hilmirdadaud.blogspot.my

Image Slider

Assalammualaikum...



Amy tak ada adik perempuan pun. Kami adik beradik sepupu... berkongsi atuk yang sama tetapi berlainan nenek. Kalau ada yang kata mcm adik beradik.. lepas ni tak cakap kami sepupu dah hihihi.





Amy dan Nabiha.

Best betul kamera 360 ni kan... gambar nampak cantik aje. 
Assalammualaikum...


Tiap kali tengok pancake mesti teringat ... masa tu kami bertolak awal pagi dari Lumut nak balik KL. Singgah kat satu tempat sebelum sampai pekan Teluk Intan (tak ingat nama tempat tu), kedai tu di tepi jalan berhampiran sekolah dan tak jauh tu ada kedai mamak yang agak besar.

Antara menunya adalah lempeng... Anak-anak Amy tak makan lempeng jadi mak cik kedai tu kata kat anak-anak Amy ada pancake... sukalah budak2 tu. Difikiran mereka membayangkan pancake  "pancake" tu tapi yang sampai pancake lempeng daaa. Mama ngan ayahnya jugak yang kena habiskan... huhuhu.


Anak-anak memang suka pancake ni nak pulak tu makan ngan syrup dia .... kena buat 3 aduan sekali makan. Mamanya pulak dah banyak kali buat pun masih tak cantik2 lagi pancakenya. Tak pelah walaupun tak cantik tapi sedap.


Fluffy Pancake

Ingredients:




  1. Combine milk with vinegar in a medium bowl and set aside for 5 minutes to "sour".
  2. Combine flour, sugar, baking powder, baking soda, and salt in a large mixing bowl. Whisk egg and butter into "soured" milk. Pour the flour mixture into the wet ingredients and whisk until lumps are gone.
Heat a large skillet over medium heat, and coat with cooking spray. Pour 1/4 cupfuls of batter onto the skillet, and cook until bubbles appear on the surface. Flip with a spatula, and cook until browned on the other side.




Selamat Mencuba.





Assalammualaikum...

Dolu-dolu Amy tak berapa suka ngan biskut ni tapi skang tercari-cari pulak. Kat tempat Amy ni susah sikit nak jumpa + malas nak mencari jadi bila balik Melaka aje mesti borong biskut ni.





Sebenarnya Amy tak tau nama biskut ni, panggil biskut keras sbb dia keras. Kat Plastik dia tulis biskut kok tp mcm tak best aje. Klu biskut kering tu pulak macam mana rupanya ek?


Assalammualaikum...

Lamanya dah tak menyenggah blog ni... ada banyak nak cerita tapi malas benar nak menaip (kes malas tahap kritikal.. hihihi). Hari nak citer cerita basi masa cuti sekolah yang baru-baru ni.

Mula-mula Faris mengadu mulutnya sakit, Amy ingatkan ulser sebab putih2 kat dlm tu lepas tu tangan kaki pulak keluar bintik2 macam chicken pox tapi kecik aje. 2 hari kemudian Nasiim pulak kata mulut sakit... pelik jugak dua-dua kena ulser. Sehari lepas tu kaki ngan tangan pulak keluar bintik-bintik. Mulut Faris masih tak baik lagi si Irfan pulak sakit mulut... ah sudah apa hal budak2 ni. 

Rupanya-rupanya budak-budak kena sakit kaki tangan dan mulut. Ambik kat mana pun tak taulah. Doktor kata penyakit ni berjangkit melalui air liur aje. Irfan n Faris kena tak teruk sebab  mereka dah besar Nasiim kena teruk sebab dia kecik lagi. Nasiim sampai tak boleh nak bercakap.. makan pun tak boleh.


Doktor suruh masuk wad tapi kami tak nak so doktor kata kenalah masuk air kat situ jugak. Tak pelah asalkan tak perlu bermalam di wad. Ni lah kali pertama Nasiim kena masuk air. Yang bagusnya dia tak menagis pun masa kena cocok tu.




Ni pun kali pertama si Nasiim ni gi klinik gigi dan kali pertama kena tampal gigi. Mula2 ok aje siap tanya doktor tu... "What is thattt" pastu air mata pun mulalah turun.  Skang sebelum tido aje mesti nak gosok gigi, takutlah tu kena lagi sekali.