hilmirdadaud.blogspot.my

Image Slider


Assalammualaikum...


Gambar-gambar ni Amy ambik kat Pinterest ... ada macam-macam kat situ tapi yang Amy suka home decor dan DIY. 























Jom Pinterest....
Assalammualaikum...

Dah lama tak buka blog... email pun sama, angin malas dah melanda ditambahkan lagi nak terkejar2 dengan urusan harian (alasan org malas hihihi). Tadi sementara menunggu anak2 bersiap nak ke Sek Kafa, Amy ambik kesempatan buka email... dah menimbun email kat dlm inbox tu. Biasanya kalau email dr Gmail Amy tak baca pun terus buang tp hari ni terasa nak tengok betul2 pulak.

Apahal pulak ni ... your Gmail address, ayiephashim@gmail has been created....


Sapa pulak mohd arif hashim ni yang memandai2 me link kan akaun dia ngan Amy punya akaun...





Nasib baiklah boleh di disconnect kan... Ada tak sesapa yang pernah kena macam ni.... Amy tak pasti ini hal yang harus dipandang serius atau pun hal yg remeh temeh aje.





Assalammualaikum...

Pagi ni hujan turun lebat kat sini, nasib baiklah hujan turun pukul 8   tadi.. budak pun dah lama sampai ke sekolah. Musim hujan ni anak-anak Amylah yang paling suka... dapat main hujan punya pasal.


Balik dr Sek Kafa...

Sebelum ni kalau hujan Amy akan bawa payung utk jemput diorg balik dr sek... bila bawa payung diorg main payung pulak. Pegang payung sambil pusing2kan payung tu abis merecik2 air hujan. 




Kalau ada lopak air selamba aje diorg harung... abis basah kasut sekolah, walaupun air yang bertakung tu sikit aje. Kalau hujan tengah lebat pastu ada pulak air yang melimpah dr atas bangunan saje aje ditadahkan kepala kat bawah tu... abis basah kuyup. 


Kat Pokok pun sama.. air yang berjujuran jatuh dr pokok tu pun diorg buat main. Biarlah, masa nilah diorg nak buat benda2 yg macam ni. Bagi anak2 Amy yang membesar kat umah tinggi ni (anak-anak Amy panggil umah tinggi) inilah adventure time diorang....