hilmirdadaud.blogspot.my

Image Slider

Assalammualaikum...

Nilah kali pertama Amy buat muffin... itupun sebab tergoda ngan gambar muffin kak Azlita yang macam cendawan tu. Kalau kak Azlita dah kata sedap mesti sedaplah tu kan... 


Anak-anak n en hubby Amy suka ngan muffin ni. Rasanya tak terlalu manis, ada rasa oren sikit dan moist pulak tu.  Amy buat 2 bancuhan sebab nak bawa sikit gi family gathering hari Wesak yang lepas. Puaslah cuba nak dapatkan bentuk cendawan macam kak Azlita buat tu tapi tak jadi daaa.
Tak pelah... walau pun tak cantik tapi rasamu tetap sedap... hihihi. Kepada kak Azlita terima kasih sekali lagi... banyak Amy pelajari dari Kak Azlita. 



MUFFIN COKLAT
by: Mak Lang Azie
Sumber : Izah

Bahan A 
2 cawan tepung gandum
1 1/4 cawan serbuk koko 
2 sudu kecil baking powder
2 sudu kecil soda bikarbonate
3 sudu teh nescafe
sedikit garam

Bahan B 
2 cawan gula kastor 
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair atau susu segar
3 biji telur
1-2 sb oren sunquick 

Bahan C 
3/4 cawan air panas

Campurkan semua bahan-bahan B dan letak ketepi. Ayakkan tepung bersama serbuk koko, baking powder dan soda dan campurkan semua bahan A di dalam mangkuk besar. Masukkan bahan B ke dalam A dan kacau rata. Kemudian akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata. Ceduk ke dalam muffin cup dan bakar pada suhu 175 C selama 20 minit. 

Assalammualaikum...

Salam Jumaat kepada semua.. Hari ni Amy nak share resepi Choc Mousse Brownies yang sangat sedap.


Resepi ni Amy jumpa kat blog Kak Azlita.. tergoda ngan gambar yang cantik + Kak Azlita kata sedap apalagi terus copy resepi ni. Terima kasih kepada Kak Azlita kerana kongsikan resepi ni.

Rupa macam kek tapi namanya brownies... Amy pun tak tau nak panggil kek ke brownies. Amy buat kek/brownies ni untuk family gathering pada hari Wesak yang lepas. Resepi ni kena pakai springform 18cm tapi Amy tak de Amy pakai aje loyang biasa saiz 18 inch tu tapi yang bawahnya boleh di tolak ke atas... apa namanya pun Amy tak tahu.. hihihi. 

Resepi ni senang sangat... tak rugi mencuba.




Choco Mousse Brownies 
by:Yani
Diambil dari Kak Azlita

Bahan-bahan ( 18cm )

Brownies 
45g butter 
65g gula halus 
1 biji telur 
50g tepung gandum 
1/2 sudu kecil baking powder 
1 sudu besar serbuk koko 

Chocolate Mousse 
140g coklat masakan 
1 sudu besar gelatin 
100ml air 
2 biji telur putih 
200g whipping cream 
40g gula halus
  1. Penyediaan Brownies. Pukul butter dengan gula sehingga kembang/putih.
  2. Kemudian masukkan telur. Pukul lagi dalam 3-4 minit.
  3. Ayak tepung, baking powder dan serbuk koko ke dalam no.2 tadi. Kacau rata.
  4. Masukkan adunan ke dalam loyang. Kemudian bakar dengan suhu 190 degree selama 12-15 minit.
  5. Bila dah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk.
  6. Penyediaan Mousse. Masukkan gelatin ke dalam bekas yang mengandungi 100ml air. Biarkan dalam 5 minit. AWAS!!.. jangan masukkan gelatin dulu kemudian air.. ini akan menyebabkan gelatin berketul2 dan x larut sepenuhnya.
  7. Cairkan coklat masakan dengan kaedah 'double bowl' (Guna 2 periuk, 1 periuk letak air dan 1 periuk letak coklat. Periuk yang ada coklat ni, letak pulak ke dalam periuk yg ada air. Kemudian panaskan sehingga coklat cair).
  8. Bila coklat dah cair, padamkan api dan keluarkan periuk coklat dari periuk yg ada air tadi. Masukkan campuran gelatin tadi ke dalam coklat cair. Kacau sehingga gelatin sebati dengan coklat tadi. Biarkan sehingga sejukkan.
  9. Pukul putih telur sehingga kembang atau sehingga bertanduk.( Kalau diterbalikkan bowl, telur x jatuh). Sambil pukul telur tu, masukkan gula sikit demi sedikit.
  10. Dalam mangkuk lain pula, pukul whipping cream sehingga jadi btk krim.
  11. Masukkan no.10 dan no.7 ke dalam no.9. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati. Tuangkan adunan ini ke dalam loyang brownies. Simpan dalam peti sejuk sehingga mousse keras dan bolehlah dihidangkan.
  12. Sebelum dihidangkan tu, boleh dihias dengan serbuk koko dipermukaan mousse. Sama mcm kak Azlita...Amy campurkan dgn Milo supaya tidak terlalu pahit.

Assalammualaikum...



Buku yang Amy tunggu dah sampai.... 




 Tadaaaa.... nilah dia. Yang Amy tahu, buku ni masih belum bersepah di pasaran. Sesapa yang tak berpeluang beli kat Pesta Buku  PWTC yang lepas boleh beli online kat FB mcm Amy ok.



 Amy suka buku ni... cantik dan ringkas. Senang faham.



Si Faris tu pun suka buku ni... dia bawanya kulu kilir, siap simpan dlm bilik lagi. Macam dia pulak yang nak buat kek.

Ni beli aje dulu... buatnya lambat lagi kot. 
Assalammualaikum...

Dah dekat 3 minggu nenek datang rumah Amy... tiga minggu tu jugaklah dia tak keluar-keluar dr rumah tu. Malas nak berjalan katanya. Sebelum dia balik... Amy paksa dia ikut gi KL.

Sampai aje kat KL.. hujan lebat jadi minta pakcik teksi turunkan kami dekat Sogo.


Belinya sikit aje ... gambar bukan main banyak. Lantaklah apa orang nak cakap... bukannya selalu kami keluar bersama.





Dari Sogo ke Jalan Masjid India. Nenek... dia dah dapat baju sepasang terus nak ajak balik.. Si Nabiha ni pulak kat traffic light tu pun dia nak ambik. 



Beriya-iyalah dia berposing, macam nak diheretnya nenek tu serbu Gulatis tapi nenek pulak relax aje... nenek ni tak memberikan kerjasamalah.

Mesti kami kena umpat ngan tokey kedai tu... bergambar aje lebih belinya tak ada.



Amy suka gambar ni...

Balik tu... nenek sakit kaki, dalam bilik dia asyik berkira nak balik tak nak... tak nak... nak balik. Last dia tak jadi balik keesokkan harinya.
Assalammualaikum...

Dah dekat 3 minggu nenek datang rumah Amy... tiga minggu tu jugaklah dia tak keluar-keluar dr rumah tu. Malas nak berjalan katanya. Sebelum dia balik... Amy paksa dia ikut gi KL.

Sampai aje kat KL.. hujan lebat jadi minta pakcik teksi turunkan kami dekat Sogo.


Belinya sikit aje ... gambar bukan main banyak. Lantaklah apa orang nak cakap... bukannya selalu kami keluar bersama.





Dari Sogo ke Jalan Masjid India. Nenek... dia dah dapat baju sepasang terus nak ajak balik.. Si Nabiha ni pulak kat traffic light tu pun dia nak ambik. 



Beriya-iyalah dia berposing, macam nak diheretnya nenek tu serbu Gulatis tapi nenek pulak relax aje... nenek ni tak memberikan kerjasamalah.

Mesti kami kena umpat ngan tokey kedai tu... bergambar aje lebih belinya tak ada.



Amy suka gambar ni...

Balik tu... nenek sakit kaki, dalam bilik dia asyik berkira nak balik tak nak... tak nak... nak balik. Last dia tak jadi balik keesokkan harinya.
Assalammualaikum...





Selamat Hari Pekerja kepada semua yang bekerja. 


Amy yang tak keje ni pulak yang rasa excited hari ni cuti ... hihihi.