Tiramisu lagi...

Assalammualaikum...

Tiramisu ni Amy buat Isnin lepas... disebabkan cuaca panas + jerebu membuatkan Amy teringin sangat nak makan tiramisu. Tiramisu yang sejuk makan pulak pada waktu panas macam skang ni... bestnyaaaaa. Macam biasa Amy tepekkan resepi yang senang, ringkas dan sedap ni.





Tiramisu.... 

Bahan utk cheese...
500g cream cheese
100g gula aising( diayak)
1sudu kecil esen vanila,
250g thickened cream/ uht whipping cream.

Bahan-bahan yang lain...

biskut ladyfinger (klu nak pakai kek pun boleh)
serbuk koko
serbuk nescafee ( jenama lain pun boleh)
air panas (utk bacuh kopi).

Caranyanya...
Pukul cream cheese sehingga lembut. (sblm tu biarkan kat luar kejap dlm 15 minit tp jgn sampai dia lembik).
Kemudian masukkan gula dan pukul lagi.
Masukkan esen vanila dan cream sehingga kepekatan yang kita suka. 

Basahkan biskut ngan air kopi (Amy celupkan sekejap dlm air kopi tu) pastu susunlah dlm bekas.

Lapiskan cream cheese kat atas biskut tu.

Taburkan serbuk koko. Kemudian susun biskut yg telah dikopikan tu lagi... cheese dan serbuk koko. Buatlah seberapa banyak layer yang suka.

Sejukkan.









Comments

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)