hilmirdadaud.blogspot.my

Image Slider

Assalammualaikum...

25 September 2014 genaplah 11 tahun umur Irfan. Tahun ni hari jadi Faris n Nasiim, Amy tak buat kek pun sebab masa yang tak mengizinkan dan depa dah muak makan kek. Sian kek tu tak de sapa nak makan. Tapi untuk Irfan Amy buatkan juga kerana semalam n hari ni dia ada Tentatif Program "MUMTAZ 3" anjuran Masjid Bukit Aman. 

Jadi semua budak darjah 5 sek KAFA diwajibkan pergi. Program tu 2 hari satu malam. Dia tak pernah lagi tidur kat tempat lain kalau kami tak ada... so buat kek ni bagi dia rasa gembira.



kek span perancis

Tapi kek Span Perancis ni bukan untuk Irfan seorang tapi untuk mereka bertiga... senang satu kek aje. Sorang nak kek strawberry sorang nak kek coklat.... haa hambik strawberry ada coklat pun ada.

Kek ni Amy deco simple aje... terkejar-kejar ambil anak dr sekolah, 3 orang tak sama waktu nya pastu dah balik nak siap gi sekolah agama pulak jadi deco tu Amy buat bila diorang dah balik dr sekolah agama. Bila ayahnya balik dr opis aje semuanya mcm dah tak menyempat ... jadi ni lah hasilnya. 

Walaupun kek ni banyak cerita tapi memang berbaloi ... sedap sangat kek ni. Strawberry n coklat memang best.

kek span perancis

Resepi kek span perancis ni Amy ambil dari blog kak Azlita. Kak Azlita buat kek 'batu bata' tapi Amy buat yang biasa aje sbb tak de ring yg mcm kak Azlita tu.

kek span perancis

Lagipun.... ha ni yg satu lagi pelik ni, kenapa kek kak Azlita tu tinggi... maksud Amy boleh lah nak belah dua tapi Amy punya ni tak tinggi pun. Kalau belah dua... angkat mesti patah. Apakah kesilapanku.


kek span perancis

Birthday boy


kek span perancis



Mula-mula Amy nak buat macam kak Ita..luar tu pakai whipping cream aje. Senang dan cantik tapi kata kak Ita nanti muak pulak kalau luar dalamnya cream...betul juga. 

Jadi dalam Amy letak krim coklat n krim strawberry luar salut ngan whipping cream dulu pastu baru letak ganache. Itu dah terlebih rajin... selalunya Amy letak terus ganache aje.

kek span perancis



KEK SPAN PERANCIS
By : Chef Alex Goh
Rujukan : Buku Fruity Cakes

Bahan A
4 biji kuning telur
20 gm gula kastor
1/4 sudu terh esen vanila

Bahan B
4 biji putih telur
100 gm gula kastor

Bahan C
110 gm tepung ~ diayak
70 gm butter yang dicairkan
Sedikit pewarna pink dan strawberry paste

Sediakan 2 loyang 8 inc.
Sapukan buter pada loyang dan alas dasar loyang dengan baking paper
Panaskan oven pada suhu 190 C ( bergantung pada kepanasan oven masing-masing )

Pukul bahan A sehingga ringan dan gebu
Dalam bekas lain yang kering, putar putih telur hingga berbuih, tambahkan gula dan putar lagi hingga kental dan kaku (soft peak) ~ Bahan B

Ambil 1/3 bahan B dan kaup balik dalam bahan A hingga rata.
Tuangkan selebih baki bahan B dan kaup balik hingga sempurna
Masukkan tepung yang telah diayak dan kaup balik lagi adunan hingga rata.
Tuangkan butter cair dan gaul rata

Bahagikan adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak
Satu bahagian diwarnakan pink dan letakkan sedikit paste strawberry ~ gaul rata
Tuangkan adunan dalam dua loyang berasingan
Bakar pada suhu 190 C selama 15 minit atau sehingga kek masak sempurna ~ suhu oven bergantung pada kepanasan oven begitu juga dengan masa kek dibakar sempurna.

Terbalik kan kek atas redai setelah kek masak sempurna
Sejukkan 

KEK SPAN COKLAT

By : Chef Alex Goh
Rujukan : Buku Fruity cakes

Bahan A
4 biji kuning telur
20 gm gula kastor
1/4 sudu terh esen vanila

Bahan B
4 biji putih telur
100 gm gula kastor

Bahan C
95 gm tepung
15 gm serbuk koko
~ kedua-dua bahan ini dicampur dan diayak 

Bahan D
70 gm butter ~ dicairkan

Sediakan loyang 8 inc.
Sapukan buter pada loyang dan alas dasar loyang dengan baking paper
Panaskan oven pada suhu 190 C ( bergantung pada kepanasan oven masing-masing )

Pukul bahan A sehingga ringan dan gebu
Dalam bekas lain yang kering, putar putih telur hingga berbuih, tambahkan gula dan putar lagi hingga kental dan kaku (soft peak) ~ Bahan B

Ambil 1/3 bahan B dan kaup balik dalam bahan A hingga rata.
Tuangkan selebih baki bahan B dan kaup balik hingga sempurna
Masukkan tepung dan serbuk koko yang telah diayak dan kaup balik lagi adunan hingga rata.
Tuangkan butter cair dan gaul rata

Tuangkan adunan dalam loyang
Bakar pada suhu 190 C selama 15 minit atau sehingga kek masak sempurna ~ suhu oven bergantung pada kepanasan oven begitu juga dengan masa kek dibakar sempurna.

Terbalik kan kek atas redai setelah kek masak sempurna
Sejukkan.



GANACHE COKLAT
By : Chef Amer Hamzah
Rujukan : Majalah SAJI Mac 2012

Mula-mula kita sediakan Ganache Coklat dulu

Bahan Ganache Coklat
300 gm krim tenusu ~ dary whipping cream (ita guna Ancor)
30 gm sirap glukos ~ dapatkan di kedai jual bahan kek
500 gm coklat gelap ~ hiris halus

Didihkan krim dan sirap glukos.
Tuangkan dalam bekas yg berisi coklat gelap
kacau rata hingga coklat larut sepenuhnya
Ita tambah sedikit paste vanila untuk bau yang lebih harum

KRIM COKLAT
180 gm Ganache Coklat ~ ambil dari adunan di atas
150 ml krim putar bukan tenusu ~ non dairy whipping cream (Amy n kak Ita guna Rich)

Putar whipping cream hingga kembang dan ringan
Campurkan Ganache Coklat dan kacau rata

KRIM STRAWBERRY (kak Ita buat coklat urai)
Resepi asal dari : KRIM RASPBERI
By : Chef AmerHamzah
Rujukan : Majalah SAJI Mac 2012

100 ml krim bukan tenusu ~ non dairy whipping cream (ita guna Rich)
100 gm puri buah strawberri ~ ita gantikan dengan coklat urai

Putar whipping cream hingga kembang dan ringan

Campurkan coklat urai dan kaup balik rata.




Kek span perancis ni agak kering sikit jadi jgn lupa spray sikit ngan air kopi atau jus lemon. Amy pulak dah asyik ngan krim tu sampai terlupa pulak pasal air tu. Jadi kek yg bawah sekali n atas sekali aje yg spray air tu... dah la kek yg tengah tu kering aje.
Ini yang Amy buat 
1. Bawah sekali kek coklat 
2.krim coklat. 
3.kek vanila  
4. krim strawberry. 
Amy abiskan krim strawberry tu sbb lepas tu memang tak pakai dah. Membasir aje.
5.Kek Strawberry.
6. Krim coklat lagi.
7. Kek coklat
8. Salut kek ngan whipping cream.
9. Salut ngan ganache pulak.

Ganache tu... hehehe Amy ni amatur aje jadi apa yg Amy buat... biarkan coklat ganache tu sejuk pastu masuk dlm piping beg n pipekan kat kek. Kemas kan dan gunakan pisau yg direndam air panas utk licinkan.

Selamat mencuba.
Assalammualaikum...

Seperti biasa bila sekolah dah start balik... rasa cam malas aje nak terkejar2. Nak masak, mengemas, ambil dr sekolah.... dah balik tiga2 waktu tak sama pastu nak sek KAFA.. mengaji lagi... 25hb birthday Irfan tapi tak tau nak buat apa lagi... huaaaa.

Hari Jumaat malam yang lepas kebetulan upline Amy si Wani tu gi kelas n kete dia kosong... apa lagi Amy ni menyibuklah nak tumpang hehehe.

Bagi yg duk rumah macam Amy ni, dari Isnin hingga Jumaat terkejar sana sini menguruskan rumah tangga dan persekolahan anak2, bila dapat sekali sekali pergi kelas atau keluar tak kiralah ngan kawan-kawan atau pun adik perempuan... rasa macam dapat cuti.


Macam masa kat kuliah zaman bergelar student dulo-dulo.. hehehe




 Hazawani... muda-muda lagi dah berjaya.










Bersama si Olie

 Tapi yang bestnya berselfv kat kelas ni tak de sapa nak perduli pun.


Hari ni belajar JTX Engine Oil, JTX Air Tracker... nota satu kemestian kang kalau kena tanya terganga-ganga nak menjawab. Padan Muka.



Lepas kelas JTX kelas Bio Seleza pula. Ha tengok basah tak.. bocor tak. Bahan yang digunakan kat dalam tu... Ada ruang pengudaraan tak.. Semua kena  belajar supaya dapat memberi maklumat yang tepat kepada yang bertanya.



Contoh pelajar yang berjaya.. Dua2 ni dah menjana income yg lumayan. Si Wani tu dah berdigit2 dah income dia setiap bulan. Dia beli kete Myvi cash aje.


Sebelum melangkah keluar sempat lagi menapau kuih apam tu.. kan Amy dah kata, kalau dah kuar rumah ngan kawan2 memang orang tak caya kami ni semua mak orang.


Bersama Kak Sue yang baru pulang dr Brunei demi melebarkan sayap bisnesnya..


Guru JTX kami malam ni. 



Ni pula muka orang baru balik kelas... dalam perjalanan pulang terlupa pula nak hantar si Olie tu balik dah separuh jalan dah... patahlah balik. Sampai rumah dah pukul 1 lebih, kesian Wani balik lewat sbb kena hantar kami balik dulu.  

Tu citer hari Jumaat hari tu hari ni Wani ngan Kak Sue sedang berseronok kat Shanghai.. Percutian free yang di sponsor oleh Hai O... rasa jeles dihatiku ini.


Rasa nak meroyan bila depa tayang gambar tengah berseronok kat Shanghai tu. Lepas ni depa nak gi Austria n Hungry pulak... FREE tau. 

Nota kaki: Skang ada promosi Premium Beautiful, sapa nak ramping macam Wani tu jangan lepaskan peluang ni.


Assalammualaikum...

Amy selalu buka Pinterest ada mcm2 kat situ... DIY, resepi, travel... banyaklah. Satu hari ternampak pulak gambar roti gulung yg mengoda selera... apa lagi 'kopi' ler.



Tadaaaa... nilah dia. 
Setelah resepi diperam berbulan-bulan.

Resepi asal tak diketahui... bila bukak balik dah tak jumpa. Nasib baik dah kopi siang2.


French Toast Roll-Ups



Ingredients
  • 8 slices white sandwich bread (amy buat 10 keping)
  • softened cream cheese, diced strawberries, or Nutella. (Amy guna Nutella)
  • 2 eggs
  • 3 tablespoons milk (Amy terlupa letak)
  • 1/3 cup granulated sugar
  • 1 heaping teaspoon ground cinnamon
  • butter, for greasing the pan





Instructions
  1. Cut the crust from each slice of bread and flatten it out with a rolling pin.
  2. Place about 1-2 teaspoons of your chosen filling 1 inch from one end of the bread in a strip. Roll the bread up tightly and repeat with the remaining pieces of bread. I really like cream cheese with diced strawberries as one combination and Nutella with diced strawberries as another combination.
  3. In a shallow bowl whisk the eggs and milk until well combined.
  4. In a separate shallow bowl mix the sugar with the cinnamon.
  5. Heat a skillet set over medium heat and melt a tablespoon of butter.
  6. Dip each bread roll in the egg mixture coating well and then place them in the pan seam side down. Cook in batches until golden brown, turning them to cook and brown on all sides, about 2 minutes per side. Add butter to the pan as needed.
  7. Add cooked rolls immediately from the pan to the cinnamon sugar and roll until completely covered in sugar. You can serve with syrup for dipping but I think they're perfectly good all by themselves.


Amy buat untuk minum petang... kejap aje habis kena kenduri.


Assalammualaikum...

Dah lama betul Irfan minta buatkan pavlova...Akhirnya Amy berkesempatan juga buatkan untuknya. Resepi pavlova yang paling senang ni pun mamanya tak terbuat. 

Petang-petang duduk kat balkoni sambil menikmati pavlova yang manis digandingkan pula ngan Mineral Coffee yang tak ditambah gula... best.

pavlova




Boleh dikatakan sudah jadi satu kemestian setiap petang minum Mineral Coffee. Kadang-kadang berdua ngan en hubby sambil tengok movie, kadang2 sorang aje kat balkoni tu sambil menikmati pemandangan sekeliling. 

Rasa tenang, dan segar selepas minum kopi ni. Hilang sekejap rasa letih. Kawan Amy yg tak boleh minum kopi pun dah mula amalkan minum kopi ni. 

Selain nikmat dan kemewahan rasa minuman Mineral Coffee, ada banyak khasiat iaitu:
  • memberi tenaga dan kecergasan sepanjang hari
  • menghilangkan rasa keletihan badan dan sengal sendi
  • mengurangkan masalah sebu ulu hati akibat masalah gastrik
  • membantu mengurangkan masalah sakit kepala akibat migrain
  • membantu mengurangkan sakit senggugut
  • membantu melegakan masalah kulit seperti jerawat badan dan ekzema
  • mengurangkan alahan seperti resdung dan alahan kulit
  • membantu mengurangkan masalah sukar tidur
  • membantu anda tidur lena diwaktu malam
  • mengurangkan masalah buasir dan sembelit
  • khasiat garam buluh untuk membantu merawat penyakit kencing manis, sakit jantung, darah tinggi dsb


pavlova

Amy rasa ramai yang dah tahu resepi Pavlova ni kan... maklumlah dah lama zaman ke 'femesan' nya berakhir... hihihi.

Resepi pavlova ni seperti yang dulu2 Amy buat ikut resepi Joyofbaking. Tapi kali adalah kali pertama Amy bakar ikut sebijik sebijik arahan yg diberi... Dulu pakai oven kecik suhu dan masa tak sama jadi hasilnya tak pernah sesempurna kali ni.

Kali ni masuk oven terus biar sampai loceng bunyi... dan hasilnya... 
memang puas hati.

pavlova

Pavlova

4 large (120 grams)egg whites
1 cup (200 grams) superfine (castor)sugar
1/2 teaspoon pure vanilla extract
1 teaspoon white vinegar
1/2 tablespoon cornstarch (corn flour)
Topping:
1 cup (240 ml) heavy whippingcream
1 1/2 tablespoons (20 grams) granulated whitesugar(or to taste)
1/2 teaspoon purevanilla extract
Fresh fruit - kiwi, strawberries, raspberries, blackberries, passion fruit, peaches, pineapple, or other fruit of your choice

pavlova
Garisan tu Amy buat kat belakang kertas tu tau bukan kat atas..

Pavlova:Preheat oven to 250 degrees F (130 degrees C) and place rack in center of oven. 
Selalu Amy letak kat bawah sikit tp kali ni setia ikut arahan... hihihi


Line a baking sheet with parchment paper and draw a 7 inch (18 cm) circle on the paper. Turn the parchment paper over so the circle is on the reverse side.

In the bowl of your electric mixer, with the whisk attachment, beat the egg whites on medium speed until they hold soft peaks. 
Start adding the sugar, a tablespoon at a time, and continue to beat, on high speed, until the meringue holds very stiff and shiny peaks. (Test to see if the sugar is fully dissolved by rubbing a little of the meringue between your thumb and index finger. The meringue should feel smooth, not gritty.

 If it feels gritty the sugar has not fully dissolved so keep beating until it feels smooth between your fingers). Beat in the vanilla extract. 

Sprinkle the vinegar and cornstarch over the top of the meringue and, with a rubber spatula, gently fold in. 

Spread the meringue inside the circle drawn on the parchment paper, smoothing the edges, making sure the edges of the meringue are slightly higher than the center. (You want a slight well in the center of the meringue to place the whipped cream and fruit.)

Bake for 60 to75 minutesor until the outside is dry and is a very pale cream color. Turn the oven off, leave the door slightly ajar, and let the meringue cool completely in the oven. (The outside of the meringue will feel firm to the touch, if gently pressed, but as it cools you will get a little cracking and you will see that the inside is soft and marshmallowy.) -Amy bakar 70min

The cooled meringue can be made and stored in a cool dry place, in an airtight container, for a few days. 

pavlova

Whiping cream tu pula Amy pukul aje sampai dia kembang tp jgn kembang sgt nanti dia tak cantik n nampak cam pecah2 aje.

kemudian letaklah buah yang kita suka...

pavlova

 Anak2 Amy sekali hadap aje dah abis satu pavlova.. nasib baik buat dua kalau tak ayah dia tak merasa.

En hubby siap simpan stok Mineral Coffee kat opis. Kebelakangan ni dia selalu balik lambat sbb kerja yang menimbun... Bila ambik mineral coffee ni tak delah stress sangat. 


pavlova



Assalammualaikum...