hilmirdadaud.blogspot.my

Image Slider

Assalammualaikum

Menu petang sabtu kami.... 

Durian Crepe... 



Berjalan2 dari satu blog ke satu blog, ramai yang dah cuba buat crepe durian ni malah ramai juga yang menjualnya. Terpulang aje kepada tahap kerajinan yang nak membuatnya. Sabtu lepas selepas hantar anak2 gi kumon, Amy dan en hubby gi membeli durian kat Pandan Jaya... dah lama tak makan durian. 
Petang tu apalagi tak melepaskan peluang nak mencuba salah satu resepi durian crepe ni yang Amy salin dari blog kak Azlita. Amy suka sangat tengok blag kak Azlita tu... gambar2 makanan kat situ semuanya cantik2 lepas tu rasa terliur aje. Kepada Kak Azlita, terima kasih banyak2 kerana sudi kongsi resepi yang sedap2.

Nasib baiklah Amy tak double kan adunan ni... satu adunan Amy dapat 16 ketul dan..... dan.. Anak2 Amy tak makan pun huhuhu... kaler hijau punya pasal. Dah lah Amy dan en hubby yang kena habiskan. Nasib baik en hubby tu suka. Bertambah2 Kg lagilah jawabnya. 





DURIAN CREPE / DURIAN PANCAKE

By : Fatmah Bahlawan
Rujukan : Hesti

250 gm tepung gandum
3 biji telur
500 ml santan
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh pandan emulco
1 sudu teh pewarna hijau

Satukan semua bahan di atas di dalam bekas
Kacau rata
Masukkan dalam blender dan kisar
Kemudian tapis

Sediakan kuali leper untuk membuat crepe yang tidak melekat
Panaskan hingga kuali benar-benar panas
Oleskan sedikit minyak pada kuali
Kemudian kecilkan api
Tuangkan satu senduk kecil ke dalam kuali dan masaklah adunan tadi hingga menjadi crepe
Adunan tak perlu di balikkan
Bila permukaan atasnya dah kering terus angkat
Buat sehingga habis
Biarkan sejuk.

Durian Filling
By: Nia Kurniasih
Rujukan : Hesti

1 cawan Non dairy Whipping Cream
Isi durian secukupnya

Pukul Whipping Cream dalam mixer hingga kental
Pisahkan isi durian dari bijinya. Lumatkan sedikit

Amy Kongsikan kat sini gambar dari blog kak Azlita... cantikkan gambarnya.

Bentangkan 1 keping crepe
Letakkan Whipping Cream di tengahnya
Letakkan isi durian
Tutupkan semula dengan Whipping Cream
Lipatlah crepe
Kemudian simpan dalam peti ais sebentar
Enak di hidangkan dingin

Selamat Mencuba...






Assalammualaikum....

Hari ni cuaca kejap panas terik kejap mendung macam nak hujan pastu panas balik... minta2lah tak hujan, malas betul nak bawa payung gi jemput Irfan kat sek agama tu.

Dua hari sebelum ni tangan gatal betul nak mengecat. Walaupn dah dekat 3 tahun pindah rumah tapi masih belum siap cat. Cer tengok gambar kat bawah ni... dapur ni cat separuh aje. 


yard

Hari sabtu minggu lepas gi hardware cari kaler yang sama... nasib baik ada lagi kaler tu. 


Tadaaa dah siap... Inilah keje ptg Isnin hari tu. Lepas hantar Irfan sek agama terus mengecat. Sebelum tu sila abaikan dapur ku yang tak kemas ni tau... hihihi. 
Kabinet dapur ni memang dah ada sekali masa beli rumah.. masa kat show house kaler lain bila dah dapat kaler lain pulak. Belum sampai 3 tahun dah nak terbarai dah..  ruang yg bersepah kat belakang tu bukan bilik tau... tu yard.


Amy pernah citer pasal nak mengemas yard sebelum ni kan tapi masih belum habis kemas kerana lampu2 gantung dan kipas tak tau nak letak kat maner. Ingat nak angkut balik kampung raya haji ni. Merasa jugaklah rumah kampung tu pakai lampu gantung.
Sebelum ni tak de grill tu, Amy saja aje letak grill dan cermin tingkap. 

Ni sebenarnya macam stor lah tapi Amy tak nak nampak mcm store. 


Petang selasa pulak mengecat kat yard ni. tak nak dah warna hijau. So sebelum cat apa2 kaler kenalah tutup dulu kaler hijau tu.


Dah siap... lepas ni dah boleh cat kaler lain. Ingat nak mengecat petang ni sekali angin malas dah sampai... terbengkalailah jawabnya. Lepas ni bila angin rajin dah sampai Amy up date balik citer yard ni.
Assalammualaikum...

Dah 3 hari Irfan periksa akhir tahun, seperti biasa bila anak periksa mamanya pun macam nak periksa jugak... anaknya dok relax mamanya yang melebih2 risaunya. Tu yang tak nampak batang hidung1-2 ni hihihi.


Esok kertas Bahasa Arab.. dari petang tadi mengadap dia buat latihan. Part yang tak bestnya mamanya tak dapat nak menolong.. kalau mata pelajaran lain bolehlah jadi cikgu tapi Bahasa Arab ni awal2 lagi dah 'fail'.

Masa mamanya sekolah dulu maner lah ada belajar Bahasa Arab ni dah tu jawinya sikit sangat yg lain semua Bahasa Arab... nak main teka-teka pun tak boleh. Susahnya Bahasa Arab sek. keb ni berbanding sek. agama. Sek agama dia ajar dr basic tak delah pening sangat.

Untung pada yg pandai mata pelajaran ni, senang nak ajar anak2 kann. 


Assalammualaikum...

Hari ni nak kongsi rasa tak puas hati Amy kat sini... memang betul2 tak puas hati. Sebelum nak langan Unifi Amy ada gi kat Management kat sini untuk tanya manalah tau kot2 nak pasang Unifi kena buat permit.. biasanya kalau nak buat renovation memang kena buat permit dulu tapi pihak management kata tak payah. Yelah kan bukan nak drill ke nak roboh dinding ke kan...




Tak pasal2 tengah installer tu duk ketuk2 nak kemaskan wayar yang kat dinding tu datang pulak pak guard. Pak guard tu kata orang bawah komplain bunyi ketuk2 dia tak boleh tidur.

Halloooo... pukul 11:30 pagi bukan malam, lagi pun bukan lantai yang kena ketuk. Bukan saja2 nak mengetuk.. lagipun dalam rumah sendiri. Dalam 'Rule' yang ditetapkan pun kalau nak buat apa2 kerja dari pukul 9 pagi sampai pukul 6 petang.... so Amy tak delah melangar sebarang peraturan kan.

Walaupun jiran2 Amy buat kerja2 reno yang bising dan sampai dlm rumah Amy berhabuk, Amy tak pernah buat komplain. Ada yang bergaduh laki bini sampai tak tengar ustaz Don kat Tv tu cakap apa pun tak de komplain. Bawa anjing dalam lif... masih lagi Amy tak pernah komplain. Malam2 rumah atas bunyi macam org pindah rumah, Amy ok aje... rumah Amy bunyi ketukkan sekejap aje dah kena komplain.... 

Adatlah kan kalau duduk kat rumah yang atas bawah, kiri kanan ada org lain, memang ada macam2 bunyi. Faham2 ajelah kan. Lainlah kalau kami duduk rumah dia, bolehlah dia kata tu tak boleh ni tak boleh. Duit dah abis banyak beli rumah tapi tak leh buat apa2... ada ke patut?. Kalau tak nak ada bunyi gi duduk kat rumah yang sebiji2 jauh dari org...

Huhuhu...emo sungguh kan? hihihi... lega rasanya dapat meluahkan kat sini. 

Assalammualaikum..

Salam Jumaat semua.... Sekejap aje dah hari Jumaat kan. 2-3 hari ni nak kata sibuk sangat tak jugak tapi bila dah start masuk dapur tu lepas satu2 ade aje yg dibuat begitu juga kalau dah ke balkoni tu...  konon nak siram bunga aje lepas tu gatal tangan pulak gi alih pasu lah, cantas mencantas lah... letak baja pulak tu yang tak sempat nak buka laptop tu.



Hari Rabu lepas teringin nak makan kek coklat bakar.... asyik buat yg kukus aje. Baru pukul butter, handmixer Amy pun dah rosak. Bila pukul butter .. besi pemukul tu (tak tau nak panggil apa) berjoget2 tak pasal2 kena pukul manual pulak lepas tu.. huh lenguh tangan.

Dulu Amy selalu suka melepak kat Forum Cari... best ade banyak resepi dan feed back dan Amy dapat belajar dari situ. Ramai yang dah cuba resepi kek ni dan kata sedap dan moist.

   Kek ni baru masak pun dah moist dah tapi klu dah semlman lagi moist... Amy pulak bila turn kek coklat bakar ni mesti  nak terbelah, kurang api tak masak dlm api biasa pulak mesti nak jd cam tu.. lantak lah asalkan sedap. Bukan nak jual... hihihi.



RICH CHOCOLATE MOIST CAKE [Jonah]

6 oz butter  (170.1gm)
14 oz gula castor (396.9 gm)
3 biji telur ayam

BAHAN2 INI DIBANCUH BERSAMA:

1 sudu teh NESCAFE
1 sudu teh air panas
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh chocolate EMULCO


BAHAN2 INI DI AYAK BERSAMA:

8 oz tepung HIGH PROTEIN  (226 gm) (tepung gandum pun jadik jerrr jugak)
2 1/4 oz serbuk koko  (63.8 gm)
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh soda bicarbonate
1 1/2 sudu teh baking powder
7 oz air sejuk - air dlm peti ais


CARA MEMBUATNYA:

1.  Pukul mentega dengan gula sehingga kembang.
2.  Masukkan telur satu persatu.
3.  Masukkan campuran NESCAFE dan esen2.
4.  Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan.
5.  Masukkan air sejuk sambil di gaul perlahan2.
6.  Bakar dalam loyang 9" persegi dengan suhu 170C selama 50-60 minit.




Balik sekolah agama terus mkn kek tak sempat kek tu nak sejuk betul2 ... kelaparanlah tu. Kek ni saja Amy buat tak letak topping, asyik bertopping aje bosan dah. Dulu2 masa baru belajar buat kek mkn kek cam tu aje tak de topping2 pun.

Kek ni memang sedap... rugi kalau tak cuba. 
Assalammualaikum...

Alhamdulillah .....  Faris dan Nasiim dah semakin sembuh. Bila mereka berdua ada kat rumah ni... pening kepala, baru sekejap kita kemas kejap aje dah sepah balik. Dah penat sepahkan rumah dia orang bergaduh pulak.. kejap2 mama kejap2 mama... adehhhh.




Baru nak siang ayam dah minta nak makan mangga pulak... ingat aje dia nenek dia ada dtg bawa mangga.

Percaya tak kalau Amy katakan 4 biji mangga yang ada tu dia dua org yang habis kan... Nasib baik tak sakit perut.

Assalammualaikum...

Penatnya seminggu ni,  sebelum ni Irfan kena chickenpox skang budak berdua tu pulak yang kena. Baru nak tarik nafas lega.... 

Balik sekolah hari isnin tu masing2 dah demam Amy syak mesti diorg nak kena, hari selasa dan rabu keluar bintik2 kecil dan sikit sgt. Sekali dua orang yang kena buat Amy tak menang tangan. Oleh kerana keluar sikit aje + demam panas, Amy bagi diorg air kelapa. Hari Khamis tu badan Faris dah penuh ngan bintik2 merah, kat muka pun byk. Irfan dulu taklah sebyk tu. Nasiim masih relax lagi,  masih belum keluar byk lagi.




Nasiim kena hari Jumaat... banyak kat muka dan badan tapi tak sebanyak Faris. Demamnya baru semalam kebah. Bagi ubat demam tak turun2 jugak, last amy bagi ubat yg masuk kat punggung tu bila tengok suhu dia dah 40. Mengigil tengok no 40 tu, Irfan dulu dua kali kena 'fit' (sawan) nasib baik tak de apa2... Alhamdullillah..



Faris pun Amy bagi ubat punggung sbb suhu dah 39. Kesian dia nak duduk tak boleh nak baring pun sakit, hari rabu dan khamis tu dia tak tidur, sakit lah gatallah. Sedih hati Amy bila dia menanggis sbb tak tahan sakit.
Doktor ada kasi ubat sapu utk gatal dan sakit tapi tak boleh sapu seluruh badan sbb jadi lagi teruk.. lupa pulak nak bagi tau Faris ni ada eczema, kat doktor pun Amy lupa nak bagitau.. 


Kesian dia... comot dah.

Irfan kena demam dua hari aje. Demam tak tinggi dan tak gatal sgt. Bila kena kat adik2 dia pulak... teruk. Baru nak masak dah kena panggil, baru nak mengemas rumah pun dah kena panggil. Nak buka laptop lagilah tak dan, nak kena lap ngan kain basah tempat2 yg sakit tu... lap pakai facial cotton tu (abis mamanya punya), kain lain tak leh sakit katanya. Nasib baik Nasiim boleh disapu ngan ubat gatal yg doktor bagi tu.





Org Unifi tu tak jadi dtg hari Jumaat, nasib baik tak dtg... umah Amy macam tongkang pecah. Tak sempat nak mengemas.

Hari ni demam dah ok.. bolehlah mamanya buat keje, tu nampak n3 baru hari ni.. hihihi.