hilmirdadaud.blogspot.my

Nasi Ayam Penyek..

| On
November 28, 2014
Assalammualaikum....

Ayam penyek ni Amy pernah makan sekali aje, itu pun masa balik kg En hubby kat Melaka. Masa tu tertanya2 jugak kenapa dipanggil ayam penyek.... nampak ayam tu ok aje tak macam kena penyek pun.. hehehe.

Hari ini pertama kali Amy cuba resepi Ayam penyek n kali ke 2 makan Nasi Ayam penyek. 


Bila sekolah dah start cuti... Anak-anak kat rumah ni asyik-asyik buka peti ais dan buka kabinet mencari makanan, jadi mamanya kenalah masak lebih sikit dr biasa.... nak pulak tu anak2 Amy dah semakin besar, ayam sekor sekali masak aje.

Seperti biasa Amy ambil resepi ni dr blog kak ita. Amy malas nak salin kat kertas resepi ni... selalunya Amy hangkut komputer ni masuk dapur sekali.. hehehe. Rupanya resepi kak ita ni ada 2, masa yg mula2 Amy tengok resepi terbarunya Nasi Ayam Penyek Paling Sedap. Kononnya nak cuba yang itulah sekali bila masuk dapur google keluar resepi Ayam Penyek yg lain. Amy tak perasan sehinggalah dah siap bahan2 untuk ayam tu. Ahhh Amy taki kira nak jugak buat resepi Nasi Ayam Penyek Paling Sedap tu. Maka terjadilah satu ayam 2 resepi... ha hambik.



 Dah siap dah bahan2nya, tapi bukan bahan untuk Nasi Ayam Penyek Paling Sedap tu.

Diambil dr Blog Kak Ita.

Bahan Dikisar
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4 biji buah keras
1 sudu besar ketumbar
1 sudu teh serbuk kunyit
sedikit air
garam secukup rasa.



 Ok ni baru bahan untuk Nasi Ayam Penyek Paling sedap tu


Bahan-bahan Untuk Perapan Ayam

1 ekor ayam ~  Kak ita guna ayam kampung yang bersaiz agak kecil, Amy guna ayam biasa aje.
Ayam ni potong ikut kesesuaian, biasanya ayam di potong 4 atau di potong 8
cuci ayam bersih-bersih
Ayam kemudian di rebus hingga empuk. Kak Ita tambahkan kiub ayam ketika merebus ayam.
Bila dah empuk angkat ayam dan toskan
* Air rebusan ayam jangan di buang kita akan gunakan untuk menanak nasi dan juga untuk supnya.

 Bahan Perapan

1/2 sudu besar jintan manis
1/2 sudu besar jintan putih
3 sudu besar ketumbar
* Kesemua bahan ini di sangai atau di goreng dalam kuali tanpa minyak hingga harum

1 sudu besar serbuk kari ayam atau daging BABAS
1 sudu besar kunyit serbuk BABAS
1/2 sudu besar serbuk lada putih
3 ulas bawang putih
1 cm halia
sedikit air untuk mengisar
1 sudu teh garam
Minyak untuk mengoreng
1/2 cawan tepung beras ~ tambahan untuk ayam yang berkeriuk rangup
1 biji telur ~ tambahan untuk ayam yang kerkeriuk rangup

Caranya

Sangai dahulu jintan manis, jintan putih dan ketumbar hingga naik harum.
Masukkan bahan yang di sangai bersama serbuk kari, serbuk kunyit, serbuk lada putih, halia, bawang putih dan garam. Tambahkan sedikit air dan kisar hingga halus. 
Bila dah halus, lumurkan pada ayam yang kita dah rebus tadi.

Perap ayam ini semalaman sebelum di goreng. Bagi anda yang nak cepat 2 atau 3 jam perap pun ok! 






Sedia diperap semlman.

Baki ramuan perapan ayam tu jangan di buang. Anda boleh ambil sedikit, dan gaulkan dengan tahu dan tempe dan perap sekali tapi dalam bekas berasingan dengan ayam ya.

Bila dah perap bolehlah di goreng. Anda boleh goreng ayam ni bila semua bahan lain seperti nasi, sambal dan sup telah di sediakan. Maknanya goreng ayam ni akhir sekali lah ya supaya ia masih panas bila di hidangkan dan keriuknya tu rangup..!

Baki perapan ayam atau tahu atau tempe tu.. anda campurkan dengan tepung beras dan telur. Tambahkan sedikit garam jika kurang masin. Kacau rata.
Celupkan ayam tadi dalam campuran tepung dan telur tadi dan goreng dalam minyak panas secara terendam hingga ayam tu kuning keemasan. Angkat dan toskan minyaknya.
Baki adunan tepung mengoreng ayam tu anda renjiskan dalam minyak dan goreng untuk dapatkan keriuk-keriuk yang rangup.
Jika tak suka ayam yang di celup tepung anda boleh terus mengoreng ayam yang telah di perap tadi
* sebelum goreng ayam, ita ingatkan anda supaya goreng tahu dan tempe dahulu. Baki minyak tu nanti boleh goreng ayam. 


Ok... ayam dah masak. Amy masak nasi sebelum goreng ayam.


Bahan-bahan Untuk Nasi Ayam

3 cawan beras ~ cuci bersih dan toskan airnya
3 ulas bawang putih ~ dihiris halus
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji pelaga
sedikit butter
secubit garam
6 cawan air rebusan ayam ~ sukatan air ni bergantung pada beras yang anda gunakan.

1 helai daun pandan di simpul.


Cairkan butter
Tumiskan bawang putih, kulit kayu manis, buah pelaga , bunga lawang dan daun pandan hingga harum
Masukkan beras dan masak sebentar 3 hingga 5 minit
Kemudian baru masukkan air rebusan ayam
Perasakan dengan garam
Anda boleh juga masukkan kub ayam, Kak ita tak masukkan sebab masa rebus ayam ita dah masukkan kiub ayam. 

Masak nasi seperti biasa hingga nasi masak sempurna.


Bahan Untuk Sup Ayam
gambar lupa pulak nak ambik.

Baki air rebusan ayam
1 bungkus sup bunjut
1 batang serai ~ di titik
1 inc halia ~ dihiris
daun sup dan daun bawang ~ di hiris
Bawang goreng ~ untuk hiasan

Baki air rebusan ayam tadi separuh kita buat masak nasi dan separuh lagi kita buat sup
Panaskan semula atas dapur
Tambahkan serai, halia dan sup bunjut
Masak hingga didih
Perasakan dengan garam
Taburkan daun sup dan daun bawang
Bila hidangkan taburkan bawang goreng jika suka.





                   
Bahan untuk Sambal 


10 tangkai cili padi -Amy guna 14 biji.
10 tangkai cili merah- lupa nak beli.
10 biji bawang merah ~ belah 4. Amy letak 5 aje.
3 biji bawang putih ~ hiris
5 biji tomato ~ belah 4 - kak Ita kurangkan, Amy letak sebiji aje.
5 cm belacan bakar
2 sudu makan ikan bilis
3 sudu besar gula merah ~ gula ni ikut secukup rasa.- gula merah tak de belasah brown sugar.
sedikit minyak untuk menumis

Limau nipis atau limau kasturi



                    

Panaskan minyak dan gorengkan ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan
Dengan minyak yang sama gorengkan pula cili merah, cili padi, bawang merah dan tomato hingga layur
Tunggu bahan ni sejuk sikit kemudian masukan dalam mesen kisar yang kering dan kisar kan ikan bilis dan bahan yang kita dah goreng tadi. Kisarkan sekali belacan bakar.
Panaskan semula baki minyak kita mengoreng tadi dan tumiskan bahan yang kita dah kisar tadi hingga harum
Perasakan dengan gula merah dan sedikit garam
Angkat dan hidangkan
Bila nak makan nanti perahkan jus limau..


Selamat Mencuba.
Be First to Post Comment !
Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)