hilmirdadaud.blogspot.my

Resepi buttercream yg sedap

| On
March 28, 2013
Assalammualaikum....

Apa khabar semua... Amy harap semuanya sihat sejahtera. Hari ni rasa meluap2 pulak nak share resepi buttercream yang Amy copy kat forum cari. Resepi ni disumbangkan oleh serikandi_gurl.

Buttercream ni sedap dan tak berapa manis rasanya. Berbanding yg selalu beli kat kedai, anak-anak Amy lagi suka yang ni. Siap boleh mkn macam tu aje. 

Selalunya kalau Amy buat kek utk diorg Amy lagi letak whipping cream aje... senang, cepat dan sedap. 






Kek kat atas ni kek coklat moist Jonah. Resepi kek coklat moist ni boleh ambil kat sini kalau ada sesapa yang berminat.



Sirap Gula:
1kg gula kasar
500g air
2tbsp perahan air lemon

Cara masak sirap gula:
Masakkan gula bersama air dengan api sederhana sehingga gula cair dan rata dalam 15 min (api jgn terlalu kuat).
Bila dh cair, tutup api dan masukkan perahan lemon.
Sejukkan....

Buttercream:
315g butter (Amy guna scs sbb tu aje yg tinggal kat dlm peti hihihi)
500g krimwell
330g sirap gula.

Cara Buttercream:
Masukkan Butter dan krimwell dalam mixer dan pukul laju sehinga kembang dan menjadi soft-peak dalam masa 10-15 min.
Bila dh kembang dan soft-peak, masukkan sirap gula. Pukul lagi sehingga rata.
Kalau nk tambah perasa macam perasa oren ke atau strawberry,makesure bila dh pukul buttercream sehinnga kembang baru masukkan perasa.
Macam saya selalu gunakan perasa oren dalam 1tsp - 2tsp...

Selamat Mencuber..





Be First to Post Comment !
Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)