hilmirdadaud.blogspot.my

First time...

| On
April 09, 2014
Assalammualaikum...

Lamanya dah tak menyenggah blog ni... ada banyak nak cerita tapi malas benar nak menaip (kes malas tahap kritikal.. hihihi). Hari nak citer cerita basi masa cuti sekolah yang baru-baru ni.

Mula-mula Faris mengadu mulutnya sakit, Amy ingatkan ulser sebab putih2 kat dlm tu lepas tu tangan kaki pulak keluar bintik2 macam chicken pox tapi kecik aje. 2 hari kemudian Nasiim pulak kata mulut sakit... pelik jugak dua-dua kena ulser. Sehari lepas tu kaki ngan tangan pulak keluar bintik-bintik. Mulut Faris masih tak baik lagi si Irfan pulak sakit mulut... ah sudah apa hal budak2 ni. 

Rupanya-rupanya budak-budak kena sakit kaki tangan dan mulut. Ambik kat mana pun tak taulah. Doktor kata penyakit ni berjangkit melalui air liur aje. Irfan n Faris kena tak teruk sebab  mereka dah besar Nasiim kena teruk sebab dia kecik lagi. Nasiim sampai tak boleh nak bercakap.. makan pun tak boleh.


Doktor suruh masuk wad tapi kami tak nak so doktor kata kenalah masuk air kat situ jugak. Tak pelah asalkan tak perlu bermalam di wad. Ni lah kali pertama Nasiim kena masuk air. Yang bagusnya dia tak menagis pun masa kena cocok tu.




Ni pun kali pertama si Nasiim ni gi klinik gigi dan kali pertama kena tampal gigi. Mula2 ok aje siap tanya doktor tu... "What is thattt" pastu air mata pun mulalah turun.  Skang sebelum tido aje mesti nak gosok gigi, takutlah tu kena lagi sekali.



5 comments on "First time..."
  1. saya sendiri tak suka gi klinik gigi...heheh..mimpi ngeri...

    ReplyDelete
  2. alololo cian nyer..syafakallah nasiim

    ReplyDelete
  3. kesian nyer kak.... bile berjangkit adik beradik tuh... moga cpt sihat semuanya

    ReplyDelete
  4. anak acik yang bujang2 pun masih lagi takut nak pi klinik gigi..

    ReplyDelete
  5. Alahai siannya.. moga cepat sembuh ye :)

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)