Image Slider

Assalammualaikum... 


Hari ni semua sekolah yang tutup semalam dah di buka semula tapi Amy masih mencutikan anak-anak Amy.... dengan keadaan yg putih aje kat luar tu risau Amy nak hantar diorg gi sekolah. Kalau kelas dan kantin diorang tu tertutup asap tak leh masuk ok lah jugak. 
Pagi tadi kat tv3 katanya ibu bapa di benarkan tidak menghantar anak ke sekolah... kira dibenarkan ponteng lah tu kan..hihihi. Tapi... tapi tak taulah kalau Amy salah tengok macam malam tadi. Malam tadi Amy duk mengadap Buletin Utama... dr start sampai abis. Ntah macam mana Amy tersalah... rasanya mcm banyak kali Amy nampak tulisan kat skrin tv tu kata sekolah kat KL tutup sbb jerebu dah semakin teruk. 
Macam manalah Amy ni boleh tersalah....  mesti dia tulis lain amy baca lain... Apalah Amy ni kan hihihi.










Nasib baiklah masa sukan tahunan SKSBU hari sabtu hari tu jerebu tak teruk. Amy tak sangka Faris akan terpilih masuk lumba lari. Yelah kan mana ada peluang dia nak main lari2 rumah kenit aje tanah pun tak de... bila main kat taman permainan tak de pulak dia nak main lari2.





Faris masuk acara lari berganti2 8x50 m tahun 1 dan menang tempat pertama. Masa dia tengah lari tu Amy rasa kuat jugak Amy terjerit2 bagi sokongan kat dia sampai kan banyak mata yg memandang.....yelah kan dia kat tempat yg last tu mesti kena pecut, lantaklah orang lain nak cakap apa pun. Irfan masuk perbarisan aje... dia pun mcm Amy jugak tak minat sukan2 ni hihihi.





Assalammualaikum...

Keadaan hari ni lebih teruk dari semalam... kami sekeluarga berkurung aje kat dalam rumah. Rasa dah naik rimas pulak, tingkap dan pintu semuanya kena tutup kalau tak bau asap aje. Angin pun tak masuk. Kalau on air cond maunya bil elektrik bulan ni beratus-ratus.



Gambar ni Amy ambik pukul 10 lebih pagi tadi. Nampak macam kat Cameron Highland pulak yang bezanya kat sini panas dan berasap.



Agak-agaknya lah kan esok budak sekolah dapat cuti lagi tak? 
Assalammualaikum....

Sebenarnya dah lama betul Amy teringin nak merasa kek ni... selalunya kalau ternampak kat mana2 mesti tertanya2 macam manalah agaknya rasa kek tu... yelah kan namanya pun Hokaiddo.

Hari ni Amy buat 2 jenis Hokkaido cupcake, satu jumpa kat blog Rahel dan satu lagi dari blog kak Azlita. Dua-dua nampak sedap + Amy tak dapat nak pilih = Amy buat dua-dua sekali. 


Hokkaido Strawberry cupcake


Resepi ni Amy buat setengah adunan dan dapat 6 bekas. Amy tak taulah nak panggil bekas tu kotak ke cup... 

Cream strawberry ni Amy buat sendiri...nak cuba resepi lain dah tak sempat nak ambik anak dr Sek KAFA.



Hokkaido Chiffon Cake
Sumber: Rahel

Bahan A:
150g tepung kek-ayak 2x
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu besar susu tepung ( amy tak letak..)
100g gula kastor ( amy guna gula halus, gula kastor dah abis)

Bahan B:(disatukan dan dikacau rata)
70ml minyak jagung/canola oil
4 biji kuning telur
100ml susu segar
1 sudu teh strawberry paste/esen vanila (amy guna strawberry flavor) 

Bahan C:
4 biji putih telur
80g gula kastor
1/4 sudu teh cream of tartar

Cara:

1.Satukan bahan A di dalam mangkuk,kacau hingga rata.
2.Masukkan bahan B ke dalam campuran bahan A.Kacau hingga licin.Ketepikan.
3.Putar putih telur hingga berbuih,masukkan cream of tartar dan gula kastor sedikit demi sedikit sambil putar sehingga naik dan kembang (stiff peaks).
4.Masukkan 1/3 adunan putih telur ke dalam bancuhan kuning telur tadi.Kacau perlahan.Kemudian masukkan lagi 2/3 putih telur ke dalam bancuhan kuning telur dan kacau sebati dengan perlahan.
5.Sudukan adunan ke dalam cawan kertas (letak cawan kertas di atas alat penimbang,isikan dg adunan kek dan timbang 55g setiap satu cawan ).
6.Bakar dalam oven (rack tengah,guna api atas & bawah) pada suhu 170'C selama 20-25 minit. (tergantung kepanasan oven masing-masing).


Strawberry cream :

150g non diary whipping cream (Amy guna RICH) - dipukul sehingga gebu.
Buah strawberry sesuka hati nak letak berapa biji- dilecek atau diramas sehingga hancur.

caranya:
Masukkan strawberry yg telah di hancurkan ke dalam cream- gaul rata.

Hokkaido Cream Castard Cupcake

Resepi dari blog kak Azlita ni pun Amy buat separuh aduan dan dapat 12 cawan cupcake.  

HOKKAIDO CHIFFON CUPCAKES


Dicopy dari blog kak Azlita
Bahan-bahannya:

4 biji kuning telur

30 gm gula caster

1 sudu kecil esen vanila

40 ml susu segar

40 ml minyak canola ~ minyak makan pun boleh

55 gm tepung cake
20 gm tepung kastard
1 sudu kecil baking powder

4 biji putih telur

1/4 sudu kecil garam

80 gm gula caster



-Panaskan oven pada suhu 170 C

-Sediakan 8 biji ramekins bersaiz besar

-Atau boleh juga guna mangkuk kertas cup cake yang keras

-Atau boleh juga gunakan cawan muffin
-Satukan tepung, tepung kastard dan baking powder. Kemudian di ayak 3 kali


-Pukul kuning telur dan gula menggunakan whisk aje

-Tambahkan vanila, susu dan minyak dan pukul rata.

-Masukkan bahan yang telah di ayak tadi dan gaul rata
-Dalam bekas lain ~ pastikan bekas berkeadaaan kering

-Pukul putih telur dan garam hingga berbuih

-Tambahkan 80 gm gula sedikit sedikit dan terus memukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kental dan kaku (soft peaks)
-Ambil 1/3 adunan putih telur dan masukkan dalam adunan tepung.


-Gaul rata dgn menggunakan kaedah kaup balik

-Kemudian masukkan baki adunan dan gaul hingga sempurna dengan kaedah yang sama.
-Tuangkan adunan dalam ramekins atau cawan kertas anggaran 80% penuh


-Hentakkan sedikit bekas ramekins utk mengurangkan gelembung udara pada kek.
-Masukkan dalam oven dan bakar selama 25-30 minit


-Keluarkan dari oven bila kek masak

-Hentakkan bekas remakins sekali lagi dan biarkan kek sejuk

-Bila kek sudah sejuk, bolehlah paipkan filling kedalamnya dengan menggunakan pipping bag.



CREAM CUSTARD

by : Honey

1 sudu besar tepung 


1 sudu besar tepung jagung 

4 sudu besar gula 

200ml (1 cup) susu segar 

1 biji telur (L size) 

1 sudu besar mentega 
1 sudu teh esen vanila

Masukkan tepung, tepung jagung dan gula  ke dalam mangkuk. 


Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul2
Masukkan telur dan kacau lagi. 
Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau. 
Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. 
Masak sehingga pekat. 
Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau.
Ulang sehingga pekat.
Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata. ( Amy dah termasuk 2 benda ni masa mula2 tp hasilnya tetap ok)


Adunan ini boleh juga di masak atas dapur dgn api yg sederhana.

Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yg licin.




HOKKAIDO CHIFFON CUPCAKES
By : Seadragon
Rujukan : Shyieda

4 egg yolks
30g caster sugar
1 teaspoon vanilla extract
40ml milk
40ml canola & sunflower oil
55g cake flour
20g custard powder
1 teaspoon baking powder
4 egg whites
1/4 teaspoon salt
80g caster sugar

Preheat oven to 170°C. Prepare about 8 one-cup-capacity ramekins or dariole moulds; use Texas muffin tin if you do not have individual ramekins or dariole moulds. If you are using Texas muffin tin, line with paper cases. Sift cake flour, custard powder and baking powder three times and set aside.

Beat egg yolks and 30g sugar briefly to combine, add vanilla, milk and oil, beat well to combine. Sift flour mixture in a few batches into the yolk mixture and lightly fold in to combine.

Whisk egg whites and salt until foamy. Gradually add 80g sugar, spoonful by spoonful, and continue beating. Beat until soft peaks.

Scoop 1/3 of the egg white mixture into the yolk mixture and fold in with the balloon whisk. Repeat two more times with the remaining egg white mixture.

Divide batter into the ramekins or dariole moulds, filling to about 70-80% full.

Give each ramekin or dariole mould a light tap on the kitchen bench to get rid of any large bubbles in the batter; do the same if using muffin tin.

Bake for about 20 minutes for muffin tin or metal dariole moulds, or 25-30 minutes for ceramic ramekins, until cooked. Remove from oven and tap again. Let cool (no need to cool upside down).

When the cupcakes are cold, use the nozzle of the piping bag to poke a hole on each cupcake and pipe in custard. Stop piping as soon as you see custard oozing out from the hole. Serve straight from the cup with a spoon.

CUSTARD FILLING

100g Instant Pudding (Vanilla Flavoured)
700ml cold milk
or
100g Instant Pudding
600ml heavy cream

Make the custard according to instructions on the package. 

Taste: Light and soft cupcake with a delicious custard filling
Consume: Best served cold
Storage: Store in airtight container in the refrigerator for up to 2-3 days


Dua-dua resepi ni memang best... punya rasa yg tersendiri. Gebu, lembut dan yang penting sangat sedap. 

Terima kasih kepada kak Azlita dan Rahel kerana sudi kongsikan resepi yang sedap ni. 










Assalammualaikum...

Sekejap aje cuti sekolah dah nak berakhir, ramai yang mengambil kesempatan cuti sekolah ni utk pulang ke kampung atau pun pergi bercuti. 

Minggu pertama cuti Amy tak gi mana2 sbb Faris demam, Sabtu minggu lepas ... pagi kami gi kenduri kawin sepupu Amy di Ulu Selangor, tengah hari tu pulak kenduri kawin kawan en hubby kat Taman Maluri ( balik ke kl balik) kemudian balik rumah jap rehat2 pastu terus berangkat ke Melaka. Penat ooooo pukul 10 malam Amy dah pengsan dah hahaha. 



Di rumah sepupu Amy di Felda Sg Tenggi.



Ni namanya dah tak de keje... ambik gambar tiang kiri kanan jalan. Punyalah banyak tiang... 5 baris semuanya termasuk yg tengah tu.



Bila perut dah kenyang + arahan pakai safetybelt + tak boleh bercakap ( buka mulut aje nak gaduh) = inilah hasilnya. Aman perjalanan balik ke KL.


Keesokkan hari nya (Ahad petang) pukul 5 kami berangkat balik KL yang tak bestnya pukul 8:30 mlm masih belum sampai susur keluar Senawang. Jalannya 6-7 km/s pastu berhenti bilalah nak sampai.


Pukul 10:30 malam baru laju sikit ... tu pun 37 km/s aje. Cer tengok lampu merah tu... punyalah banyak kete kalah hari nak raya.

Nasib baik rumah kakak ipar Amy kat Paroi Jaya, kononnya nak melarikan diri dr jem teruk + sembahyang pun belum lagi .... rupanya susur keluar Senawang tu pun 2 line beraturnya, sampai Paroi Jaya pukul 9:30. Kami sampai KL pukul 12 tgh mlm. Sebelum2 ni kalau nak raya pun tak pernah lagi kena macam ni.. perjalanan 2 jam dah jadi berjam-jam.