hilmirdadaud.blogspot.my

Jerebu lagi...

| On
June 25, 2013
Assalammualaikum... 


Hari ni semua sekolah yang tutup semalam dah di buka semula tapi Amy masih mencutikan anak-anak Amy.... dengan keadaan yg putih aje kat luar tu risau Amy nak hantar diorg gi sekolah. Kalau kelas dan kantin diorang tu tertutup asap tak leh masuk ok lah jugak. 
Pagi tadi kat tv3 katanya ibu bapa di benarkan tidak menghantar anak ke sekolah... kira dibenarkan ponteng lah tu kan..hihihi. Tapi... tapi tak taulah kalau Amy salah tengok macam malam tadi. Malam tadi Amy duk mengadap Buletin Utama... dr start sampai abis. Ntah macam mana Amy tersalah... rasanya mcm banyak kali Amy nampak tulisan kat skrin tv tu kata sekolah kat KL tutup sbb jerebu dah semakin teruk. 
Macam manalah Amy ni boleh tersalah....  mesti dia tulis lain amy baca lain... Apalah Amy ni kan hihihi.










Nasib baiklah masa sukan tahunan SKSBU hari sabtu hari tu jerebu tak teruk. Amy tak sangka Faris akan terpilih masuk lumba lari. Yelah kan mana ada peluang dia nak main lari2 rumah kenit aje tanah pun tak de... bila main kat taman permainan tak de pulak dia nak main lari2.





Faris masuk acara lari berganti2 8x50 m tahun 1 dan menang tempat pertama. Masa dia tengah lari tu Amy rasa kuat jugak Amy terjerit2 bagi sokongan kat dia sampai kan banyak mata yg memandang.....yelah kan dia kat tempat yg last tu mesti kena pecut, lantaklah orang lain nak cakap apa pun. Irfan masuk perbarisan aje... dia pun mcm Amy jugak tak minat sukan2 ni hihihi.





1 comment on "Jerebu lagi..."
  1. alhamdulillah kt sini pg td da kurang sket... syukur

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)