Image Slider

Assalammualaikum...

Hari ni tak sempat nak cari idea untuk buat n3, Amy nak mengemas yard kat belakang yg bersepah tu. Masih ada lagi barang yg bersepah kat situ termasuklah lampu2 gantung. Tak tau mana nak letak lampu2 tu ingat nak antar balik kampung tapi entah bilalah tu.

Amy suka simpan gambar2 rumah yg cantik.. boleh bagi idea nak deko rumah.


Amy suka dapur ni... feminin kan..


Yang ni pulak macam bilik org kaya-kaya.. 


Amy suka dressing table ni... kat maner boleh dapat yg mcm ni ek?  Mungkin harganya boleh buat belanja berbulan2 kan..


Yang ni cantik jugak..



Best kalau boleh buat bilik anak2 macam ni tapi bilik sempit.. tiru kaler ajelah..


Suka langsir tu..



Walaupun ruang kecik tapi cantik jugak... 



Yang ni paling Amy suka ... simple aje.


 Yang pasti tak nak yg macam ni.. 


Amy suka gambar2 yang macam ni ... tak dapat mcm ni pun tak pelah janji dapat berangan. 

Mungkin Amy akan BW lambat sikit hari...ok nak sambung mengemas... daaaa.


Assalammualaikum...



Setiap pagi lebih kurang pukul 8:20 Amy dan budak dua org ni  akan turun tunggu van kat bawah. Setiap pagi jugaklah mereka akan bermain lari2 kat sini. Entah apa yang best Amy pun tak tau.

Boleh nampak tak Ameer Faris kat belakang tu.... cer tengok apa yang dia buat. Kan ke saja aje nak suruh mamanya membebel pagi-pagi lagi. Kalau jatuh kang .... 

Diantara mereka bertiga, Ameer Farislah yg paling lasak... ada aje yg di buatnya, panjat sana panjat sini buat sepah pun dialah ketuanya tapi.... ada tapinya tu dialah yang paling rajin menolong Amy. Boleh diharap menjaga Ameer Nasiim (jaga dan sakat sekali..) Tukang sibuk dan tukang report pun dia jugaklah hihihi.. pantang kalau yg lain buat salah mulalah.... mamaaaa, tak pun ayahhhh.
Assalammualaikum....

Hari ini 25 September 2012 genaplah Ameer Irfan 9 tahun. 

Happy Birthday... 


Dah besar dah anak mama ni... 

Mama doakan anak mama ni dikurnakan kebijaksanaan, kejujuran, kecergasan, kecerdasan, berani, bertanggung jawab, penyanyang, penyabar, berjaya di dunia dan di akhirat juga menjadi anak yang soleh... amin.


Hari ni tak leh nak sambut... chickenpox ada lagi, ayahnya pulak kat Singapore.

Mamanya masih tak ade idea nak buat kek apa utk dia... plan nak buat petang ni.. Rainbow kek macam best aje.



Assalammualaikum....

Dah lama tak buka fb rupanya SIL Amy, cik Limah tu ada tag gambar2 raya kat rumah abang ipar yg kat Bangi Sek 9 tu. Suka pulak ngan gambar2 tu, apalagi tanpa minta izin Amy copy ler hihihi.

Ameer Irfan, Husna, Halima Nuriah (SIL), Huda, Asraf dan Nadia(SIL). 
Abang Ipar Amy buat open house... jemput saudara mara aje, tu pun dah macam kenduri. Huda dan Husna tu anak2nya. Kek yg kat atas meja tu saya yang buat ye... walaupun kaki dah start sakit tapi di gagahi juga buat kek RV itu.


Kawasan rumah ni besar, anak2 Amy merdeka kat sini macam rumah sendiri pulak di buatnya.



Budak merajuk...


Mamanya dah membesar ... hari raya duk mengadap rendang pagi petang siang malam.. lepas ni nak menguruskan diri semula.


Bestnya rumah besar macam ni tapi nak mengemasnya pulak mcm nak pengsan hihihi. 
Assalammualaikum...



Memang tak de keje lain budak2 ni klu ada kat rumah, belum pun hilang rasa penat mengemas rumah dah dia keluarkan balik mainan, mula2 baik aje lepas tu start gaduh ada aje yg diorg rebutkan. Lepas main bukan gheti nak kemas balik, mamanya cakap byk kali pun tak kemas2 jugak skang mamanya dah malas nak layan. Mamanya nak duduk kejap mengadap blog... 


Assalammualaikum...

Dah dekat satu bulan dapat keputusan sekolah utk Ameer Faris tapi baru hari Jumaat lepas gi sahkan kat SK Sri Bintang Utara. Nasib baik Ameer Faris dapat satu sek ngan Ameer Irfan.





Nak tunggu en hubby Amy... kang lambat pulak dia masuk opis, jadi nak tak nak Amy jugak  yg kena pergi. 

Masa baru dapat surat ni kaki Amy sakit dan tak leh jalan bila kaki dah baik Ameer Irfan pula kena chickenpox. Akhirnya Amy call MIL minta dia dtg umah tengok2kan Ameer Irfan kejap ... tak kanlah nak tinggalkan dia sorg2 kat rumah, kang menangis pulak budak tu. Nasib baik MIL free + rumah dekat = bolehlah dia datang.

Tinggal 2 org aje yg belum sahkan penempatan ke tahun satu tu salah sorg tu Amylah hihihi. 


Hari Orientasi = 21/12/2012. 

Harap2 Amy tak terlupa... manalah tau kot-kot gi bercuti pulak hihihi.


Assalammualaikum...

Hari ni internet tenat lagi, Amy masih belum pergi beli top up Yes lagi. En hubby smlm agak lewat sampai rumah dan bila dia sampai aje kami terus gi klinik. Nasib baik ade draf yg dah ada gambar.

Amy tak taulah kalau weekends aje jalan mesti 'jem' dari pagi sampai ke malam, pukul 11 lebih pun 'jem' lagi ... bosan betul.   Kalau sebelum ni hari bekerja aje yg byk kete tp skang dah terbalik.



Hari Sabtu pagi... dekat station LRT Hang Tuah, kalau jalan kaki pun lagi cepat.


Kami nak ke Ikea hari tu, dah lama tak gi sana. 


Mesti semua dah tahu kan... malas nak tulis ambik gambar aje. 


Ada satu kali tu Amy lupa nak catat konon 'terrer' boleh ingat bila nak gi ambik dah lupa terpaksa pulak gi kat tempat yg kita org tengok tu.


Amy suka design dapur camni. Kalau pergi mesti nak ambik gambar ... boleh sambung berangan kat rumah hihihi.




Cantik walaupun kat tempat sempit... 


Dah penat jalan perut pun dah lapar, singgah makan kejap. Walaupun dah pukul 3 orang masih ramai. Q pun punyalah panjang, meja pun susah nak dapat. En hubby dah siap beli makanan pun kami masih lagi tak dapat meja. Amy paling tak suka betul klu kena mengendeng kat meja yg orgnya dah nak habis mkn. Tau tak MENGENDENG tu apa?


Bagi Amy western food hat Ikea ni lebih murah berbanding kat tempat lain, kiranya kalau setahun 2-3 kali tu bolehlah. Ameer Irfan kalau gi sana mesti nak ayam... dia boleh habiskan sorang pastu boleh mkn spaghetti lagi. Amy ngan en hubby ambik salmon aje. Ameer Faris n Ameer Nasiim share meatball. 


Skang botol n dah murah ... 4 biji dalam RM4.++ aje.


Ambik benda ni jugak sebab dinding kat umah Amy nampak kosong. Satu RM13.++ tahun lepas RM16.++.



Hari Ahad kami pergi Jln Masjid India nak cari tudung tapi tak de yang berkenan. Singgah  Restoran Insaf kat Jln TAR, en hubby teringin nak makan nasi beryani. 


Dulu2 kalau gi sana park kete kat Semua House, skang dah tak leh parking kat situ... mahal. Selalunya park kere kat Cap Square, kena jln kaki sikitlah tapi byk kosong dan murah. 


OTW nak balik singgah pulak kat KLCC, sekejap aje tak lama pun. Budak2 ni klu masuk kedai Machines tu mesti nak mengadap ipad kadang2 sampai bergaduh berebut ipad tu.


Dah penat jalan... duduk kejap.



Lepas tu tak terus balik rumah lagi... gi ambik karpet pulak. Skang harga cuci karpet dah mahal. Dulu kalau yg 10 kaki tu baru RM5+.++  hari tu kena RM8+.++ yang kecik sikit RM5+.++.



Hari Isnin selepas gi rumah MIL ajak en hubby singgah kat nursery bunga kat Jln Kuari. Bunga yang beli kat Sg buluh dah mati tinggal bunga ros aje. Beli bunga 3 RM10 tu, tanah, pasu dan kaki pasu.

Bangku putih tu beli kat Ikea hari sabtu, satu RM12.90 meja tu dah lama ada. Tak taulah sampai bila pokok2 tu dpt bertahan selalunya 3 bln dah mati. 

Sekian... dah pukul 2 lebih baru siap n3 ni, bila preview aje background tak ade... emmm lantaklah asalkan n3 ni keluar.










Assalammualaikum...

Sakit betul hati hari ni, buka safari aje kuar benda ni.


Baru minggu lepas Amy top up RM50 dah habis, bukannya ada buka you tube pun. Mahal betul yes ni. Yes ni prepaid so tak delah terpakai lebih tapi 1G RM30 klu Unifi baru RM 149 sebulan banyak G pulak tu. Skang tengah guna bluetooth hp, slow betul dr pukul 10 td mengadap n3 ni.

Ok... dah cukup membebel berbalik pada tajuk pulak. Semalam masa tunggu Ameer Irfan keluar sekolah, jumpa ngan Nabil(classmate Ameer Irfan) dia kata.. "Cik Amy... Ameer Irfan demam kat kelas". Amy rasa dahinya taklah panas sangat. "Ni mesti kes tak nak gi sek agamalah ni" saja mengusik dia. Balik rumah bagi makan nasi dan ubat pastu dia tidur. Memang tak gi sek agama pun. Malam tadi dia mengadu ada benjol kecil kat belakang kepalanya Amy ingat mungkin bisul biasa aje.

Pagi tadi masa nak gi sekolah badan dia panas lagi pastu dia mengadu tangan dan badan dia ada bintik2 merah dan gatal. Sekali Amy belek badan dia .... alamak chickenpox lahhhh.




Amy pesan ngan dia jgn dekat2 ngan adik2 yang lain. Dulu Amy kena sebab Amy tidur kat katil kawan Amy yg kena chickenpox so Amy tak kasi dia baring kat sofa... rasanya betul tak tindakan Amy ni?


Si kecik ni pulak dari semalam sakit leher, senget aje kepalanya nak menoleh ke kanan tak boleh ... kata org salah bantal tp betul ke nama tu? Apa2 ajelah yang pasti dia pun tak gi sek ari ni yang sek cuma Ameer Faris sorg aje.

Amy tak tau nak buat apa ngan budak2 ni. Tunggu ayahnya balik keje baru nak gi klinik. Ada apa-apa nasihat atau petua tak utk budak berdua ni?

Assalammualaikum...

Hari Jumaat minggu lepas, selepas menjemput anak2 dr sekolah singgah kejap kat rumah kak Ros ( rumah nabil, classmate irfan), gara2 Ameer Nasiim yg dah tak tahan nak gi toilet. Nak balik rumah takut tak sempat pulak.

Kalau dah singgah umah dia memang jawabnya lamalah kat situ. Hari Selasa sebelum tu, Afrina...budak yg kak Ros jaga tu, maknya nak buatkan besdaynya kat sekolah dia. Maknya tempah kek kat Amy. Memandangkan kaki amy masih sakit lagi... dapat kek yg ringkas aje.  


Kek coklat Moist.. Toppingnya coklat ganache yg cair tu. Ni ajelah yg boleh buatkan. Deco pun ala kadar aje sbb topping yg cair tu tak leh nak letak mcm2 tak mcm ganache yg biasa tu.

Baru keluar... belum betul2 jadi lagi.

Rupanya tak jadi buat besday kat sekolah sbb Afrina demam dan maknya pulak cuti tp kena gi keja jugak... so diorg nak buat kat rumah kak Ros aje. Amy pun dijemput sekali. 

Balik dari rumah Kak Ros kelang kabut buat 2 jenis kek lagi. Amy buat cheese cake dan  chilled cheese cake. Teringat pulak pada kulit tart yg dah buat seblm puasa tp tak sempat nak buat utk raya tu. Apalagi tambah lagi satulah... cheece tart. 

Dahlah kek besday tu dia tempah kat Amy nanti anak2 amy pulak yg mkn byk.. tak bestlah kan.



Chilled cheese cake...

Bawah sekali biskut oreo, cheese, choc moose dan choc ganache. Gambar cheese cake yg biasa amy buat tu dan cheese tart tak dapat nak ambik gambar... dah ramai2 pok pek pok pek tau ajelah hihihi. Yang bestnya... semua kek tu habis. 




Besday girl yg pakai baju hitam tu, mak dan adiknya. Ada Ameer Irfan dan Ameer Faris menyibuk kat situ. 

Happy birthday Afrina..