hilmirdadaud.blogspot.my

Cerita cuti kami minggu lepas dan pengalaman 'jem' paling teruk.

| On
June 07, 2013

Assalammualaikum...

Sekejap aje cuti sekolah dah nak berakhir, ramai yang mengambil kesempatan cuti sekolah ni utk pulang ke kampung atau pun pergi bercuti. 

Minggu pertama cuti Amy tak gi mana2 sbb Faris demam, Sabtu minggu lepas ... pagi kami gi kenduri kawin sepupu Amy di Ulu Selangor, tengah hari tu pulak kenduri kawin kawan en hubby kat Taman Maluri ( balik ke kl balik) kemudian balik rumah jap rehat2 pastu terus berangkat ke Melaka. Penat ooooo pukul 10 malam Amy dah pengsan dah hahaha. 



Di rumah sepupu Amy di Felda Sg Tenggi.



Ni namanya dah tak de keje... ambik gambar tiang kiri kanan jalan. Punyalah banyak tiang... 5 baris semuanya termasuk yg tengah tu.



Bila perut dah kenyang + arahan pakai safetybelt + tak boleh bercakap ( buka mulut aje nak gaduh) = inilah hasilnya. Aman perjalanan balik ke KL.


Keesokkan hari nya (Ahad petang) pukul 5 kami berangkat balik KL yang tak bestnya pukul 8:30 mlm masih belum sampai susur keluar Senawang. Jalannya 6-7 km/s pastu berhenti bilalah nak sampai.


Pukul 10:30 malam baru laju sikit ... tu pun 37 km/s aje. Cer tengok lampu merah tu... punyalah banyak kete kalah hari nak raya.

Nasib baik rumah kakak ipar Amy kat Paroi Jaya, kononnya nak melarikan diri dr jem teruk + sembahyang pun belum lagi .... rupanya susur keluar Senawang tu pun 2 line beraturnya, sampai Paroi Jaya pukul 9:30. Kami sampai KL pukul 12 tgh mlm. Sebelum2 ni kalau nak raya pun tak pernah lagi kena macam ni.. perjalanan 2 jam dah jadi berjam-jam.








1 comment on "Cerita cuti kami minggu lepas dan pengalaman 'jem' paling teruk."
  1. Krn jammed gini la sy lbh reda bgn awl subuh then blk kg...bkn jauh pn mlk je :-)

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)