hilmirdadaud.blogspot.my

Image Slider

Assalammualaikum....

Sekejap aje dah masuk minggu ke 4 dalam tahun 2014 kan... Selalunya kalau hari Isnin aje rasa macam terkejar2 nak kemas rumah nak masak nak jemput anak sekolah pastu nak gi sekolah Kafa pulak... ada orang yang datang nak ajar mengaji lagi... pehhh penatnya, nasib baik hari ni nenek Amy ada. Dia datang minggu lepas jadi tak delah terkejar sangat sebab bab masak tu dia tolong setelkan hihihi.

kek red velvet

Dah lama terperam sebenarnya entry ni kat dlm draf tu hari ni barulah ada masa nak menyengahnya hihihi. Hari ni Amy nak share resepi red velvet cake yang sangat sedap dan moist yang Amy buat untuk birthday en hubby. Kek Red Velvet kali ni lebih sedap berbanding kek red velvet yang Amy buat sebelum ni. 

Resepi ni Amy ambik dr blog kak Ita dan blog Divacancook. Resepi ni sama cuma resepi kak Ita tepung dan gulanya lebih sikit. Ikutlah mana yang suka.... kalau nak kek yang tebal sikit cam Amy ni ikutlah resepi kak Ita, kalau nak yang rendah sikit boleh ikut resepi yang satu lagi tu. 

Kak Ita guna 2 loyang 8' Amy pulak guna 2 loyang 9'. Kalau rajin kek ni boleh buat 4 lapis tapi Amy malas nak potong so dia jadi 2 aje. Mula2 rasa cam tebal aje kek ni tapi bila dah masuk mulut sedap aje.



kek red velvet

EASY MOIST RED VELVET CAKE


360 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder .... Amy letak 1 1/2.
1 sudu teh soda bikarbonate
1 sudu teh garam
2 sudu besar serbuk koko
400 gm gula halus
1 cawan minyak jagung
2 biji telur A
1 cawan buttermilk
2 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar pewarna merah ~ ini bergantung pada pewarna yang digunakan... Amy ter...letak 2sb.
1 sudu teh cuka masakan
1/2 cawan air kopi / Nescafe panas ~ mesti letak untuk dapatkan kek yang lembab

Panaskan oven. Sediakan 2 loyang berukuran 8' (Amy guna 9'), sapukan mentega dan letakkan lapik kek ~ ketepikan

Dalam bekas, satukan dan ayak tepung, baking powder, soda , serbuk koko dan garam ~ ketepikan
Dalam bekas yang besar, satukan gula dan minyak
tambahkan telur, buttermilk, esen vanilla dan pewarna, gaul rata dengan whisk atau spatula
Tambahkan air kopi panas dan cuka masakan
Tambahkan bahan tepung yang di ayak sedikit-sedikit dan gaul adunan rata
Tuang adunan sama banyak dalam 2 loyang
Bakar dalam ketuhar selama 40 minit atau sehingga kek benar masak


cucuk ditengah kek dengan lidi untuk menentukan kek telah masak. Jika lidi keluar bersih dan licin, ini bermakna kek telah dibakar sempurna, jika tidak tambahkan lagi masa membakar.

Seperti biasa cream cheese frosting Amy ambik dr joyofbaking

Cream Cheese Frosting:


250g cream cheese, 
250g Mascarpone cheese,
1sk esen vanila
80g gula aising... diayak
1 1/2 (360 ml) cups cold heavy whipping cream (double cream) (35-40% butterfat) .... tuang sikit2 sehingga kepekatan dan rasanya sesuai ngan citarasa masing2.


kek red velvet


The BEST Red Velvet Cake Recipe. Easy. Moist.

Ingredients
  • 2 cups all purpose flour
  • 1 teaspoon of baking soda
  • 1 teaspoon of baking powder
  • 1 teaspoon of salt
  • 2 Tablespoons unsweetened, cocoa powder
  • 2 cups sugar
  • 1 cup vegetable oil
  • 2 eggs
  • 1 cup buttermilk
  • 2 teaspoon of vanilla extract
  • 1-2 oz. red food coloring
  • 1 teaspoon of white distilled vinegar
  • ½ cup of prepared plain hot coffee (don’t skip this ingredient)
Instructions
  • Preheat oven to 325.
  • In a medium bowl, whisk together flour, baking soda, baking powder, cocoa powder and salt. Set aside.
  • In a large bowl, combine the sugar and vegetable oil.
  • Mix in the eggs, buttermilk, vanilla and red food coloring until combined.
  • Stir in the coffee and white vinegar.
  • Combine the wet ingredients with the dry ingredients a little at time, mixing after each addition, just until combined.
  • Generously grease and flour two round, 9 inch cake pans with shortening and flour.
  • Pour the batter evenly into each pan.
  • Bake in the middle rack for 30-40 minutes, or until a toothpick comes out clean. Do not over bake as cake will continue to cook as it cools.
  • Let cool on a cooling rack until the pans are warm to the touch.
  • Slide a knife or offset spatula around the inside of the pans to loosen the cake from the pan.
  • Remove the cakes from the pan and let them cool.
  • Frost the cake with cream cheese frosting when the cakes have cooled completely.
Notes
~TIPS~
Be sure to not overbake! Check the cake at 30 minutes as some ovens run really hot.
Cakes are really moist and you may need to refrigerate them to firm them up before stacking and frosting.
To bake cupcakes, bake for 18-20 minutes, checking at the 18 minute mark.


kek red velvet


Kek ni tak sempat nak deco cantik2, lepas sapu cream cheese frosting en hubby dah tanya bila boleh kendurikan kek ni... apa lagi terus kena kendurilah nasib baik sempat ambik gambar.

Tak rugi tau mencuba resepi ni... senang dan sedap.




Assalammualaikum..

Minggu lepas gi buat cermin mata baru untuk Irfan, ingatkan power dia naik sikit aje sbb pakai cermin yang mahal tapi tak jugak.

Sebelum ni power dia memang dah 300 tu yang pakai cermin yang baik sikit n tak mudah calar... tapi calar jugak tak tau lah macam mana dia pakai.

Focus Point Tesco Ampang

Keluarga Amy n keluarga en hubby tak de yang pakai cermin mata kecuali nenek dialah tu pun sbb dah tua atoknya ok lagi. Masa dia darjah satu dia bgtau tak nampak bila cikgu tulis kat whiteboard Amy ingatkan silau punya pasal tapi satu hari tu masa balik dr sek (dia dah darjah 2) kawan dia panggil dia menoleh dan buat tak tau aje bila Amy tanya sapa budak tu dia kata dia tak tau sbb tak jelas muka budak tu, pada hal budak tu taklah jauh sangat. 

Pastu Amy tanya dia nombor plat kete yang ada kat situ, nama jalan, nama kedai... tulisan yang besar gedabak aje yang dia nampak. Bila gi check Amy terkejut, powernya tinggi.... Amy tak puas hati bawa pulak gi check Dr mata kat Ampang Putri, sah tinggi... 275.

Kali ni cek power dia naik lagi mata kanan 300 mata kiri dah 400 bertambah2 risaulah hati Amy ni. Orang tu cadangkan cermin Hoya Blue Control. Amy nak terangkan tak gheti so sila baca sendiri... hihihi.

For that extra comfort in a digital world
Hoya BlueControl is a coating that neutralises the blue light emitted by digital screens, preventing from eye fatigue and eye strain. This keeps the eyes in better condition whilst offering more comfortable and relaxed vision and a more natural colour perception.

BlueControl and Hi-Vision LongLife
BlueControl is offered in combination with Hoya’s unsurpassed Hi-Vision LongLife anti-reflection coating. This durable coating layer is up to 7 times more scratch resistant than standard coatings and adds even more comfort to lens wearers.
Benefits
  • Neutralises blue light, preventing from eye strain and fatigue
  • Reduces glare for more comfortable and relaxed vision
  • Better contrast perception offering a more natural colour experience
  • Plus all the features of Hi-Vision LongLife!
83% of spectacle wearers experiences eye discomfort using digital devices
The target group
Hoya BlueControl is the optimal solution for the large group of consumers who come into contact with digital screens throughout the day:
  • Stay-at-home (smartphones, laptops, tablets)
  • Students (smartphones, TVs, laptops)
  • Gamers (TVs, flat screen computers)
  • Young professionals (laptops, smartphones, tablets, GPS)
  • Kids/teenagers (TVs, smartphones, tablets)
  • Office workers (flat screen computers)
  • Pensioners (TVs, flat screen computers, tablets, laptops)


Biru... Bingkai baru ngan cermin Blue Control. Cermin aje RM300... huhuhu. Nasib baik boleh claim.

Cermin mata lama tukar cermin aje RM180.


Cermin biasa... biasa aje lerr.


Amy harap sangat ngan cermin yang baru ni power dia tak naik banyak lagi.









Assalammualaikum...

1 Januari 2014... kat KLCC aje tu pun pegi dah petang. Cuti sekolah kami tak ke mana-mana, lepas sorang... sorang demam. En hubby dah minta cuti seminggu kononnya nak balik kampung tapi Amy pulak dah tak boleh bangun.


Anak Amy tertanya2 apa bendanya tu...


Masa mamanya kecik2 panggil benda ni teng-teng. 


Tak pasal2 mamanya pulak yang kena demo macam mana nak main benda ni.... Malulah pulak dah tua2 terlompat-lompat lagi... hihihi.
Akhirnya tiga-tiga dah tau macam mana nak main lompat2 ni. Kalau ajar yang betul2 punya mesti sampai mlmlah jawabnya.

Hari tu punyalah ramai orang kat sana.



Mamanya kata kena kontrol hensem..


Yang ni pulak masih demam...

Budak merajuk..