hilmirdadaud.blogspot.my

Dubai..Transit.

| On
December 11, 2014
Assalammualaikum...

Dah basi baru nak buat n3 kat sini.. tunggu angin rajin sebenarnya. Disebabkan citer ni dah jadi citer basi... citer sikit ajelah ye.

Amy pergi ke Spain bulan 10 yang lepas. Kebetulan adik ipar Amy out station kat situ jadi Amy ambik peluang ni ke sana, kalau tunggu lain kali tak tau bila boleh sampai sana.




Ini adalah pertama kali Amy naik kapal terbang tanpa en hubby dan pertama kali pergi jauh tanpa anak2 dan en hubby. 


Sayu aje rasa masa ni... tak pernah berpisah punya pasal. Flight pukul 7:30 ptg, Amy check in kat KL Sentral dan masukkan beg sekali. Naik ERL gi KLIA sampai sana ingatkan boleh berlenggang kangkung tapi dah last call... cepatnya last call dia. Lama juga duduk dlm kapal terbang tu sebelum berlepas. Amy punya tempat duduk kat belakang sekali... penat jalan tak sampai2. Dr KL ke Dubai naik Boeing 777. Tak berapa seleza sbb seat kecik n bersentuhan ngan orang sebelah. Hangin aje kalau org sebelah asyik2 gi toilet.


Ok dah sampai Dubai... beza 4 jam dari Malaysia. Sampai pukul 10 mlm waktu sana. Transit 9 jam kat sana... lama gila dr mlm sampai ke siang tunggu kat situ. Malas nak tidur kononnya supaya sampai Spain nanti mata tak ikut jam Malaysia, sibuk nak jln mata sibuk nak tido.

Kalau Transit lebih dari 4 jam, Emirates akan bagi kupon makan.. pilihlah mana2 restoran yg ada kat dlm senarai tapi Amy ngan cik Limah makan kat Mc D aje, terpaksa sbb restoran lain menu mcm tak kenyang mkn aje. Nak keluar dari airport tak boleh sbb kami tak de VISA.

Kat sana ramai pekerja dari Filipina. Wifi kat situ hampeh tapi kalau kat Business Lounge ok sbb en hubby pernah skype kat situ. Pukul 5 pagi dah azan subuh dan Azan subuh tu kuat berkumandang kat airport Dubai.. kat KLIA ada tak?


Ada byk kete cam ni kat airport tu.. sapalah yg bertuah shopping dapat kete. Kalau Amy dapat amy jual aje... dapat duit huhuhu. 
Amy tak beli apa-apa kat sana sbb dalam poket ada duit EURO aje. Boleh kalau nak pakai duit EURO tu tapi kang sampai Spain tak cukup duit pulak dah... kalau amaun dlm bank tu menggunung tak pelah jugak.


Masa baru sampai Amy jumpa ramai orang Malaysia, ramai yang ke Paris flight pukul 3 pagi.. Amy je yg kena tunggu sampai 8 pagi.

Yang peliknya orang Malaysia ni bila keluar aje dr Malaysia terus jadi sombong. Masa tu kat surau.. belum lalu lagi kat emigresen lagi, biasalah kalau kat Malaysia ni kalau dah duduk dlm surau tu kita bertanya khabar, tanya dr mana nak ke mana kan.. Sebelum bertanya tu Amy tengok lah jugak manalah tau kot level datin2 ke kan memanglah tak setaraf ngan kita. 

Jumpa org kita kat luar tak kan lah kita nak menyombong so Amy pun tanya.."Pergi mana?" jawapan dia pendek shj "Paris." Amy tanya lagi " Flight pukul berapa?" dia jawab pendek lagi "3"dan buat muka tak berminat. Amy pun tengok org tak nak cakap terus blah.


Emirates ni tulis aje kat situ boarding pukul 7:30 ... 7 pagi tak silap Amy dia dah panggil. Seat Amy 44K zone F. Dr Dubai ke Barselona naik Airbus. Best naik Airbus dr naik Boing... lebih luas dan lebih seleza. Amy dapat tepi tingkap n jarak tingkap ngan seat Amy tu kalau nak julur kepala tengok org depan buat apa pun boleh... 



Amy ingatkan Amy dapat seat kat belakang lagi tapi rupanya zone F tu walaupun masuk last tapi tempatnya kat depan sekali dah dekat tangga nak naik ke Business n first class.


Sampai Barcelona pukul 1.50 ptg. Lepas ni sambung kat n3 Barcelona pulak... entah bila lah tu kannn. Kata nak tulis sikit tapi dah membebel pulak kat sini.. hihihi.

6 comments on "Dubai..Transit."
  1. malaysia tak perlukan VISA utk melancong ke dubai.boleh utk 30hari.aritu transit kat dubai n nak ke ireland.tapi sebabkan bawak anak kecil so tido di dubai 1 malam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ke sub masa kami nak keluar tu kena tahan. diorang tanya VISA kami kata tak ada so diorang tak kasi kami keluar.

      Delete
  2. ooo lupa visa kena apply kat kaunter imegresen. masa kami apply xperlukan isi borang pon.officer dia tgk pasport malaysia trus cop ja.xbanyak soal..by the way saya ni silent reader.selamat berkenalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih utk info tu, sblm Amy n Cik Limah tak pernah lagi transit sana. Lepas ni boleh buat cam tu.
      Tak sangka Amy pun ada silent reader.. hihihi, terima kasih sudi baca blog Amy.

      Delete
  3. waaaaa bestnyer kak.... walaupun transit je yg penting sampai jgk dubai tuh kan walaupun tak dpt jln2 supink kt dubai nun... tgk airport dia pun best...

    lahai... org malaysia mmg cpt lupe diri kot kak... klu kite jumpa org malaysia kt mana2 rasa seronok nk berborak bertanya kabar ni tak, blum apa2 dh tarik muke...huhuhui

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu walau pun tak dapat supink yang penting dah boleh tanda kat map kita dah pernah sampai sana kannnn.

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)