Lama menghilang...

Assalammualaikum....

Tak sangka lama betul Amy menghilangkan diri, lebih satu bulan rasanya... hihihi. Amy harap masih tidak terlewat lagi untuk Amy mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua.

Mengapa lama benar Amy menghilang?. Sendiri soal sendiri jawab  hihihi. Banyak sebenarnya yang hendak di ceritakan, draf pun dah banyak tapi masanya yang tak mengizinkan.

Seminggu berpuasa orang dari Intech Kitchen akhirnya sampai untuk pasang rak kasut dan wardrobe. Amy kena tunggu satu bulan lebih baru dapat pasang.... orang yang menunggu punyalah ramai.





Amy memang berpuas hati ngan servis diorang. Mula-mula sales advisor diorg datang untuk ukur kemudian kami ke Semenyih utk pilih material... tengok ngan mata sendiri baru puas hati. Intech Kitchen juga menyediakan perkhidmatan membuang kabinet yang lama.... kalau kabinet yang lama tu ada lagi camner kita nak pasang yang baru kan... nak pulak kat tempat Amy ni mana boleh buang sesuka hati.



Tak sampai satu hari diorang pasang, sekali datang dekat 5 orang mana tak cepatnya. Diorang datang dalam pukul 11 pastu buka wardrobe lama yang ada dua ketul tu pastu pasang yang baru... pukul 3 dah siap.



Rak kasut...

Barulah nampak kemas kalau tak bersepah aje kasut dan selipar. Sebelum ni punya rak dah tak muat... kasut sekolah aje dah berapa, kasut putih, kasut hitam kasut smart reader lagi... huhuhu, malu dengan org yang lalu.



Wardrobe... 
Dulu kat sini wardrobe 3' melintang dan satu lagi kat sebelah pintu yg 5' punya. Skang semuanya kat sini.  Ruang ni masih lum siap lagi, nak tunggu en hubby pasang lampu, lampu dulu dah cabut sebab tak boleh nak buka pintu yg atas tu.

Tau ajelah menggembur sekejap aje bila nak kemas balik punyalah lama, sampai skang tak siap2 lagi. Masa nilah.... "ohhh kat sini rupanya" ... " eh dah lama tak pakai baju ni" dan "iskhh banyak nya baju yang dah muat".


Dua minggu sebelum raya pulak Amy hantar nenek ke Puduraya. Dah lama tak gi sana, skang ni setiap bas kat situ akan di cek oleh JPJ. Amy tak taulah apa yg diorang cek.. kat depan bas kat dalam bas, driver.


Kena ambik gambar bas ni... dulu-dulu SKB skang dah lain pulak.




Biskut raya tahun ni Amy buat 3 jenis aje itu pun bila budak dah cuti sekolah. Kelang kabut jugak sebab MIL minta buatkan kek di saat akhir... 5 biji lain2 jenis pulak tu, hari Rabu dah nak balik Melaka. 

Sebelum tu anak2 pulak sibuk ngan minggu peperiksaan... biasalah anak yang periksa mamanya yang sibuk. Lepas raya baru kemas rumah, basuh langsir dan basuh sarung sofa.



Ini pulak projek dah dekat setengah tahun. Masa tu dapat wallpaper segulung RM30. 

Ameer Nasiim...

Setiap kali kalau gi kat tempat pakaian inilah kejenya. Kita sibuk nak tengok baju nak kena cari dia pulak. 


Akhirnya siap minggu lepas.. dinding yg sebelah katil tu nampak macam tak de wallpaper pulak. Kat kepala katil tu cat aje. Kalau nak diwallpaper kan entah bilalah akan siap. Nak kena cari langsir lain pulak lepas ni.



Minggu lepas Amy gi Ikea beli jam ni satu RM2.50. Nak ambik banyak sebenarnya masa tu tapi nampak benar tamaknya hihihi. 

Yang ni pulak .... sebelum balik Melaka Amy keluarkan semua yang ada kat dalam kabinet tu sebab nak sembur Baygon. Sakit hati ngan lipas punya pasal. Balik dari kampung projek menghapuskan lipas pulak. Setiap sudut kena cek kot2 ada telor dia, pastu kenalah lap balik dalam kabinet tu kalau tak kang semuanya bau baygon aje. 

Ingatkan dah terhapus dah rupanya bila malam nampak berjalan2 lagi.. mana datangnya lagi. 2-3 hari yang lepas Amy mengembur kat belakang pulak.


Bila dah bersepah macam ni rasa malas pulak...  sampai ari ni macam tu jugak tak kemas2 lagi.


Semua langsir dah basuh dan dah ganti ngan yang lain, bukan yang baru tapi tahun yang lepas punya. Bilik Amy aje yang baru nak basuh semalam dan tak berganti. Dah 4 tahun... dah basuh gantung balik langsir ni. Sekali bila basuh semlm terus hancur kain kerasnya. Tercabut terus besinya.


Nak tak nak kenalah gantung jugak malam tadi. Apa nak buat ngan langsir ni.. mungkin amy jahit kain keras yang baru.


Kain dahlah banyak nak di basuh... tau ajelah kalau balik dr kampung, kain langsir lagi nak basuh boleh pulak mesin basuh buat perangai. Sebelum2 ni pun pernah terjadi, en hubby repairkan tapi kali ni dah tak boleh dah. Bila nak basuh aje kena masukkan air sendiri.




Mesti banyak bil air bulan ni. Bila dah buat kerja lain dah terlupa pasal air tu, dah lah melimpah limpah air tu. Kalau ada banyak kain sampai ke petang pun tak siap2 lagi. 

Sampai sini sahaja cerita Amy untuk sebulan ni... 


Comments

  1. Abis semua summary dalam satu entry..hehe
    Nanti cite details ye lagi psl kek yg 5 bijik tu :) Seronok tgk org renovate umah sendiri ni..

    ReplyDelete
  2. haaaaa tu diaaaa...

    selamat hari raya kak

    ReplyDelete
  3. tu diaa
    punya banyak kisah lama x update ekkeke

    cantik wardrobe tuu cuma kalau akk kawasan tuu agak sempit kan ..
    kalau selisih kena ngiring lak ekke ;)

    cantik

    ReplyDelete
  4. wah..lama btul akak menyepi yek..hihi..camat hr rye.=)

    ReplyDelete
  5. selamat hari raya kak... panjang berjela2 yek... mcm2 aktiviti sebulan yg terhimpn nk di kongsi... mcm2 aktiviti akak bt... tang mesin basuh tu mmg haru lah kan kk... pastu tang lipas... cube akak gune petua letak hujung timun kt dlm kabinet tu... hilang tak lipas tuh

    ReplyDelete

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)