hilmirdadaud.blogspot.my

Image Slider

Assalammualaikum...

Banyaknya...letih tangan menulis. Ni belum campur buku sekolah Kafa lagi. 





Dari pagi tadi mengadap tak abis-abis lagi. Nak tulis nama... nak balut, ni baru 2 orang nanti bila Nasiim tu dah masuk darjah satu mesti lagi banyak... huhuhu.
Assalammualaikum...

 Bila nak hantar repair tipun Amy tu pun Amy tak tau... susah betul bila tipun dah rosak ni. Tipun Amy tu bila nak charge aje kena off kalau tak ... tak boleh charge, nak tranfer gambar pun tak boleh. Nasib baik ada i pad tapi Amy pulak yg tak biasa.




Musim hujan ni perut asyik lapar aje... masa nilah rasa nak makan macam2 tapi Amy pulak yang malas nak masak nasib baik ada resepi apam yang senang ni..... tak banyak citer. 

Apam Tepung Gandum


3 cawan tepung gandum (diayak),
1 cawan gula,
1 paket yis (11g),
2 sb minyak - tak kisah minyak apa, Amy guna Canola.
2 1/4 cawan air.


Cara-caranya.

Satukan tepung, yis dan gula. Ratakan.
Masukkan air sedikit demi sedikit. Jika agak pekat tambah sedikit  lagi (sehingga ia jadi tak pekat n tak cair-mcm nak goreng pisang). 
Last, masukkan minyak-sebatikan.
Masukkan kedalam loyang dan tunggu ia naik sedikit... kemudian bolehlah dikukus sehingga masak.

Bila sudah sejuk bolehlah di potong2 dan digaulkan dengan kelapa yang telah dicampurkan dgn sedikit garam.





Selamat mencuba...
Assalammualaikum...

Hari ni Secret Love episod terakhir dah keluar kat Gooddrama.  




Profile

  • Drama: Secret Love (English title) / Secret (literal title)
  • Episodes: 16
  • Release Date: September 25 - November 14, 2013
  • Runtime: Wed. & Thu. 21:55
  • Language: Korean
  • Country: South Korea

Plot

Min-Hyuk (Ji Sung) was born into a wealthy family. He has everything including good looks, intelligence, but he doesn't have kindness. He loses his girlfriend in a hit-and-run accident.
Yoo-Jung (Hwang Jung-Eum) goes to prison, because of the hit-and-run accident that killed Min-Hyuk's girlfriend. Her boyfriend is the one that actually committed the hit-and-run accident, but Yoo-Jung took the blame. She is then betrayed by her boyfriend.





Assalammualaikum...


Masa buka fb semalam ... kawan Amy ada share cerita pasal kenaikan gaji untuk tahun depan, dia ambik kat sini sini.



Amy bukan nak komen pasal kenaikan gaji tu tapi just nak share gambar kartun ni aje. 




Nota kaki: ni kes tak de idealah ni... hihihi.

Assalammualaikum...

Sejak hp Amy ada masalah ni ..... malas benar rasanya nak up date blog. Nak antar repair pulak asyik tak berkesempatan. 


Hari ni Amy nak share gambar2 yang Amy pin kat Pinterest, cantiknya tempat2 tu. Rasa teringin pulak nak pi tengok depan mata tapi entah bilalah dapat pegi. Emmm tak pelah, tak dapat pegi dapat tengok gambar pun jadilah.



 French Street in Istanbul



Lake Tahoe



Night in Amsterdam, Holland



 Beautiful falls of Yasuni National Park in Ecuador



Neuschwanstein Castle, Bavaria, Germany.






Tunnel of Light - Petra, Jordan



Canterbury England



 Nota kaki; Bila dah petang ni mata berat aje. 
Assalammualaikum....

Perjalanan kami dari rumah Agung ke airport pada pagi hari Ahad.

bandung

Menjual surat khabar di jalan.


percutian di bandung

Pasar Minggu di sepanjang jalan.

percutian di bandung

Pukul 8:30 pagi...

percutian di bandung


percutian di bandung


percutian di bandung

Angkutan Kota..

percutian di bandung

Proton Edar Bandung...

percutian di bandung

Bumbung rumah sama aje, Vera kata kalau kat kaw tu kena kekalkan bentuk bumbung tu.

percutian di bandung

Bila anak Amy sebut 'kete kebal'... mereka rasa pelik. 

percutian di bandung

percutian di bandung

Patung Husein Sastranegara..

Husein Sastranegara adalah salah tokoh yang ikut serta dalam perjuangan bersenjata pada masa-masa revolusi fisik, khususmya dibidang pertahanan udara. Almarhum hanya dapat menyumbangkan tenaganya bagi perjuangan kemerdekaan Indonesia dalam waktu setahun lebih sedikit dan hanya dalam waktu lima bulan saja setelah Angkatan Udara RI resmi didirikan. Meskipun kesempatan untuk berbakti begitu pendek, tidaklah menghilangkan sama sekali nilai-nilai jasa perjuangannya, terutama dalam masa-masa berkecamuknya perjuangan fisik menghadapi agres Belanda.
Amy copy kat sini.

percutian di bandung

Amy suka kaler plastik ni klu kat KL kaler biasa aje. Tak ingat pulak berapa... 10k ke 20k.

percutian di bandung
Kena q dulu... pelepasan international. Orang yang kat belakang Amy tu dah lama dah beratur tiba2 baru perasan dia beratur salah tempat. Dia sepatutnya gi yang domestik punya.

percutian di bandung

Kat tempat menunggu ni punyalah ramai orang, tempatnya kecik aje. 
percutian di bandung


percutian di bandung

Kami nak balik... Nasiim kata tempat duduk tu tak best.

percutian di bandung
Irfan kata hari tu nampak tiger... hari ni nampak Lion pulak. Irfan suka sangat ngan kapal terbang, dia nak jadi Aircraft Engineer macam pak long dia. Mamanya suka aje sbb nanti boleh dapat tiket free... hihihi.

percutian di bandung

Dah dalam bas..

percutian di bandung

Lapar dah budak2 ni nasib baik bekalan roti ada lagi. Sampai KL Sentral tapau burger King ambik kete terus balik rumah.

Assalammualaikum...

Masa Amy book tiket nak ke Bandung... Amy tak perasan pulak nama Nasiim dah terlebih satu huruf sepatutnya Naim tapi kat situ Naiim... ada dua i pulak.


Lagi 2-3 hari nak pergi baru perasan... apalagi tak tentu arahlah jadinya. Nasib baik ada AirAsia Service Center kat KL Sentral, opis en hubby pun kat situ jugak. 

KL Sentral
Lot 4, Level 2, Stesen Sentral Kuala Lumpur,
50470 Kuala Lumpur
Operating hours : 9am - 9pm (GMT+8) Daily

Kalau nak tukar nama kena bawa ic penama tu pastu kenalah isi borang. Paling lewat 48 jam sebelum berlepas. Risau Amy masa tu takut tak cukup 48 jam.

Nasib baiklah staff AisAsia tu baik hati... Amy sangat berterima kasih kepadanya, tak taulah camner dia buat tapi tak sampai 24 jam  dapat email dan nama Nasiim pun dah dibetulkan. 

Pengajaran untuk diri sendiri ... lain kali bukak mata besar2 cek huruf dan nombor satu-satu pastikan betul... hihihi. Serik dah ni.


Assalammualaikum


Amy berkenan betul ngan bentuk sudu-sudu ni, yang paling besar tu boleh buat senduk nasi tapi yang lagi dua jenis tu sudu apa ek?. Tak kisahlah sudu apa... cantik punya pasal Amy beli juga. 


Selalu jumpa sudu makan dan sudu teh aje... 


Assalammualaikum...

Malam terakhir kami di Bandung kami ke TSM, teringin nak tengok perubahan kat dlmnya, nama dah tukar... bangunannya pun dah lain mana lah tau kat dlmnya pun lain.


percutian di bandung

percutian di bandung


percutian di bandung

percutian di bandung

Macam2 budak-budak ni... tengokalh si Irfan tu siap buat muka takut lagi. Si Abel tu baru 9 tahun tapi nampak mcm sebaya Irfan aje.

Bandung.. TSM blackout

Bandung.. TSM blackout

Bandung.. TSM blackout

Bandung.. TSM blackout

Memandangkan kaunter tiket dah tutup kami pergi mengopi kat J Co dulu. 

Bandung.. TSM blackout

Tiba-tiba.... Blackout.
Ini lah hari bersejarah dlm hidup Amy... gi shopping mall yang besar blackout pulak. 

Bandung.. TSM blackout
Nasib baik ada lampu emergency... ingatkan kejap aje blackout nya.

Bandung.. TSM blackout
Tak sampai 10 minit kemudian lampu tu pun padam.
Kami kena makan dalam gelap daaa... pekerja J Co tu kata kejadian mcm ni dah banyak kali terjadi.

Hampir satu jam duduk kat dlm J Co tu kami pun ambik keputusan  balik.. rupanya semua org nak balik. Dah lah gelap, jem pulak tu (jem ngan org hihihi).

Bandung.. TSM blackout

Kedai terpaksa tutup awal.

Bandung.. TSM blackout

Bandung.. TSM blackout

Bila semua orang nak keluar dr situ serentak... inilah yang berlaku. Sempat lagi pergi toilet sbb keta tak bergerak. Lama betul kami kat dlm tu. Dah dekat pukul10 malam baru ada elektrik. Ingatkan dah jadi macm ni tak payah bayar parking. Free aje. Rupanya.... jangan harap. 

Makin lama kat dlm tu makin banyaklah nak kena bayar, tapi kami lama kat dalam tu pun disebabkan pihak TSM tu jugak.

Nasib baik perkara ni tak pernah terjadi masa Amy kat KLCC ataupun di Midvalley .

Ingatkan dapatlah ber window shopping kat sana sebelum balik ke Malaysia... rupa2nya dapat pengalaman bergelap dlm shopping mall aje. Hampeh betul.