hilmirdadaud.blogspot.my

Bizi dan kepenatan... mcm nak pengsan.

| On
January 08, 2013
Assalammualaikum...

Pejam celik pejam celik kejap aje anak2 dah besar. Kalau tahun lepas yg gi sek keb seorg tahun ni dah 2 org. Kejap aje dah darjah 4 si Irfan tu... dlm hati "ehh dah besar anak kau ekk". Bila anak2 dah semakin besar mamanya pun dah semakin bertambah umurnya.. huhuhu.


Nak gi sek agama...

Start aje sekolah minggu lepas Amy rasa macam tak cukup masa aje. Memanglah sebelum-sebelum ni anak2 Amy semuanya dah gi sekolah tapi bila dah 2 org yg ke sekolah keb ni Amy rasa macam tak terkejar aje.. Mungkin pada orang lain ini perkara biasa aje. Kadang2 Amy terfikir " hebatnya ibu2 yang ada anak lagi ramai daripada Amy".

Bangun pagi menguruskan anak2 dan suami pastu nak uruskan rumah pulak.. kejap aje dah tengah hari. Ambil dari sek dan petang nak gi sek agama pulak. Kalau masa baliknya sama tak apa, kalau hari Rabu lagi penat. Mula2 ambik Nasiim pukul 12 pastu Faris 12:30. Kena hantar Faris sekolah Agama 2:30 pastu kena ambik Irfan dr sek keb pukul 4ptg. Kena ambik Faris dr sek agama pukul 5. Banyak kali tau kena turun naik lif tu sampai rasa macam nak muntah dah. Tu belum campur kalau tiba2 kena gi kedai lagi tu. Sampaikan pak guard yg kat bawah tu pun dah kenal ngan Amy ni.

Malam pulak, pukul 8 semua dah kena buat homework.. kena mengadap 3 sekali tu. Homework sek keb, sek agama dan kumon....adehhh tak terlayan tau. Siap lebih kurang pukul 10 pastu semua kena masuk tido, termasuklah mamanya sekali. Terus pengsan kepenatan hahaha.. Nak bukak miss lappy pun tak sempat.

Amy harap sangat kalau lepas ni kalau Amy tak dapat nak membalas komen atau tak berbw janganlah ada yg berkecil hati. Rasanya sekarang tak dapatlah nak bw selalu.. 


belum habis lagi ni... hihihi, kesian kat jiran PPr Amy ni dah 11 hari tak de air.
9 comments on "Bizi dan kepenatan... mcm nak pengsan."
  1. lovely yg baca N3 ni pun. terasa penatnya.

    ReplyDelete
  2. Begitulah dikatakan mama kalau ada anak sekolah. Kakak dah tinggal satu yg duduk di rumah sebab dua dah duduk asrama. Itupun kena ada pembantu kalau tak tak terlarat Amy..

    ReplyDelete
  3. why not ajar diorg naik bas/van sekolah je... at least boleh concentrate ngan kerja rumah jer :)

    ReplyDelete
  4. awal2 minggu sekolah nih mmg sume org sibuk kan,bkn anak2 je nk sesuaikan diri tp mak pak pun sama... dana mmg salute ngn kwn2 yg ada anak pastu keje, betapa nk menguruskan anak bkn mudah... dana yg ada aiyan sorang pun fenin

    ReplyDelete
  5. memang dah start sesi persekolahan ni, makin penat le ibu ibu semuanya. akak pun macam tu tapi cuma sebelah pagi, kelam kabut ckit

    ReplyDelete
  6. kerja kita sbgai ibu x akan pernah habis kan dik
    bilalah agaknyee kita boleh rehat ;)

    ReplyDelete
  7. nice day :)
    hargailah hari kemaren,
    mimpikanlah hari esok,
    tetapi hiduplah untuk hari ini.
    bagi-bagi motivasinya yaah...

    ReplyDelete
  8. same goes to akk amy..terkejar2 ye..beza nya akk x amik dorang sebaliknya dorang naik bas seklh..:D

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)