Autumn in Spain.... Barcelona Hari ke 2..

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...


Isnin.. 20/10/2014.

Memandangkan masa dlm flight Amy menahan mata... orang lain tido Amy dok mengadap movie, jadi sampai hotel terus pengsan walaupun jam baru pukul 10 mlm.

 N3 ni mempunyai banyak gambar dan celoteh syok sendiri. Klu tak larat nak baca... tengok sekali imbas pun jadi ler hihihi. Gambar tak berapa cantik.. maklumlah tipun lama.


Pagi tu ingat nak jln2 dekat La Ramlas dan pergi kat pantai tapi tak sempat sbb kami kena check out pukul 12 takut tak sempat. Nak letak beg kat situ kena bayar pulak.. Akhirnya kami jln kaki tarik beg mencari teksi. 

Sebenarnya kami dah booking hostel masa kat Malaysia lagi tp kami book utk hari kedua... hari pertama kononnya nak tumpang hotel Nadia tapi tak jadi.



Jarak dr Hotel Barbara ke Hostel Barna sebenarnya tak jauh, tapi memandangkan tangan dah sakit gara2 tolong Cik Limah tarik beg zaman dolu2 dia kami ambik keputusan ambik teksi. Jarak dekat aje tp pusing satu dunia kami kena 14.45euro.

Hostel tu kami kena 60euro, review pun ok n tak lah tersorok mcm Hotel barbara tu. Kami bertiga hari tu sbb Nadia akan join kami. Dlm bilik ada 4 katil, toilet pun luas tp kedekut plug. Tak boleh main masak2 dlm bilik. 


Kedai ni sebaris ngan Hostel kami. 

Kami sampai belum lagi waktu check in tp front desk dia sangat baik. Bahasa Inggeris dia ok, boleh berbahasa France dan HANDSOME.. hahaha. 
Dia suruh letak aje beg kami tu kat ruang duduk. Mula2 risau jugak takut beg kami kena kebas tapi boleh pulak dia buat lawak... Amy pun dah tak ingat ayat dia tapi maksud dia tu lebih kurang.. "Beg kami yang berat tu tak de sapa yg sangup nak kebas" tergelak-gelak kami masa tu.

Sementara tunggu Nadia sampai kami gi jalan-jalan cari La Pedrera atau pun La Casa Mila. Sebenarnya Casa Mila tu dekat aje ngan hostel... sebaris tp kena seberang main roadlah.

Biasalah tipun lama..  berhampiran Casa Mila.

Berbekalkan peta dan map di tipun kami pergi balik pergi balik tempat yang sama aje.. sepatutnya dah sampai tapi tak jumpa2 pulak. Pelik betul masa tu.

Dah penat pergi balik duduk kejap. Apa lagi kesempatan berselfie lah hahaha. Ramai yg lalu lalang kat situ tengok kami.. lantaklah korang. Tiba2 datang lelaki dlm 40an menyapa kami. Bertanya kami dr mana.. yang paling best tu dia kata kami cantik... huh kembang hidung kejap. Dia nak tolong ambikkan gambar kami tapi Cik Limah tak nak... takut kami tak dpt balik tipun tu. 

Tapi kan dari driver teksi sehinggalah org yg lalu lalang semuanya friendly.

Bercuti di Spain - Barcelona
Kat belakang kami tu main road. Tempat nak naik bas HOHO tu pun kat situ... basikal tu utk disewa. 
Nampak tak bangunan yang kena balut warna kuning tu... tulah dia Casa Mila, patutlah tak nampak2 rupanya dah kena balut.

Casa Mila

Gambar dr tepi Casa Mila, kat depan kena balut. Ingat nak masuk tp mahalnya tiket dia... tak pelah kami tengok dr luar aje.

casa mila

Kalau dah kena balut camni... macam manalah nak perasan..


Bercuti di Spain - Barcelona

Antara deko kat luar kedai yg menarik perhatian Amy.

Bercuti di Spain - Barcelona
 Kedai roti..


Bercuti di Spain - Barcelona
Bangunan sebelah Casa Batllo.. Amy tak ingat nama dia, tak pasti ni Gaudi punya jugak ke bukan. Sebaris ngan bangunan ni ada ZARA. Harga tak lah murah sangat pun. Kami duduk berhampiran kedai tu sbb dah penat. Tiba2 ada sepasang Cina duduk kat sebelah kami... gaya macam org Cina Malaysia.

Auntie n uncle tu dr Johor, datang sbb anak dia study kat situ. 

Bercuti di Spain - Barcelona

Casa Mila... Satu lagi masterpiece Antonio Gaudi, nak masuk kena bayar.. berapa Amy tak ingat. Kami tengok dr luar aje.. Kononnya ia representing the max of Cotalonian Moderism. Bg Amy yg tak minat ni... emmm apa apa ajelah.

Nadia sampai kami terus masukkan beg dlm bilik n keluar semula. Jalan- jalan cari Sagrada Familia. Dlm peta nampak cam dekat, bila jln... mcm nak tercabut kaki. Konon nak naik train, tapi train station tu mcm jauh aje. Amy ajak naik bas HOHO depa tak nak, nak save budget.. 


Bercuti di Spain - Barcelona

Cik Nadia berposing di tengah jalan.. kita ambil gambar dia Cik Limah ambik gambar kami. 

Bercuti di Spain - Barcelona
Jumpa basikal lagi.. 

Bercuti di Spain - Barcelona
Sagrada Familia...


Bercuti di Spain - Barcelona
Ramai sangat dah komplain.. Amy pun nak komplain jugak. Wehhh ni bila nak siap ni wehhh. 


Sorry Cik Limah... tak nampak muka. 

Kami tak naik pun sebab kena bayar... pastu dengar citer duit tu nanti akan digunakan utk pembinaan gereja tu... lagilah TAK PAYAH.

Bercuti di Spain - Barcelona
Berhampiran Sagrata Familia tu ada FC Botiga Official Store. 

Kami berjalan lagi... kononnya nak gi tempat lain, entah mcm mana boleh sampai tempat lain.


Bercuti di Spain - Barcelona

Kaki dah penat.. singgah berhampiran Arc Del Triomf kejap ambik gambar. 

Bercuti di Spain - Barcelona
Ni lah dia Arc Del Triomf tu bahagian hadapan. Amy masih tunggu gambar kami kat depan tu dr kamera Cik Nadia..  


Bercuti di Spain - Barcelona
Bila masuk pintu gerbang tu.. nilah pemandangan dia.

Ramai yang bawa family n anjing. Biasalah depa main mainan yg lempar piring pastu anjing tu kena gi ambik tu. Ada yang pulak pasangan remaja yg buat drama hindustan golek-golek atas rumput.


Bercuti di Spain - Barcelona



Bercuti di Spain - Barcelona

Bercuti di Spain - Barcelona

Ok pilih... nak jalan yg besar ke yang kecik sikit..

Amy suka dgn lorong perjalan kaki kat sini... bukan lorong lagi dah tp dah besar dr jalan raya tu. Ramai orang kat sini berjalan kaki. Siap ada lorong basikal dan lampu merah utk basikal lagi. 


Bercuti di Spain - Barcelona

Budak2 yg tunggang basikal kat sini lebih selamat sbb jln nya tak sekali ngan kenderaan lain.

Di sebabkan kami jln kaki jadi tak sempat nak gi banyak tempat. Rasa rugi sangat. Dari Arc Del Triomf tu kami terus balik ke hostel. 
Walaupun kami tak dibenarkan main masak-masak tp kami masak jugak. Cik Limah bawa dapur elektrik kecik kami masak maggie dan roti yg di kami bawa. Sebenarnya beg kami tu berat sbb bawa makanan... baju tak berat pun.



Bercuti di Spain - Barcelona
Malam tu kami keluar gi La Ramlas jalan kaki.. Nadia dan Halima dah sakit kaki.. dah tak boleh nak pakai kasut. Nasib baik kasut Amy jenis tak mengigit hahaha... jd sakit sbb byk berjalan aje, tapi masih boleh pakai kasut. 

Bercuti di Spain - Barcelona
 Kat sana kedai semua tutup awal... masa ni pukul sepuluh tapi banyak dah tutup. Ada jual macam macam kat sini. Semalam pun kami lalu sini masa nak gi Hotel Barbara tu. Ada kedai makan yang halal.

Bercuti di Spain - Barcelona

Amy beli FM 3 10euro. Agak mahal. Tak jumpa pulak yg murah. Amy beli mineral water yg besar tu .. ala yg 1 ke 2 liter tu 2 euro sebotol. Adeh sebotol RM8 tu, satu titik pun tak boleh dibazirkan. Masa nak bayar orang tu tanya "Vietnam?". Aikkk ada rupa org Vietnam ke kami ni. Sebelum tu ada yg ingat kami orang Indonesia.    

Ramai yg berjalan malam tu, ramai yg duduk-duduk tapi mereka tak melepak tau. Ada beza duduk-duduk ngan melepak tuuu. Pastu Amy nampak ramai yang keluar dr satu bangunan berpakaian yg elegant..leleki bersuit, perempuan pulak berdress gitu. Amy rasa diorang tengok teater kot... rasanyalah sbb nak kata hotel bukan pulak. Entahlah. Pandai-pandai aje Amy ni kan. 

Masa Amy n Nadia masuk kedai beli mineral water, Halima tak jauh di belakang... kiranya nampaklah klu kita org masuk kedai tu. Rupa-rupanya dia tak nampak. Bila kami keluar kedai.. tengok keliling Cik Limah tak ada... alamak Cik Limah dah hilang.

Nasib baik tipun boleh pakai. Share location kat whatsapp baru jumpa.  

Bercuti di Spain - Barcelona
 Hard Rock Cafe Barcelona... gambar pinjam dr pakcik Google. 

Balik singgah Hard Rock Cafe. Kawan Nadia minta belikan FM. satu FM dia berharga 12.20euro.

Cuaca best... tak sejuk sangat. Bangunan pun cantik-cantik. Bersih. Kalau yang jalan bawa anjing tu... anjing depa tak de pun nak menyalak kat kita. Tak de nak jln dekat-dekat ngan kita dan tak membuang merata-rata. 

Boleh minum kopi n makan sbb byk kedai makan kat ruang pejalan kaki tu. Tapi kita tak leh lah sesuka ati nak gi mkn minum kat situ huhuhu.

Bercuti di Spain - Barcelona

Kat sana banyak betul patung-patung yang tak cukup kain. Agaknya zaman dolu-dolu mereka kekurangan kain kot.



Comments

  1. Seronok dapat tengok tempat orang kan?

    Masa makcik pergi Beijing, ramai yang menyapa 'Malaysia?'. Takut pun ada, suka pun ada. Takut sebab manalah tahu dikaitkan dengan kehilangan MH370 dan mereka menyapa kerana nak luahkan kebencian! Suka sebab 'rasanya' rata-rata yang menyapa itu mungkin Muslim...

    ReplyDelete

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)