hilmirdadaud.blogspot.my

Garlic Roll...

| On
March 17, 2014
Assalammualaikum...

Belek punya belek Amy punya koleksi resepi yang menimbun belum dicuba jumpa pulak resepi garlic roll dari blog kak Azlita. Kebetulan bahan2 pun ada + angin rajin masih ada saki baki lagi =  Dapatlah merasa roti ni buat minum petang... hihihi.

Amy tak ade tray yang sesuai nak letak roti ni jadi pakai ajelah apa yang ada.... tu yang terkeluar2 roti tu, bekasnya kecik punya pasal. Malas pulak nak gi kedai semata2 nak beli tray. 





GARLIC ROLL
Diambil dari Blog Kak Azlita
By : Suhaina

3 cawan tepung gandum ~ Kak Ita guna tepung roti.. Amy pun,
1 cawan air suam
1 sudu besar yeast
1 sudu teh garam
2 sudu besar gula
2-3 sudu besar olive oil ~ Kak Ita letak 2

Campurkan semua bahan kecuali minyak dalam sebuah bekas dan uli sehingga menjadi doh yang lembut
Tambahkan minyak dan uli semula sehingga mendapat doh yang elastik 
Sapukan sedikit minyak pada doh, tutup doh dengan tuala lembab yang  bersih dan biarkan doh rehat selama 40 ~ 45 minit
Doh akan naik sekali ganda
Sementara menunggu doh naik kita sediakan garlic spread
Setelah adunan doh naik buka tuala lembab dan tumbuk-tumbuk doh dan uli sekejap
Kemudian bahagikan doh  kepada 2 bahagian ~ seelok-eloknya di timbang setiap bahagian supaya sama beratnya.
Gelek doh dengan kayu pencanai 1/2 inc tebal berbentuk empat segi memanjang
Sapukan 1 sudu Garlic Spread di atasnya dan gulung.
Buat kaedah yang sama pada doh yang kedua juga
Potong doh sama lebar sebanyak 4 potongan
Kita akan mendapat 8 potongan doh
Susun doh dalam tray yang telah di sapu dgn butter hingga habis
tutup semula doh dengan kain lembab dan rehatkan semula selama 30 minit supaya doh naik sekali ganda lagi.
Angkat kain lembab tadi dan sapukan baki Garlic Bread di doh tadi
Sapukan kuning telur pada permukaan doh dan taburkan bijan atau serbuk lada hitam jika suka, Amy letak apa yang ada aje.
Bakar doh dalam oven pada suhu 170 - 180 C selama 20 - 25 minit

Panduan

Untuk mengetahui sama ada roti sudah masak betul atau belum, jentik bahagian bawah roti. Jika bunyinya seperti kosong, tandanya roti telah di masak dengan sempurna ~ Chef Wan.


Untuk garlic spread tu Amy guna yang yang dah siap tu aje, angin rajin dah tinggal saki baki punya pasal. 









CARLIC SPREAD

By : Suhana

50 gm Butter bergaram ~ suhu bilik
3 ulas bawang putih ~ dicincang halus
2 pokok daun ketumbar ~ dicincang halus
secubit garam ~ ita tambah
sedikit lada hitam kisar ~Kak Ita tambah
Gaulkan semua bahan
Siap digunakan.

Selamat mencuba...


1 comment on "Garlic Roll... "

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)