hilmirdadaud.blogspot.my

Image Slider

Assalammualaikum...

Dah lama teringin nak makan Red Velvet Cake ni... nak membuatnya asyik bertangguh- tangguh aje. Nasib baik angin rajin nak membaking dah datang balik... 

kek red velvet

Resepi kek red velvet ni Amy ambik dari Joyofbaking... dah banyak kali buat resepi ni dan hasilnya sangat memuaskan hati. Amy suka sangat dengan cream cheese frosting dia.... rasa macam ais krim. 

Gabungan cream cheese dengan mascarpone cheese membuatkannya lebih sedap. Amy pernah cuba cream cheese philadelphia sahaja tapi tak sesedap kalau di tambah Mascarpone cheese. 







Red Velvet Cake


2 1/2 cups (250 grams) sifted cake flour
1/2 teaspoon salt
2 tablespoons (15 grams) regular or Dutch-processed cocoa powder
1/2 cup (113 grams) unsalted butter, at room temperature
1 1/2 cups (300 grams) granulated white sugar
2 large eggs
1 teaspoon pure vanilla extract
1 cup (240 ml) buttermilk
2 tablespoons liquid red food coloring
1 teaspoon white distilled vinegar
1 teaspoon baking soda


Red Velvet Cake: Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C) and place rack in center of oven. Butter two - 9 inch (23 cm) round cake pans and line the bottoms of the pans with parchment paper. Set aside.
In a mixing bowlsifttogether the flour, salt, and cocoa powder. Set aside.
In bowl of your electric mixer, or with a hand mixer, beat the butter until soft (about 1-2 minutes). Add the sugar and beat until light and fluffy (about 2-3 minutes). Add the eggs, one at a time, beating well after each addition. Scrape downthe sides of the bowl.Add the vanilla extract and beat until combined.
In a measuring cup whisk the buttermilk with the red food coloring. With the mixer on low speed, alternately add the flour mixture and buttermilk to the butter mixture, in three additions, beginning and ending with the flour.
In a small cup combine the vinegar and baking soda. Allow the mixture to fizz and then quickly fold into the cake batter. 
Working quickly, divide the batter evenly between the two prepared pans and smooth the tops with an offset spatula or the back of a spoon.Bake in the preheated oven for approximately 25 -30 minutes, or until a toothpick inserted in the center of the cakes comes out clean. Cool the cakes in their pans on a wire rack for 10 minutes. Place a wire rack on top of the cake pan and invert, lifting off the pan. Once the cakes have completely cooled, wrap in plastic and place the cake layers in the refrigerator for at least an hour (or overnight). (This is done to make filling and frosting the cakes easier.)



Cream Cheese Frosting:
1 - 8 ounce (227 grams) cream cheese, room temperature
1 - 8 ounce (227 grams) tub of Mascarpone cheese, room temperature
1 teaspoon pure vanilla extract
1 cup (115 grams) confectioners' (icing or powdered) sugar, sifted
1 1/2 (360 ml) cups cold heavy whipping cream (double cream) (35-40% butterfat)


Cream Cheese Frosting:In the bowl of your electric mixer, or with a hand mixer, beat the cream cheese and mascarpone cheese until smooth. Add the vanilla and confectioners sugar and beat until smooth. Using the whisk attachment, gradually add the heavy cream*(See Note)and whip until the frosting is thick enough to spread. Add more sugar or cream as needed to get the right consistency.
Assemble: With a serrated knife, cut each cake layer in half, horizontally. You will now have four cake layers. Place one of the cake layers, top of the cake facing down, onto your serving platter. Spread the cake layer with a layer of frosting.  Place another layer of cake on top of the frosting and continue to frost and stack the cake layers. Frost the top and sides of the cake. 

Note: You must use a brand of heavy cream that whips very easily to stiff peaks. If you are using a brand of heavy cream that does not whip easily to stiff peaks then whip the heavy cream separately to stiff peaks and then fold it into the cream cheese mixture.




kek red velvet


Kek Red Velvet 

Bahan-bahannya :


  • 2 1/2 cawan (250 gm) tepung kek*(Amy guna tepun gandum +3/4 sk b.soda + 1 1/2 sk double action b.powder)
  • 1/2 tsp garam*
  • 2 Tbsp (15 gm) serbuk koko* (*ayak bersama) 
  • 1/2 cawan (113 gm) butter (Amy guna SCS)
  • 1 1/2 cawan (300 gm) gula pasir
  • 2 biji telur gred A
  • 1 tsp asen vanilla
  • 1 cawan (240 ml) buttermilk (resepi buttermilk : 1 Tbsp cuka masakan + 240 ml susu segar-biarkan 10 minit sebelum digunakan)
  • 2 Tbsp cecair pewarna merah 
  • 1 tsp white distilled vinegar (guna cuka makan tu pun boleh)
  • 1 tsp baking soda

Cara-cara :
  1. Pukul butter sehingga lembut lebih kurang 1 minit.
  2. Masukkan gula dan terus memutar hingga ringan dan gebu (2-3 minit).
  3. Masukkan telur satu per satu dan pukul rata setiap kali dimasukkan.
  4. Masukkan asen vanilla dan putar hingga sebati.
  5. Dalam larutan buttermilk, masukkan pewarna merah dan kacau sebati.
  6. Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung berselang-seli dengan larutan buttermilk dimulai dan diakhiri dengan tepung (masukkan 1/2 tepung dulu, kemudian semua buttermilk dan seterusnya semua tepung yang masih berbaki). 
  7. Dalam satu mangkuk, campurkan cuka dengan baking soda. Campuran akan berbuih atau berbusa. Dengan segera tuang ke dalam adunan kek dan terus kaup balik.
  8. Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175 C selama 1 jam atau sehingga kek masak. Sekiranya ingin membakar menggunakan 2 loyang yang sama besar, bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak dan bakar pada suhu 175 C selama 20-30 minit menggunakan api atas dan bawah.
  9. Setelah masak, biarkan kek sejuk di dalam loyang selama 10 minit. Kemudian keluarkan kek dan sejukkan sepenuhnya di atas redai.
  10. Seterusnya, balut kek dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam atau sehingga semalaman untuk memudahkan proses menghias kek. 

Bahan-bahan Cream Cheese Frosting :
  • 1-8 oz (227 gm) krim keju, pada suhu bilik
  • 1-8 oz (227 gm) keju Mascarpone, pada suhu bilik (boleh diganti dengan krim keju)
  • 1 tsp asen vanilla
  • 1 cawan (115 gm) gula aising, diayak (Amy letak 80g shj)
  • 1 1/2 cawan (360 ml) whipping cream ( Amy guna 250ml)

Cara-cara :

  1. Pukul krim keju bersama keju Mascarpone hingga smooth.
  2. Masukkan asen vanilla dan gula aising dan teruskan memukul hingga smooth.
  3. Masukkan whipping cream sedikit demi sedikit sambil terus memukul hingga sebati.
  4. Sapukan pada kek dan hiaslah ikut kreativiti masing-masing.

Assalammualaikum...

Lama dah simpan gambar2 ni kat dalam draf... menunggu mood nak bercerita lama sangat hihihi.

Bulan puasa yang lepas masa gi cari baju raya untuk anak2 kat Parkson.... gatal pulaklah gi lalu kat bahagian pingan mangkuk periuk belanga tu. Saja nak tengok mixer, padahal dah berpuluh kali tengok sebelum tu.





Sebenarnya Amy berkenan sangat ngan kaler merah... kaler oren pun cantik jugak. Berkenan aje tapi tak terlintas nak beli lagi. Tapi hari tu mixer yg kaler putih ni dapat free toaster + free gift yg lain.


Inilah rupa toaster tu...

En hubby pulak berkenan sangat ngan toaster tu, kalau nak beli.... mesti tak beli punyalah hihihi.

Skang tak payah nak tunggu turn kalau nak roti bakar, senang.... boleh bakar 4 sekali. Kalau nak 2 aje pun boleh sebab dia asing2. Pastu kalau dah siap...dia tak delah macam toaster Amy yang dulu macam nak meloncat keluar aje. Dah siap dia berbunyi... selagi roti ada kat dalam tu dia akan panas... lebih kurang dalam 5 minit.



Free Mixer cover...

Kalau kaler lain tak dapat toaster tapi free gift yang lain2 ni dapatlah. 





Free 2 benda ni kalau pakai Citibankcard. Satu tu alas cawan satu lagi pingan tingkat letak kuih kaler biru. Sorrylah Amy tak tau apa namanya.



Dapat free pisau yang cantik ni dan papan pemotong sekali.


Last... free alat penimbang ni...

Kat umah Amy ada hand mixer cap Tesco aje, kalau nak pakai mixer yg camni selalu pinjam MIL punya. 

Banyak free gift punya pasal (terutamanya toaster).... en hubby dengan baik hatinya menghadiahkan Amy mixer tu. Kaler putih pun kaler putihlah...... Amy terima ngan senyum lebar dan Terima Kasih.




Assalammualaikum....

Tak sangka lama betul Amy menghilangkan diri, lebih satu bulan rasanya... hihihi. Amy harap masih tidak terlewat lagi untuk Amy mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua.

Mengapa lama benar Amy menghilang?. Sendiri soal sendiri jawab  hihihi. Banyak sebenarnya yang hendak di ceritakan, draf pun dah banyak tapi masanya yang tak mengizinkan.

Seminggu berpuasa orang dari Intech Kitchen akhirnya sampai untuk pasang rak kasut dan wardrobe. Amy kena tunggu satu bulan lebih baru dapat pasang.... orang yang menunggu punyalah ramai.





Amy memang berpuas hati ngan servis diorang. Mula-mula sales advisor diorg datang untuk ukur kemudian kami ke Semenyih utk pilih material... tengok ngan mata sendiri baru puas hati. Intech Kitchen juga menyediakan perkhidmatan membuang kabinet yang lama.... kalau kabinet yang lama tu ada lagi camner kita nak pasang yang baru kan... nak pulak kat tempat Amy ni mana boleh buang sesuka hati.



Tak sampai satu hari diorang pasang, sekali datang dekat 5 orang mana tak cepatnya. Diorang datang dalam pukul 11 pastu buka wardrobe lama yang ada dua ketul tu pastu pasang yang baru... pukul 3 dah siap.



Rak kasut...

Barulah nampak kemas kalau tak bersepah aje kasut dan selipar. Sebelum ni punya rak dah tak muat... kasut sekolah aje dah berapa, kasut putih, kasut hitam kasut smart reader lagi... huhuhu, malu dengan org yang lalu.



Wardrobe... 
Dulu kat sini wardrobe 3' melintang dan satu lagi kat sebelah pintu yg 5' punya. Skang semuanya kat sini.  Ruang ni masih lum siap lagi, nak tunggu en hubby pasang lampu, lampu dulu dah cabut sebab tak boleh nak buka pintu yg atas tu.

Tau ajelah menggembur sekejap aje bila nak kemas balik punyalah lama, sampai skang tak siap2 lagi. Masa nilah.... "ohhh kat sini rupanya" ... " eh dah lama tak pakai baju ni" dan "iskhh banyak nya baju yang dah muat".


Dua minggu sebelum raya pulak Amy hantar nenek ke Puduraya. Dah lama tak gi sana, skang ni setiap bas kat situ akan di cek oleh JPJ. Amy tak taulah apa yg diorang cek.. kat depan bas kat dalam bas, driver.


Kena ambik gambar bas ni... dulu-dulu SKB skang dah lain pulak.




Biskut raya tahun ni Amy buat 3 jenis aje itu pun bila budak dah cuti sekolah. Kelang kabut jugak sebab MIL minta buatkan kek di saat akhir... 5 biji lain2 jenis pulak tu, hari Rabu dah nak balik Melaka. 

Sebelum tu anak2 pulak sibuk ngan minggu peperiksaan... biasalah anak yang periksa mamanya yang sibuk. Lepas raya baru kemas rumah, basuh langsir dan basuh sarung sofa.



Ini pulak projek dah dekat setengah tahun. Masa tu dapat wallpaper segulung RM30. 

Ameer Nasiim...

Setiap kali kalau gi kat tempat pakaian inilah kejenya. Kita sibuk nak tengok baju nak kena cari dia pulak. 


Akhirnya siap minggu lepas.. dinding yg sebelah katil tu nampak macam tak de wallpaper pulak. Kat kepala katil tu cat aje. Kalau nak diwallpaper kan entah bilalah akan siap. Nak kena cari langsir lain pulak lepas ni.



Minggu lepas Amy gi Ikea beli jam ni satu RM2.50. Nak ambik banyak sebenarnya masa tu tapi nampak benar tamaknya hihihi. 

Yang ni pulak .... sebelum balik Melaka Amy keluarkan semua yang ada kat dalam kabinet tu sebab nak sembur Baygon. Sakit hati ngan lipas punya pasal. Balik dari kampung projek menghapuskan lipas pulak. Setiap sudut kena cek kot2 ada telor dia, pastu kenalah lap balik dalam kabinet tu kalau tak kang semuanya bau baygon aje. 

Ingatkan dah terhapus dah rupanya bila malam nampak berjalan2 lagi.. mana datangnya lagi. 2-3 hari yang lepas Amy mengembur kat belakang pulak.


Bila dah bersepah macam ni rasa malas pulak...  sampai ari ni macam tu jugak tak kemas2 lagi.


Semua langsir dah basuh dan dah ganti ngan yang lain, bukan yang baru tapi tahun yang lepas punya. Bilik Amy aje yang baru nak basuh semalam dan tak berganti. Dah 4 tahun... dah basuh gantung balik langsir ni. Sekali bila basuh semlm terus hancur kain kerasnya. Tercabut terus besinya.


Nak tak nak kenalah gantung jugak malam tadi. Apa nak buat ngan langsir ni.. mungkin amy jahit kain keras yang baru.


Kain dahlah banyak nak di basuh... tau ajelah kalau balik dr kampung, kain langsir lagi nak basuh boleh pulak mesin basuh buat perangai. Sebelum2 ni pun pernah terjadi, en hubby repairkan tapi kali ni dah tak boleh dah. Bila nak basuh aje kena masukkan air sendiri.




Mesti banyak bil air bulan ni. Bila dah buat kerja lain dah terlupa pasal air tu, dah lah melimpah limpah air tu. Kalau ada banyak kain sampai ke petang pun tak siap2 lagi. 

Sampai sini sahaja cerita Amy untuk sebulan ni...