hilmirdadaud.blogspot.my

Cerita bergambar kami di Labuan... Part 2.

| On
June 12, 2014
Assalammualaikum...

Hari kedua kami di Labuan... tak de yang menarik pun untuk di ceritakan. En hubby kena gi keje tinggallah Amy anak beranak aje kat hotel tu. Nak sewa keta pulak... Amy sebenarnya dah lama sangat tak drive.. hihihi. 

 Hotel kami... dari Ujana Kewangan (UK).

Mula-mula ingatkan shopping komplek tu jauh dari hotel. Amy rancang nak naik teksi aje pegi situ rupa-rupanya kat depan hotel aje. Jimat duit teksi.




Inilah shopping kompleks itu. Nasib baik kat Labuan ni tak banyak keta... bolehlah nak melenggang kangkung  melintas jalan ngan anak-anak.

Medan selera ni kat sebelah hotel aje. 


Kat dalam...

Amy pergi masa tu hari Ahad.. jadi agak ramai orang. Dengar cerita inilah shopping kompleks yang paling besar di Labuan... mungkin sebab tu ramai orang kot. Amy rasa dia ada 2 tingkat, Amy round kat bawah aje tak naik pun tingkat atas tu. Berjalan ngan budak bertiga tu kalau Amy sorang aje... macam2 cerita dan kerenah. Bangunan tu berkongsi dengan pejabat kerajaan dan bank. 

Singgah kat Sky Park shopping coklat. Anak anak Amy tak temtu arah masuk sini kalau boleh semua nak di borongnya. Harga... bolehlah. Yang penting kena tengok tarikh expired dia. Amy round 2-3 kali dulu baru pilih.


Hasil borong kat Sky Park tu. Semua sekali RM117 dapat free biskut tiger 5 ketul. Ferrero Rocher tu 70 ketul Rm39.90. 


Tobleron ni RM17.50 ngan coklat Dairymilk tu.


Mentos ni RM 15. 


Daim kat belakang tu XXL ngan coklairs sebotol RM27. Daim yang kecik sikit tu ngan coklat yang kecik2 tu RM16.

Hotel dari Dataran Labuan.

Petang pulak kami jalan kaki tanpa tujuan ... tiba-tiba sampai kat Dataran Labuan. Nampak laut kat belakang hotel tu tapi tak nampak pulak jalan nak ke pantai tu.


*
*

Kaler nak dekat sama ngan rumput daaa. Selalu pakai kasut kaler itam, coklat, beige aje. Rasa pelik pulak bila pakai kaler ijau... tak bertumit pulak tu.






Kat belakang hotel... tapi tak balik hotel, jalan terus aje...

Kat Dataran Labuan... tak de yang menarik pun kat sini.

Kami jumpa pantai... 


Tak de orang mandi kat sini... 


Kami gi makan malam tak jauh dari pantai yang kami pergi petang tu... kat Mawilla seafood restoran. Kerang punyalah besar.. rebus aje.

Ketam telur masin... or lebih kurang cam tulah bunyinya.
Lauk datang satu-satu. Nasi goreng dah abis kena kenduri lauk baru sampai. Sotong goreng tepung pun tak sempat nak ambik gambar dah kena kenduri. Ketam tu kulitnya punyalah garing sampai boleh kunyah camtu aje.
Kat situ susah nak bezakan muslim ngan non muslim... tiba2 aje nampak pelayan tu bawa air **** tu kat meja mereka. Terus rasa tak best aje makan kat situ. Dari hotel tambang RM15 balik pulak org kat restoran tu tolong tipunkan teksi kenalah RM17. Mahalnya teksi kat sini. 
Be First to Post Comment !
Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)