hilmirdadaud.blogspot.my

Nasiim cuti lagi...

| On
April 08, 2013
Assalammualaikum...


Hari ni Nasiim tak pergi sekolah lagi, hari Jumaat lepas dia tak gi sekolah sbb demam... hari ni pulak kaki sakit.





Minggu lepas dia ada bagitau Amy kaki dia terkena paku. Pelik jugak.. mana datang paku. Rupanya dia terkena paku kat skirting yg Amy tanggalkan masa nak pasang wallpaper dulu. Lepas tu Amy pun dah terlupa... dia pun tak de cakap sakit sampailah semalam. Masa dia main ngan ayahnya, ayahnya ternampak ada benjol kat kaki dia. Belek punyak belek rupanya dah ada nanah, apalagi terus gi klinik. 






Kat klinik doktor tak 'injet' pun cuma spray ngan sray yg sejuk tu. belah sikit aje pastu dah siap. Nasiim kata tak sakit pun sejuk aje.



Inilah paku tu... tak sangka pulak dia boleh gi main kat situ . Paku tu kat dinding bukanya kat lantai, Amy biarkan sbb nak lekatkan balik skirting tu.



Masa Amy beli rumah ni.. almari baju tu memang dah ada.Skirting  tu diorang potong sbb nak lekatkan almari tu ke dinding. Amy pulak sbb nak pasang wallpaper, Amy tarik almari tu. Nak cari skirting baru yg panjang sampai ke hujung tapi tak jumpa2 lagi. Kat maner nak cari skirting ni? Ada ke diorang jual skirting aje?

2 comments on "Nasiim cuti lagi..."
  1. kesianya....Nasiim takpe lah cuti sakit kan....bahaya kalau paku tu berkarat tau....

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)