hilmirdadaud.blogspot.my

Image Slider

Assalammualaikum...

Kejap aje dah hari Khamis kan... cuti sekolah pun dah dekat 2 minggu. Cuti kali ni belum ada rancangan nak pergi mana2... lagi pun en hubby susah nak dapat cuti. 

Hajat di hati.... nak gi Singapore tapi memandangkan passport yg tak di renew lagi + $$$$ + cuti en hubby yg tak pasti = Macam tak tercapai aje. Kalau dapat balik Melaka pun best jugak.. kat sana dah ada mcm2 skang ni ... angan-angan ajelah jawabnya.

Semalam bukan main Amy risau lagi bila header kat blog ni dah hilang. Semuanya gara2 Amy memandai mendelete gambar kat piccassa tu, tak pasal2 kena buat header baru. Buat Yg ringkas aje dah.... kang rumah tak berkemas masak pun tak asyik mengadap komputer aje kejenya.

Amy sangat berterima kasih kepada Lyafrina kerana sudi berkongsi jalan penyelasaian bg masalah Amy tu. Kepada sesiapa yang tak boleh nak upload gambar bila melebihi had bolehlah klik kat sini


Gambar kabur pulak... sorrylah ye, kalau letak ex-large tu nanti tulisan Admin tu tak nampak pulak.

Setelah ikut step by step akhirnya dah boleh upload gambar balik. Lepas ni dah boleh keluarkan cerita2 basi Amy tu.

Assalammualaikum...

Hari ni Amy plan nak share cerita2 basi Amy tu tapi bila nak upload gambar dah tak boleh pulak. Dia kata Amy dah guna max 1G kat picasa, kalau nak upgrade kena bayar pulak. Alaaa takkan kena bayar kottttt.

Sedih betul laaa. Amy try delete gambar2 yg ada kat dlm picasa tu tapi dia kata .....




Ni boleh upload sbb Amy dah delete gambar yang dulu2 tu...



Pastu jadi macam ni...

Boleh sesiapa tolong macam mana nak atasi masalah ni.  Kepada yg dah lama menjadi blogger... pernah tak jadi macam ni....



Assalammualaikum....


Hari ni Amy nak sambung cerita Akuaria.. gambar sebenarnya ada byk lagi tapi Amy malas nak buat banyak part, so ... apa yang boleh masuk Amy masukkan sekali kat dlm ni... hihihi..

Tak mau cerita banyak layan ajelah cerita bergambar ni... 




En Shark yang sedang bersiar-siar ..




2 ekor jerung sedang berenang beriringan.. pusing2 pun situ jugak.. nasib ko lah jerung.



Itu dia... tak clear pulak gigi dia. Maklumlah kamera tipun aje. Rasanya kalau kat laut betul2 ni dah lama kami kena ngap ni... 


Si Penyu.. 


Mula2 masuk kat sini bukan main excited lagi budak2 ni..


Ni Amy bagi nama ikan polkadot.. sesuka hati aje kan hihihi..


Yang ni tak tau.. 


Ada banyak ikan pari yang basar2..


En hubby pun tak melepaskan peluang ambik gambar..


Ikan pari lagi... apasallah ko landing kat sini..




Ikan ni macam dlm cerita Finding Nemo lah, ikan ni bergerak dlm satu kumpulan ...



Ko pun pandai tidur telentang ekkk..


Comel..


Bayar mahal punya pasal, kami masuk tunnel tu 3 kali sampai budak2 ni dah bosan...





Sebelum keluar ada kedai cerderahati... kami tak beli pun, mahal.


Dah penat berjalan kononnya nak cari tempat duduk kat luar ni tapi basah pulak.



Kami parking kete kat Suria KLCC.. kenalah menapak balik ke sana. Masa datang kami lalu taman, masa balik lalu dlm ni pulak.


Masih lagi kat dlm tunnel..


Singgah Kinokuniya kejap..


Beli popcorn jugak..


Caramel crips...

Dari Jauh lagi dah berbau keenakan popcorn ni... perut masa tu dahlah tengah lapar apalagi tergodalah. Amy beli saiz M rm22... mahalnya, kalau dah terliurkan nak buat camner nanti asyik teringat-ingat aje.

Ok dah habis cerita Akuaria ni... lepas ni boleh keluarkan cerita2 basi yg Amy dah peramkan lama-lama tu hihihi..

Assalammualaikum...

Buah Avocado mesti semua orang kenalkan.. kalau kat Malaysia ni bukan main mahal lagi harganya. Amy suka sangat ngan buah ni, Kalau kat JJ rm4.99 sebiji kalau dah teringin sangat tu beli jugak.


Gambar dr pakcik google

Amy pernah beli buah ni masa gi Bandung Shopping Mall dua tahun yang lepas. Banyak jugak Amy ambik.. sekilo lebih rm8.++ aje, terkejut masa tu... murahnye + boleh sesuka hati ambik dan rasa. Kebetulan en hubby Amy ada kawan sekerja yg tinggal kat sana masa dia keje ngan MISC dulu, dia yg bawa kami kesana.

Ok sambung balik.. 

Biasanya kita dengar jus avacado kan tapi pernah tak makan avacado campur milo? Yang pasti rasanya tak sama ngan Avocado smootie tu.




Kebetulan kat rumah nenek en hubby ada sebatang pokok avocado, Amy pulak yg kekampungan sgt masa tu tak heran pun. Satu hari nenek en hubby buat dan dia bg Amy.. barulah tau sedap sebenarnya buah ni hihihi.

Senang aje nak buat Avocado milo ni...

Bahan-bahannya :-
Avocado (dilecek boleh, diramas pun boleh),
Susu pekat manis secukup rasa,
Milo seberapa banyak yg suka.

Caranya... gaulkan aje semuanya dan simpan dalam peti sejuk. sedap dimakan sejuk2. 

Anak2 Amy semuanya suka en hubby aje yg tak berminat. Jom lah cuba..


Saja nak memanjangkan entry... nak kongsi kebaikan buah avocado yang amy ambil dari Pertubuhan Peladang.


Senarai kebaikan avokado

Selain daripada khasiat yang dinyatakan di atas, di sini saya senaraikan 10 mengapa kita patut makan avokado, info dipetik dan diterjemahkan dari laman web Health Diaries.com :

1. Pencegahan kanser prostat

Avokado telah dibuktikan berkesan untuk menghalang pertumbuhan kanser prostat.

2. Perlindungan (mencegah) kanser mulut 

Penyelidikan telah menunjukkan bahawa sebatian tertentu dalam avocado dapat mencari pra-kanser dan kanser sel kanser mulut dan menghancurkan mereka tanpa merosakkan sel-sel sihat.

3. Perlindungan (mencegah) kanser payudara 

Seperti minyak zaitun, avokado mengandungi asid oleik yang sangat tinggi, yang telah terbukti untuk mengelakkan kanser payudara dalam kajian banyak.

4. Baik untuk kesihatan mata

Avokado mengandungi lebih lutein karotenoid daripada buah-buahan yang lain biasa dimakan. Lutein melindungi mata daripada kemerosotan makular, katarak dan penyakit mata yang berkaitan dengan usia lanjut.

5. Menurunkan paras kolesterol

Avokado mengandungi beta-sitosterol yang tinggi, satu sebatian yang telah terbukti dapat menurunkan paras kolesterol. Dalam sebuah kajian, 45 sukarelawan mengalami penurunan paras kolesterol sebanyak 17%, selepas mereka mengambil buah avocado hanya untuk satu minggu.

6. Memelihara kesihatan jantung

Satu cawan avokado mengandungi 23% kandungan folat daripada nilai harian yang disyorkan. Kajian menunjukkan bahawa mereka yang mengambil diet kaya folat mempunyai risiko yang lebih rendah daripada mendapat penyakit jantung daripada mereka yang tidak. Kandungan vitamin E, lemak tak tepu tunggal dan glutathione yang terdapat dalam buah avokado juga bermanafaat besar bagi jantung anda.

7. Mencegah strok

Kandungan folat yang tinggi dalam buah avokado juga dapat memberi perlindungan terhadap strok. Mereka yang makan diet kaya folat mempunyai risiko lebih rendah terkena strok daripada mereka yang tidak.

8. Penyerapan nutrisi lebih baik

Kajian telah mendapati bahawa nutrisi tertentu diserap lebih baik bila dimakan dengan avokado. Dalam sebuah kajian, ketika peserta makan salad yang mengandungi avokado, mereka dapat menyerap lima kali jumlah karotenoid (kumpulan nutrisi yang merangkumi lycopene dan beta karoten) daripada mereka yang tidak termasuk avokado.

9. Sumber glutathione

Avokado merupakan sumber glutathione yang sangat baik iaitu satu agen antioksidan yang penting yang menurut para penyelidik, ia penting dalam mencegah penuaan, kanser, dan penyakit jantung.

10. Sumber vitamin E 

Buah avokado adalah sumber terbaik vitamin E, yang merupakan vitamin penting untuk melindungi badan terhadap banyak penyakit dan membantu menjaga kesihatan secara keseluruhan.

Walaupun terdapat pelbagai khasiat buah, daun, biji dan kulit pokok avokado, namun begitu penggunaannya perlu mendapat nasihat daripada pengamal perubatan agar kemudharatan di kemudian hari dapat dielakkan.
Assalammualaikum...

Cuti hari Deepavali yang lepas, kami ke Akuaria KLCC utk kali kedua. Kali pertama Amy tak pasti tahun 2006 atau 2007 sbb masa tu Faris masih baby lagi.

Minggu lepas kan cuti lama... cuti awal Muharam n Deepavali, Amy ingat mungkin tak ramai sangat.. mesti ramai yg balik kampung... rupanya tak jugak. 

Memandangkan gambar ada banyak kenalah buat cerita bergambar. Lagi pun Amy ni bukan pandai bercerita hihihi.



Sampai aje tengok dah beratur panjang.. kaunternya tak nampak dr sini.


Kaunter tiket...

Dewasa RM 35 dan kanak-kanak RM25. 


Waiting hall.. dulu tak de. Kena duduk sini sementara en hubby beratur.


Ikan Piranha... macam ikan bawal aje. 


Belangkas... macam ni rupanya, baru tahu..


Belut elektrik..


Tarantula... eiiii menakutkan.

  
Tak tau ular apa ni, tak nampak pulak nama dia... ular kuning ajelah hihihi.


Iguana..

   Ini gambar masa turun tangga.. kat bawahnya ada ikan ni... Tak tau ikan apa.


Kat sebelah tangga tu ada balang ikan yg besar ni.


 Gambar dr atas tangga lagi tapi dah bawah sikit.

 Gambar dah sampai bawah.. tapi bukan ikan yg dlm kolam td tu.


Tak silap Amy ni ikan Arapaima... panjang dia mungkin lebih dr en hubby amy. Panjang ikan ni.


Ni gambar dari bawah..


Ikan ni pun Amy tak tau nama yang pasti tak hensem hihihi..

Bersambung....
Assalammualaikum...

Akhirnya dapat jugak buka blog ni... apasal skang ni susah betul nak masuk. Dah lama jugak perkara ni berlaku... password betul dah email pun betul tapi tetap tak boleh masuk. Amy sorang aje ke yang ada masalah macam ni?.

Hari Ahad lepas, kami sekeluarga gi menjengguk rumah yang satu lagi kat Bandar Sunway Semenyih.. Dalam tahun ni baru dua kali gi sana. 

Nak harapkan sabtu ahad aje, manalah sempat... dua hari tulah nak buat macam2 tu yang rumput panjang macam belukar tu.. nasib baik tak de ular.

teres superlink

Setahun sekali dua aje datang sini.. manalah nak kenal sapa2 yang boleh potong rumput so terpaksa import tukang potong rumput dr kampung hihihi... nasib baiklah adik n adik ipar Amy tu baik hati nak tolong.
 Lalang punyalah tinggi, kalau si Nasiim masuk gerenti Amy tak nampak.. ada pulak tu anak pokok yg lebih tinggi dari Irfan.

Tengah potong rumput hujan pulak turun.. habis becak. Start keje dekat pukul 12.. siap pukul 4:30. 
Rumput tu bila dah masuk plastik hitam tu dapat 7-8 beg.. 


Nenek n adik Amy pun datang jugak.. Ni tengah bosan sbb tak ada apa nak buat. Rumah ni 54x28 aje termasuk tanah jenis superlink, lebar tapi pendek. Ada 4 bilik dan 4 bilik air. 
Sorrylah tak dapat nak letak gambar byk sbb sibuk mengemop rumah sampai letih satu badan huhuhu. Rumah ni rumah yang pertama kami beli pernah tidur satu malam aje kat situ. Konon dulu nak duduk tapi memandangkan jauh dr tempat keje en hubby... tak jadi.
Skang tengah fikir nak sewa ke nak jual.. klu sewa pun alahai tak cukup nak bayar bulan2 kat bank..


Assalammualaikum...

Lama sudah Amy tak menyenggah kat sini... sejak kebelakangan ini lepas sorang-sorang yang jatuh sakit termasuklah Amy. Amy pulak kalau dah demam memang tak boleh bangun. Bila dah sihat mood nak buka cik lappy ni pulak yg tak de... Angin malas dah sampai daaaa hihihi.

Bila dah lama ni ada banyak pulak cerita2 yg dah sampai tahap basi tapi Amy tak kira Amy nak tepek jugak.... sekurang2nya boleh jadi kenangan untuk anak2 Amy satu hari nanti. Hari ni tak nak letak cerita basi lagi... nak tepek cerita hari ni punya. 

(en hubby tengah isi form... tu yg ada no 11 tu)

Hari ni en hubby Amy cuti so.... hari nilah nak kena 'setelkan' apa yang perlu di'setelkan', maklumlah en hubby Amy tu kalau waktu kerja susah betul nak berkejar ke tempat lain. 

Sijil Kelahiran Ameer Irfan dah lama hilang baru hari ni dapat gi ke JPN. Ingatkan hari ni ok... mungkin ramai yang bercuti dan balik kampung rupa2nya... emmmm hampeh. 


Kami dapat no 2103 masa tu pulak baru no 2055, lama nak kena tunggu. Malas nak duduk kat situ lama2 jadi Amy bawalah budak2 tu makan kat kedai mamak. Bila balik semula ke JPN tu no baru 2086...  pukul 12:30 baru dapat sijil kelahiran yang baru tapi kaler dia hijau + saiz lebih besar dr A4... skang memang kaler hijau ke?

p/s: cuti sek ni, berperang ngan anak2  + mood bercuti pulak = akan slow2 menyinggah ke blog kawan2 Amy... hihihi jangan marah aaaa..