Image Slider

Assalammualaikum....


Lapan hari masih lagi belum sembuh.... panasnya dah kurang sikit dr 40 turun 38 tapi batuk pulak tak henti2. Risau Amy tengok dia terbaring aje dah makan ubat yg byk2 tu pun masih belum ada perubahan lagi.

Lepas en hubby balik dr masjid terus Amy ajak dia gi hospital, nasib baik kami sempat sampai sebelum pukul 4. Kali ni Amy gi klinik Dr Christopher Lim .... Amy tak gi klinik doktor yg sebelum ni sbb doktor tu seboleh-bolehnya nak suruh masuk wad jugak.


 Faris kena sedut gas... Doktor tu kata Faris ke Bronchitis

Kat klinik Dr Christopher Lim ni ada banyak alat2 yg mcm dlm gambar tu. Yang Faris tengah guna tu yg besar punya.


Yang ni yg kecik punya.

Doktor ni pun suruh masuk wad tapi kami tak nak jadi dia buat rawatan kat klinik dia aje tadi. Mula-mula kena sedut gas..


Pastu kena 'enjit' pulak... Amy dah lupa 'enjit' tu untuk apa. Kemudian doktor tu tepuk2 belakang Faris. Nampak tak hos yg kaler kuning sebelah en hubby Amy tu... doktor pakai benda tu utk sedut dr hidung Faris.
Kat klinik yang Amy gi sebelum ni tak delah nampak benda2 ni semua... mungkin dia hanya buat dekat wad sahaja.


Dapat ubat lagi... skang kena mkn ubat ni pulak yang hari tu punya Amy tak tau nak buat apa. Ubat demam aje yg dah habis ubat lain banyak lagi. 

Doktor kata kalau hari Ahad Faris tak ok lagi... nak tak nak kena masuk wad jugak.



Balik aje rumah terus mengadap i pad... makan pun dah berselera dah. Ketara betul perbezaannya. Kejap lagi startlah mengacau adik dia. 


Assalammualaikum....

Hari ni dah hari yg ke 6 Faris demam... hati ni risau sangat. klinik dah pergi 2 kali ubat pun dah abis berbotol2 tapi panasnya tak turun2 lagi.

En hubby kerja separuh hari sbb nak bawa Faris gi hospital hari ni. Biasanya Amy naik teksi aje tapi memandangkan Faris tak larat kenalah minta en hubby hantarkan.


Punyalah banyak ubat... terkejut Amy masa mula2 dapat. Kotak tu ada ubat tau bukan kotak kosong. 

Doktor tu kalau boleh hari ni jugak dia nak suruh masuk wad.


Nasib baik Faris ambik antibiotik jadi cell darah putih dia ok yg tak ok nye tuuuu yg doktor bulatkan tu C-reactive protein byk sgt. Doktor bagi ubat dulu tapi .... kalau dalam 2 hari ni masih lagi demam jawabnya Faris kena masuk wad. 


Dapat mc lagi dan esok nak suruh Irfan bagikan kat guru kelas Faris.. mesti cikgu tu dah jemu dapat mc hari2. 


Assalammualaikum....

Sejak kebelakangan ini cuaca tak menentu sekejap panas sekejap hujan, kalau panas sampai ke malam panasnya. Amy kena buka tingkap dan sliding door waktu malam barulah lega sikit kalau on air cond kang mau nya melambung2 bil elektrik.

Mula-mula Amy demam pastu skang ni Faris pulak demam. Yang tak bestnya tu demam dalam minggu peperiksaan pulak tu. Peperiksaan mula hari Rabu minggu lepas hari Jumaat dia dah demam. 


Hari ni dah hari ke 5 dia demam... selalunya dia demam 2-3 hari dah ok tapi kali ni lama pulak. Lepas makan ubat pun masih tak turun panas badannya. Kesian tengok dia terbaring aje muka pun dah cengkung. 



Hari Ahad gi klinik dapat mc 2 hari tapi Amy tak perasan doktor tu tulis tarikh cutinya 19/5 dan 20/5 dah lah rugi sehari. Malam tadi gi klinik lagi sbb ubat demam dah habis mananya tak setiap 4 jam mkn ubat cepatlah habis. Semalam minta tambah mc dapatlah  2 hari. 


Guru kelas Faris yg SKSBU kata kalau tak datang periksa tak boleh buat pada hari lain kalau buat pun di kira sebagai latihan. Jawabnya nanti kat report card adalah 0 markah... sedihnya. Walaupun tak menjejaskan pengiraan markah pada hujung tahun tapi ia menjejaskan keputusan periksa yg skang ni. 

Yang sek KAFA pulak... ustazah dia kata kalau dia boleh sembuh sblm cuti ni dia boleh ambik peperiksaan tu. Lega sikit hati Amy.

Kalau dia larat bangun Amy dah hantar gi sekolah.. tak kisahlah kalau di asingkan pun tapi dah tak boleh nak buat macam mana....


Assalammualaikum...

Cuaca hari ni mendung aje... kalau ikutkan mata dah lama terlelap kat sofa tu. Huhhh bestnyalah  kalau dapat macam tu tapi nanti ada  yang balik sekolah kelaparan hihihi.

Hari ni Amy nak share resepi tiramisu yg selalu Amy buat... alaaa mesti ramai dah tau kan tapi Amy tak kira nak jugak tepek kat sini... hihihi. 




Tiramisu ni Amy buat hari sabtu yang lepas. 





Resepi ni amy ambik dr Joy of baking utk topping rv tapi amy ubah sukatannya ikut suka hati amy ... hihihi. 





Ini resepi yg amy guna... 

Bahan-bahannya:-

250g cream cheese (amy guna Philadelphia),
250g thickened cream,
130g gula castor,
1 sudu kecil esen vanila,

Biskut ladyfinger (klu nak pakai kek pun boleh)
serbuk kopi ( Amy guna decaffeinated ),
Air panas (utk bancuh kopi.. tanpa gula atau susu)
Serbuk koko.

Cara-caranya:

1. Pukul cream cheese sehingga fluffy pastu masukkan thickened cream, gula dan esen vanila. Amy masukkan gula tu sikit2 pastu rasa supaya tak delah manis sgt cheese Amy tu nanti. Bila dah siap masukkan dlm piping bag supaya nanti tak terceduk-ceduk.

2. Basahkan biskut ladyfinger tu ngan air panas yg telah dicampur ngan kopi... jgn sampai lembik sudah. Susunkan dlm bekas.

3. Picitkan cheese tadi kat atas biskut tu. Nak nipis ke nak tebal ke... ikut suka ok.

4. Taburkan serbuk koko. Lapiskan lagi ngan biskut ladyfinger tu pastu cheese pastu serbuk koko... buatlah seberapa byk yg suka. Amy buat 2 aje.

5. Sejukkan. 





Yg kat atas ni untuk anak-anak Amy. Amy tukar air kopi ngan air milo.
Selamat  mencuba.