hilmirdadaud.blogspot.my

Image Slider


Assalammualaikum....

Bila tiba bulan puasa ni macam-macam pulak yg teringin nak makan tambahan pulak kat bazaar ramadan tu ada mcm2 yg di jual....  Anak-anak Amy pulak balik dari Sek Kafa mesti nak singgah sana.

Hari ni Amy nak kongsi resepi Apple Crumble Pie yang Amy buat utk berbuka puasa ... pada tekak Amy memang sedap. En hubby dan FIL pun suka... anak2 aje yang tak berkenan. 

Resepi ni Amy ambik dari blog kat Azlita. Seperti biasa resepi yang Kak Azlita kongsikan semuanya sedap-sedap. Terima kasih  kepada Kak Azlita.. banyak yang Amy pelajari dari beliau. 





APPLE CRUMBLE PIE

Bahan Untuk Kulit Pastri

240g Tepung Gandum
170g Mentega sejuk ~ dipotong kecil
2 sudu besar Gula Aising
4 sudu besar air ais

Gaulkan tepung dengan gula aising
Masukkan Mentega dan gaul semula menggunakan garfu sehingga tekstur seperti serbuk roti
Campurkan air ais sesudu demi sesudu dan gaul rata dengan menggunakan garfu sehingga ia menjadi doh.
masukkan doh kedalam plastik dan simpan di dalam peti ais selama 30 minit.

Bahan Inti

5 biji apple hijau (Granny Smith)
1 biji parutan kulit lemon
Secubit garam
2 sudu besar mentega
100g gula perang
secubit serbuk kulit kayu manis
2 sudu besar tepung jagung

Apple dibuang kulit dan biji dan kemudian dihiris nipis
Ketepikan
Panaskan gula dan mentega. Kacau rata.
Masukkan hirisan Apple. Gaul rata
Masukkan garam. serbuk kayu manis dan tepung jagung.
Kacau hingga apple lembut dan kuahnya pekat
Angkat dan biarkan sejuk

Bahan Crumble

75g tepung gandum
35g mentega tanpa garam
35g gula
35g chip cokelat


Gaulkan mentega, tepung dan gula sehingga menjadi seperti serbuk roti.
Masukkan chip cokelat dan gaul rata

Cara Menyediakan Pie

Panaskan ketuhar pada suhu 220C
Sediakan acuan pie 12"
Keluarkan doh pastri dari peti sejuk
Canai doh pastri menjadi nipis dengan ketebalan 5mm
Alihkan kedalam acuan pie. Kemaskan tepinya dan buangkan lebihan.
Masukan inti ke dalam pie hingga penuh. Tinggalkan sedikit hirisan apple sebagai hiasan
Tutupkan atas pie dengan crumble.
Hiaskan dengan baki hirisan apple
Bakar pie selama 15 minit pada suhu 220C.
Kemudian turunkan suhu kepada 190C dan bakar selama 45 minit hingga bahagian atas pie berwarna perang.


Selamat Mencuba....


Assalammualaikum...

Selamat berpuasa kepada semua.. Alhamdulillah... kita masih lagi berkesempatan menyambut bulan yang mulia ni.

Semalam Amy dapat panggilan telefon dari jiran Amy di kampung,  jiran Amy tu penjamin untuk pinjaman Mara masa Amy belajar dulu. Makcik tu agak serba salah nak bagitau kat Amy pada mulanya.. mungkin dia takut Amy terasa. Anaknya nak buat pinjaman pelajaran dengan Mara tapi tak boleh sebab nama pakcik tu dah blacklist... gara-gara Amy dah 6 bulan tak bayar.

Besalah pulak Amy rasa masa tu, dah menyusahkan orang pulak. Bukan tak nak bayar... bil-bil semuanya Amy bayar melalui m2u tapi tang kes Mara ni rasa mcm tak best aje nak guna M2u tu... nak gi post office malas bebenar rasanya. Tiap-tiap bulan memang Amy dah asingkan duit utk Mara tu... bayarnya aje yg tak lagi... hihihi pemalas tahap kritikal.

Sebelum ni main bayar aje.. tak pernah pulak nak cek berapa baki pinjaman tu. Bila dah jadi macam ni terus mengelabah... tak tau berapa  yg tinggal. 




Nasib baiklah semalam jumpa E baki MARA ... apa lagi terus register.

Rupa-rupanya.....



Alahai... RM32.50 tu pun boleh kena blacklist ke? Cissss buat Amy tak tentu arah aje. Pagi ni Amy dah bayarkan guna m2u malas betul nak gi Mara kang tak sempat pulak nak ambik anak2 balik sekolah.

Lega betul bila dah abis hutang ni... rasa nak tersenyum sampai telinga aje...