hilmirdadaud.blogspot.my

Karipap Rapuh Berinti Daging, Kentang dan Keledek.

| On
February 27, 2015
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Semalam Amy berjaya membuat karipap buat kali pertamanya. Sebelum ni Amy tolong masukkan inti dlm karipap dan kepit dgn acuan karipap tu. Kali ni Amy buat dr A sehinggalah Z, tak sangka betul tapi macam biasalah klu kuih2 cam ni memang tangan Amy keras.



Amy nampak resepi ni kat Blog Kak Ita.. Gambar karipap bulat Kak Ita buat hati Amy meronta-ronta nak mencuba. Hajat di hati nak buat seperti kak Ita tapi puas Amy cuba tak jadi-jadi so buat ajelah bentu karipap yang biasa.

Ini first time Amy makan karipap rapuh. Selalu makan karipap yg tak rapuh dan tak garing tu. Karipap ni bila kunyah rasa penuh aje mulut, rasa letih mengunyah pun ada jugak. Tapi memang sedap. Tak rugi mencuba.


Resepi ini ni walaupun Kak Ita bagi yang dah diseparuhkan... (kalau tak silap Amy) tapi bila dah buat masih berbaki banyak lagi. Boleh buat 3-4 kali lagi rasanya.

Kak Ita guna keledek oren tapi kat kedai tu dia tulis keledek merah.  Amy tengok sama aje. Merah ke oren ke janji sama dgn yg dlm gambar Kak Ita tu hihihi.

Inti ni Amy buat satu hari awal. Amy guna daging hancur Jaya jusco tu walaupun banyak tp en hubby Amy kata tak rasa daging pun. Mungkin lain kali kena pakai daging cincang. 


Inti Karipap Daging, Kentang dan Keledek.
Resepi olahan oleh : Amy


4 biji kentang ~ kupas dan potong dadu
2 biji keledek oren yang sederhana besar ~ kupas dan potong dadu
1/2 cawan daging kisar
1 peket rempah kari BABAS yang peket kecil anggaran 3 sudu besar
1 tangkai daun kari
2 tangkai daun sup dan daun bawang ~ di hiris
2 1/2 cawan air
garam dan gula secukup rasa  



Bahan Kisar

3 sudu besar udang kering ~ rendam lembut 
1 labu bawang besar / 4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
6 tangkai cili kering ~ di rendam lembut ( ini kalau nak rasa inti yang pedas )


Panaskan minyak dalam kuali
Campurkan bahan kisar bersama daun kari dan rempah kari hingga menjadi pes.
Kemudian tumis bersama minyak yang telah di panaskan hingga garing dan harum
Masukkan daging dan masak hingga daging empuk
Masukkan kentang , keledek dan air dan masak hingga kentang dan keledek empuk
Perasakan dengan garam dan gula
Masak hingga kering
Angkat dan toskan minyaknya







PASTRY KARIPAPResepi Olahan : Amy


500gm tepung gandum
170ml minyak jagung
250ml air sejuk dr peti ais
1 sudu the garam halus
1 biji limau kasturi


Masukkan tepung ke dalam mangkuk pengadun
Sementara itu kita panaskan minyak jagung hingga betul-betul panas.
Berhati-hati tuangkan minyak panas ke dalam adunan tepung.
Berhati-hati ya minyak masih panas, gunakan senduk kayu untuk kacau adunan rata-rata hingga adunan menjadi seperti serbuk roti.
Masukkan sedikit garam
Kemudian tuangkan air sejuk dari peti ais, jangan tuang semua air tu ya, tuang sikit-sikit.
( sukatan air tidak di gunakan semuanya, ianya bergantung pada kesebatian doh, bila dah sebati tak perlu tambah air lagi )
Kacau adunan rata.
Perahkan jus limau kasturi dan uli adunan hingga lembut dan tidak melekat di tangan. Doh biar ia keras sedikit ya, sebab tu jumlah air tidak di masukkan semua.
Kemudian masukkan doh ke dalam bag plastik yang bersih dan tidak bocor
Bungkus kedap dan perap doh selama 15 minit, supaya doh berpeluh dan menjadi doh yang lembut dan elastik


Selepas 15 minit, keluarkan doh dari plastik dan bulat-bulatkan doh sebesar guli, anggaran berat setiap doh 25 gm
Masukkan semula doh dalam plastik dan perap lagi selama 15 minit
Setelah di perap bolehlah kita mulakan proses membuat karipap.
Canai doh, tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis. Jika menggunakan mesen pengelek, setkan pada no 3 untuk ketebalan yang sempurna.
Terap doh dengan menggunakan alat penerap. Jika nak membuat karipap bentuk bulat kena terap dengan acuan bulat dan anda perlukan 2 keping untuk 1 karipap.
Letakkan inti, kemaskan tepinya dan klim kan tepinya kemas.
Susun di atas dulang yang telah di taburkan sedikit tepung. 
Jika menggunakan acuan karipap yang separa bulatan anda hanya perlu letakkan doh yang telah di canai pada acuan karipap, letakkan inti dan tutup acuan, maka terhasillah karipap separa bulatan.
Buat sehingga habis semua adunan doh
Kemudian bolehlah di goreng.



Amy tak sempat nak ambik gambar step by step utk kulit karipap ni. Jadi klik sini kalau nak tengok langkah-langkahnya dan cara nak buat karipap bulat tu sekali.
2 comments on "Karipap Rapuh Berinti Daging, Kentang dan Keledek."
  1. Amy...Tq sgt for sharing this recipe!!

    ReplyDelete
  2. Amy...Tq sgt for sharing this recipe!!

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)