hilmirdadaud.blogspot.my

Ice Cream Cake Utk Nasiim...

| On
April 24, 2013
Assalammualaikum...

Ada banyak yg hendak Amy ceritakan tapi memandangkan waktu sangat terhad bertangguh2 jadinya last-last jadi cerita basi. Pagi ni sementara menunggu kain dalam mesin tu siap Amy ambik kesempatan menyengah blog sekejap..

Sebelum ni Amy ada ceritakan Nasiim dah jemu makan kek.. puas memikirkan kek apa yg dia akan makan. Masa singgah kat blog Rehal ternampak pulak gambar ice cream cake + ada pulak cara2 nak membuatnya... apa lagi macam org mengantuk disorongkan bantallah jadi nya hihihi.



Tak nampak pulak muka clown ni...  cis semuanya pandang belakang.


Senang rupanya buat kek ais krim ni... Amy yg keras tangan ni pun boleh buat. Walaupun hasilnya tak seberapa tapi bolehlah... sendiri yang nak makan bukan nak jual. 


Nasib baiklah Amy dah buat kek asas dulu... Mula2 Amy ingat nak masukkan semua bacuhan kek tu dlm satu loyang tapi penuh sangat tu yg gambar yg tgh tu comot sbb lepas tu Amy tuang separuh ke dlm bekas yg no1 tu. Kek yg tgh tu tak cantik sbb Amy letak suhu dia mcm Amy bakar kek biasa ... jadilah mcm tu... yg kedua Amy rendahkan lagi suhu dia... Amy pun tak sangka jadi cantik pulak. Ni pertama kali jadi cantik kek coklat yg Amy buat hihihi. Resepi ada kat n3 yg sebelum ni tp klu malas sila klik di sini aje.

Gambar yg ketiga tu hasil keras tangan Amy yg dah disejuk bekukan.... hahaha tak cantik sungguh. Bila dah kena make up nanti dah tak nampak kannnn. 




Bahan bahan yg diperlukan..

Kek asas/span (Amy punya coklat),
Ice Cream.. ikut suka (Amy beli yg ada tiga sekali tu),
Whipping Cream- non diary (Amy guna rich),
bahan utk hiasan..

Untuk lebih detail tentang resepi dan cara-cara nak buat ice cream cake ni silalah  klik di sini.  

Puaslah mencari idea nak buat kek utk si kecik tu.. selalunya dia kalau pasal ice cream laju aje tapi bila dah jadi kek dia tetap tak hinggin jugak... nasib baik mamanya tak naik hanggin. Amy tak taulah tahun depan nak buat apa pulak utk dia.



Nota kaki : Terima kasih kepada yg sudi menyinggah kat sini,
                   nanti Amy akan slow2 buat BW hari ni... tungguuuuu



5 comments on "Ice Cream Cake Utk Nasiim... "
  1. ermmm terliur...anak2 saya mesti suka ni...

    ReplyDelete
  2. cantiknya... pasti sedap dan anak2 suka..gabungan kek dan aiskrim..

    ReplyDelete
  3. Sedapnya. Tak pernah lagi buat kek. Asyik print resipi jer.

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)