Kek Gula Hangus... Resepi terbaik.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Kek Gula Hangus membuatkan Amy terkenang kembali zaman dolu-dolu. Dulu Amy selalu jumpa kek ni, orang kampung Amy rajin membuat kek gula hangus, bila ada kenduri kendara selalu jumpa kek ni. Hari raya pun ada.

Amy suka kek gula hangus ni sebab ia kenyal dan ada lobang-lobang kat dlm dia. Biasalah budak-budak... masa tu semuanya pelik. 

Kek ni Amy makan berdua aje ngan husband, anak-anak tak berminat.


kek gula hangus

Skang kalau jumpa kek gula hangus mesti tak lepaskan peluang. Banyak dah resepi kek gula hangus dlm simpanan Amy tapi angin rajin belum datang lagi.

Ternampak pulak kek ni kat blog Kak Ita, gambar kek ni kat situ sangatlah mengoda.. walaupun angin rajin belum dtg kerana dah terliur punya pasal Amy buat juga.

Walaupun bahannya tak banyak.. tapi cerewet betul kek ni. Kena ikut betul-betul seperti dlm resepi. Kak Ita suruh pakai loyang 4 segi 7x7 tapi Amy tak de saiz tu jadi Amy pakai loyang bulat 8'. Oleh kerana Amy pakai loyang yg besar sikit, kek Amy rendah aje.

Alhamdulillah, kali pertama cuba resepi ni terus menjadi. Walaupun kek Amy tak de banyak lobang dan tak secantik kek kak Ita tapi rasa dan kekenyalannya... memang jadi. Yang bestnya bila bakar kek ni satu rumah berbau karamel. Amy buat mlm.. Amy biarkan kat atas kabinet dapur tu dr pukul 11 dan bakar pukul 6 pagi.


kek gula hangus



 Kek Gula Hangus



Resepi Oleh : Bonda Kak Nor
Rujukan : Kak Nor

Amy buat sama cam kak Ita... Kak Ita buat sukatan yang kak Nor dah kurangkan.
Di bawah ini di terangkan cara dan kaedah kak ita buat.


1 1/4 cawan gula halus
1 cawan air panas
125gm butter
4 bj telur A
1/4 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanilla


Cara-caranya:

Mula-mula kita cairkan gula dahulu untuk menbuat gula hangus.
Kak Ita suka cairkan gula dalam pan leper. Ratakan gula dan biarkan gula mencair dengan api yang perlahan. Jangan kacau sebab nanti ia berketul-ketul. Tapi pastikan api perlahan dan pastikan gula tidak hangus.

Bila gula dah cair barulah tuangkan air panas. Jika guna air panas dia kurang sedikit merecik berbanding air sejuk.
Bila dah cair sejukkan. Kak Ita tunggu dia betul-betul sejuk dan mencapai suhu bilik.

Dalam bekas periuk kecil yang lain, cairkan mentega
Kemudian sejukkan juga hingga mencapai suhu bilik

Bila mentega dan gula dah sejuk, barulah sediakan bahan yang lain.

Pecahkan telur dalam bekas dan kacau hingga telur cair dan rata, jangan pukul ya.. cuma kacau dengan senduk kayu hingga ia cair dan rata.

Kemudian masukkan susu pekat. Susu ni juga dibiarkan ia pada suhu bilik ( bukan sejuk dari peti ais)
Kemudian kacau rata perlahan aje
Bila dah rata, masukkan mentega cair, dan kacau rata perlahan juga

Tambahkan esen vanilla
Kemudian ayakkan tepung dan soda
Kacau rata perlahan

Akhir sekali tuangkan gula hangus
Dan kacau rata

Tuangkan di dalam loyang 7x7 inc yang telah di lapik kertas pembakar dan di oleskan sedikit butter
Kemudian perap aduan ini 3 hingga 4 jam. Lagi lama perap lagi cantik lubang-lubangnya .
Ita letak atas meja aje... dan ita biarkan selama 5 jam

Bila dah 5 jam di perap barulah masukkan di dalam ketuhar yang telah di panaskan terlebih dahulu 15 minit pada suhu 170C dengan hanya api bawah sahaja yang di on.
Bakar selama 45 minit
5 minit terakhir ita buka api atas dan bawah

45 minit tu kek memang dah masak dah.. kalau tak masak lagi panaskan semula.
Bila kek dah masak keluarkan dari oven dan letak atas redai
Tunggu kek sejuk sebelum di potong.


pinjam gambar dr blog kak Azlitamasammanis.
Kak Ita kata kena buat camni tauuu.

Amy tak buat camtu sbb dah ayak dulu siang2. Pastu malas nak ayak lagi sekali terus masuk... pastu berketul-ketul. Lama pulak nak kacau bagi hilang ketul tu, last Amy guna tapis... ketul-ketul tu dah tak de tapi Amy takut betul kek ni tak jadi. Yelah dah tak ikut arahan betul2.




kek gula hangus

 Kek ni tak manis sangat... manis-manis buah gitu. Sapa yg suka manis .. pandai-pandailah nak tambah gula ke atau nak tabur gula ke. 

Tak rugi cuba resepi ni.. tak payah susah payah nak mencari kat kedai lagi. Tapi klu dah malas tu tangkap jugak yg kat kedai tu hehehe.

Comments

  1. sedap amy kuih ni...tgk gambar teringat makan siang tadi..ada angin rajin nk try buat la. tq for the recipe.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Amy nampak cantik kek gula hangus tu, lobang2 kaknoor belum pernah buat, suatu hari nak try resepi Amy boleh??

    ReplyDelete

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)