hilmirdadaud.blogspot.my

Choc Muffin yang sangat sedap...

| On
May 20, 2014
Assalammualaikum...

Nilah kali pertama Amy buat muffin... itupun sebab tergoda ngan gambar muffin kak Azlita yang macam cendawan tu. Kalau kak Azlita dah kata sedap mesti sedaplah tu kan... 


Anak-anak n en hubby Amy suka ngan muffin ni. Rasanya tak terlalu manis, ada rasa oren sikit dan moist pulak tu.  Amy buat 2 bancuhan sebab nak bawa sikit gi family gathering hari Wesak yang lepas. Puaslah cuba nak dapatkan bentuk cendawan macam kak Azlita buat tu tapi tak jadi daaa.
Tak pelah... walau pun tak cantik tapi rasamu tetap sedap... hihihi. Kepada kak Azlita terima kasih sekali lagi... banyak Amy pelajari dari Kak Azlita. 



MUFFIN COKLAT
by: Mak Lang Azie
Sumber : Izah

Bahan A 
2 cawan tepung gandum
1 1/4 cawan serbuk koko 
2 sudu kecil baking powder
2 sudu kecil soda bikarbonate
3 sudu teh nescafe
sedikit garam

Bahan B 
2 cawan gula kastor 
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair atau susu segar
3 biji telur
1-2 sb oren sunquick 

Bahan C 
3/4 cawan air panas

Campurkan semua bahan-bahan B dan letak ketepi. Ayakkan tepung bersama serbuk koko, baking powder dan soda dan campurkan semua bahan A di dalam mangkuk besar. Masukkan bahan B ke dalam A dan kacau rata. Kemudian akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata. Ceduk ke dalam muffin cup dan bakar pada suhu 175 C selama 20 minit. 

1 comment on "Choc Muffin yang sangat sedap..."
  1. nampak sedap.... tgk mmg nampak sedap msti rasa sedap... dana suke mkn kek dessert2 tp tak suke nk msk heheheh... selalu cube sekali dua pastu dh mls nk cube lg

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)