Image Slider

Assalammualaikum..

Hari ketiga... sebelum balik kami pergi lagi ke Ujana Kewangan tu.

Sky Park...



Beli lagi... hihihi. Ferrero Rocher tu 68 ketul + 4 kotak coklat kecik2 tu RM55. Dapat free biskut Jacob's tu ngan coklat Zip 5 ketul. Casher tu main ambik aje... dia tak kira pun berapa keping coklat tu. Sebelum tu Amy beli RM117 dapat biskut tiger aje.


Makan kat KFC..


Kat aiport... ada macam2 kerenah...



En hubby punya tiket pukul 5 kami punya pukul 3. Nak tukar... flight pukul 3 dah penuh. Kawan2 en hubby pun tak dapat tukar. 


Orang yang kat kaunter tu kata kalau nak stanby bolehlah... kot-kot ada kosong last minit.  Pukul 2:30 ptg kami masuk dulu... lepas 10 minit kemudian nampak en hubby masuk... nasib baik ada satu kosong.. Alhamdullilah.


Tiket train masa pergi... ambik 5 orang RM115.

Si Nasiim ngan si Faris tu  dah nak sampai baru nak gi toilet. Sampai KLIA pukul 5 lebih tunggu beg lagi.... pukul 6 lebih baru beli tiket train.
Assalammualaikum...

Hari kedua kami di Labuan... tak de yang menarik pun untuk di ceritakan. En hubby kena gi keje tinggallah Amy anak beranak aje kat hotel tu. Nak sewa keta pulak... Amy sebenarnya dah lama sangat tak drive.. hihihi. 

 Hotel kami... dari Ujana Kewangan (UK).

Mula-mula ingatkan shopping komplek tu jauh dari hotel. Amy rancang nak naik teksi aje pegi situ rupa-rupanya kat depan hotel aje. Jimat duit teksi.




Inilah shopping kompleks itu. Nasib baik kat Labuan ni tak banyak keta... bolehlah nak melenggang kangkung  melintas jalan ngan anak-anak.

Medan selera ni kat sebelah hotel aje. 


Kat dalam...

Amy pergi masa tu hari Ahad.. jadi agak ramai orang. Dengar cerita inilah shopping kompleks yang paling besar di Labuan... mungkin sebab tu ramai orang kot. Amy rasa dia ada 2 tingkat, Amy round kat bawah aje tak naik pun tingkat atas tu. Berjalan ngan budak bertiga tu kalau Amy sorang aje... macam2 cerita dan kerenah. Bangunan tu berkongsi dengan pejabat kerajaan dan bank. 

Singgah kat Sky Park shopping coklat. Anak anak Amy tak temtu arah masuk sini kalau boleh semua nak di borongnya. Harga... bolehlah. Yang penting kena tengok tarikh expired dia. Amy round 2-3 kali dulu baru pilih.


Hasil borong kat Sky Park tu. Semua sekali RM117 dapat free biskut tiger 5 ketul. Ferrero Rocher tu 70 ketul Rm39.90. 


Tobleron ni RM17.50 ngan coklat Dairymilk tu.


Mentos ni RM 15. 


Daim kat belakang tu XXL ngan coklairs sebotol RM27. Daim yang kecik sikit tu ngan coklat yang kecik2 tu RM16.

Hotel dari Dataran Labuan.

Petang pulak kami jalan kaki tanpa tujuan ... tiba-tiba sampai kat Dataran Labuan. Nampak laut kat belakang hotel tu tapi tak nampak pulak jalan nak ke pantai tu.


*
*

Kaler nak dekat sama ngan rumput daaa. Selalu pakai kasut kaler itam, coklat, beige aje. Rasa pelik pulak bila pakai kaler ijau... tak bertumit pulak tu.






Kat belakang hotel... tapi tak balik hotel, jalan terus aje...

Kat Dataran Labuan... tak de yang menarik pun kat sini.

Kami jumpa pantai... 


Tak de orang mandi kat sini... 


Kami gi makan malam tak jauh dari pantai yang kami pergi petang tu... kat Mawilla seafood restoran. Kerang punyalah besar.. rebus aje.

Ketam telur masin... or lebih kurang cam tulah bunyinya.
Lauk datang satu-satu. Nasi goreng dah abis kena kenduri lauk baru sampai. Sotong goreng tepung pun tak sempat nak ambik gambar dah kena kenduri. Ketam tu kulitnya punyalah garing sampai boleh kunyah camtu aje.
Kat situ susah nak bezakan muslim ngan non muslim... tiba2 aje nampak pelayan tu bawa air **** tu kat meja mereka. Terus rasa tak best aje makan kat situ. Dari hotel tambang RM15 balik pulak org kat restoran tu tolong tipunkan teksi kenalah RM17. Mahalnya teksi kat sini. 

Assalammualaikum....


Bila en hubby bagitau kena gi Labuan... Amy pun apa lagi nak ikut, nak ikut.. kan cuti sekolah. Tak kira nak ikut jugak. Walaupun flight tak sama tetap nak gi jugak.

Kononnya nak buat n3 ni setiap hari so takdelah kes banyak gambar ceritanya tak ade.. siap guna wifi hotel + pinjam laptop opis en hubby lagi. Wifi terhegeh-hegeh... laptop pulak buat hal, akhirnya sampai rumah baru nak tulis... akhirnya cerita bergambar jugaklah akhirnya.


Disebabkan anaknya nak gi toilet last minute, ayahnya tertinggal kapal tobang pukul 9 pagi. ..hihihi. Nasib baik dapat naik ngan kami... Nasib baik ada.. economy dah full. 


Kami pulak kat belakang... 





Alhamdullilah... kami selamat sampai. Siap ada kaunter untuk kete sewa lagi. Sapa nak sewa kete bolehlah tanya ngan diorang. 


Kami ambik teksi untuk ke hotel.. tambang teksi punyalah mahal padahal dr airport ke hotel tu tak sampai pun 10 minit tambangnya RM15. Dari Puduraya ke rumah Amy kat cheras ni pun kalau yang bayar kat kaunter tu baru RM13.50.


Kat depan hotel... bederet kete ni. 


Dorsett Grand Labuan... Nasib baik en hubby sempat gi meeting kul 3 tu. 





Inilah rupa bilik kami... sampai aje terus kena kembur ngan budak2 ni.



Amy suka toilet ni... besar. Bath tub pun ada.







Saje aje dia letak kat situ nak suruh budak2 ni kendurikan. Satu Mr Potato tu RM13... tak pe, tak pe.. 



Nasib baik shopping complex tu depan hotel aje... ha hambik.


Dua tiga kali tengok harga roti ni macam tak caya aje. Terlupa nak beli roti masa kat KL punya pasal. Rotinya tak se moist n sesedap yang kat semenanjung punya.


Kami makan malam pun kat sebelah hotel tu aje, Medan selera Labuan. Mi hoon soto RM5, Nasi Goreng Cina RM7 dan kepak ayam 5pcs... RM2.50 satu. Air teh tarik, teh o ais limau, teh ais dan milo ais 2. Semua sekali RM32.