hihihi..

    Hari Sabtu yang lepas, Selepas drop anak2 kat Kumon Desa Pandan Amy terus ke Masjid Al Azim Pandan Indah. Ade Program Cinta Masjid n Tv Al Hijrah.




    Si Nasiim...

    Program dalam masjid masa tu.


    Ni nak cek mata ke?


    Nak cek gigi pun boleh....


    Pemeriksaan Kesihatan..macam2 boleh cek kat sini


    Pertandingan menganyam ketupat Satey..


    Amy sebenarnya datang sini sbb sebelum tu nampak dalam tv ade Teknik Al Baghdadi ( ehh betul ke ejaan ni) yang ade ketuk2 tu tapi bila sampai tak nampak pulak... Tak kesampaian hajat di hati.


    Kat luar masjid..




    Lepas tu terus gi ambik budak 2 org ni..

    Hari tu Kumon centre tu buat macam hari penyampaian hadiah utk Kumon's ASHR level (6 months, 2 years, 3 years and 5 years ahead).

    Ameer Irfan n Ameer Faris ni dapat yg 6 months ahead aje sbb malas buat worksheets... mamanya pun malas jugak hihihi...


    Assalammualaikum...

    Dah 3 hari Ameer Irfan muntah2 n demam. 3 ari  jugak lah tak mkn (adelah roti sikit n ais krim tp sikit sgtlah) so smlm bawa dia gi klinik kat Desa Pandan. Tu pun naik teksi aje sbb ayahnye kat Lumut.

    Lama kami menunggu padahal org tak ramai pun. Sampai kat klinik pukul 10:15, pukul 10:45 baru kena panggil. Pak cik yang pakai ketayap tu dia sakit pinggang.. tak boleh duduk diam sbb sakit sgt , kejap duduk kejap berdiri kejap terbaring kat atas kerusi tu. Kesian pakcik tu
    lama menunggu.



    Ni dia budak yg demam tu.


    Lama sgt nak tunggu giliran. Dah tak larat nak duduk... 

    Doktor bagi ubat demam, angin, muntah dan garam. Kecuali garam, semua ubat tu Amy minta dlm bentuk pil sbbnye kalau cecair ... masuk aje keluar balik, membazir betul..



    Dapat MC 2 ari... abaikan gambar yg tak cantik itu. Ambik gambar bawah lampu punye pasal hihihi..


    Ari ni budak ni dah gi sekolah dah. Nasib baik dah sihat sbb kat sekolah ari ni ade Saringan Khas Linus Kohort 1 (tahun 3, 2012). Sebenarnya Amy pun tak tahun ape bendanya tu, ade yg kata ujian BM n Math... tunggu aje dia balik nanti baru boleh tau...

    Assalammualaikum..

    Dah lama tak update... Dah selalu sgt jd mcm ni kan hihihi.. Maklumlah dgn kerje2 kat rumah yg tak habis2 pastu nak menjadi cikgu pulak utk anak2 + anak2 yg tak berapa sihat + jumpa resepi baru.. nak rasa sedap ke tak...

    Tiramisu...

    Dah lama teringin nak makan tiramisu, nak beli alahai mahalnye.. tak sampai hati pulak rasanye nak membeli. Kenalah belajar buat.. baru tau kenapelah dia mahal huhuhu..



    Kek lapis pesona ( Biskut Marie lapis cheese)

    Biskut ni Amy pulak pandai2 bg nama Biskut Marie lapis cheese. Anak2 tanya ni kek ape.. kenapa guna biskut marie? Kenapa nama dia kek lapis pesona.. kalau jawab bila mkn nanti akan terpesona takut tak paham pulak.. bila jawab Biskut Marie Lapis Cheese haaaa senyap semua.



    Buat dlm bekas kecik2 senang nak mkn. Yg bekas besar tu en hubby amy nak bawa ke Lumut satu n nak bg kat jiran2 utk komen. 

    Tiramisu tu Fingernye kena rasa macam maner yer? Rasa basah berair ke? Rasa keras2 sikit ke atau sampai biskut tu rasa ade kopi aje? 


    Biskut Marie Lapis Cheese

    Kek ni nampak simple aje tp nak melapisnye sampai penat kaki berdiri. Kenapa dlm resepi tu guna 600g biskut tapi bila amy buat mcm tak cukup aje cheese nye. Akhirnye amy tak guna pun 600g, amy letak biskut tu sampai abis cheese aje. Mahal jugak kos biskut ni, mahal tang cheese tulah dapatnye taklah berbekas-bekas pun.

    Macam maner yer org lain yg dah buat kek ni boleh cukup cheese nye? Ke Amy yg salah resepi.. tp rasanya tetap sedap.

    Kesimpulan yg dapat Amy buat.. kek ke biskut ke tart ke atau ape2 aje yg resepinye ade cheese memanglah mahal.. Naknye kalau terpaksa beli cheese tu kat supermarket mcm JJ atau pun Tesco.