hilmirdadaud.blogspot.my

Bila hujan...

| On
September 05, 2013
Assalammualaikum...

Pagi ni hujan turun lebat kat sini, nasib baiklah hujan turun pukul 8   tadi.. budak pun dah lama sampai ke sekolah. Musim hujan ni anak-anak Amylah yang paling suka... dapat main hujan punya pasal.


Balik dr Sek Kafa...

Sebelum ni kalau hujan Amy akan bawa payung utk jemput diorg balik dr sek... bila bawa payung diorg main payung pulak. Pegang payung sambil pusing2kan payung tu abis merecik2 air hujan. 




Kalau ada lopak air selamba aje diorg harung... abis basah kasut sekolah, walaupun air yang bertakung tu sikit aje. Kalau hujan tengah lebat pastu ada pulak air yang melimpah dr atas bangunan saje aje ditadahkan kepala kat bawah tu... abis basah kuyup. 


Kat Pokok pun sama.. air yang berjujuran jatuh dr pokok tu pun diorg buat main. Biarlah, masa nilah diorg nak buat benda2 yg macam ni. Bagi anak2 Amy yang membesar kat umah tinggi ni (anak-anak Amy panggil umah tinggi) inilah adventure time diorang....  

2 comments on "Bila hujan..."
  1. budak2 mmg suka main hujan..sama la mcm anak kakain masa kecik2 dulu pantang tengok hujan...nak main jer

    ReplyDelete
  2. pakai payung, payung ke mana tuan payung ke mana.....baik pakai baju hujan aje lebih senang kan

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)