Autumn in Spain.. Barcelona hari pertama..

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Dah dekat 5 bulan baru nak up date. Bukan tahap basi lagi dah.. ni dah nak tahap pupus ni hehehe. 


Ahad... 19/10/2014.

Hari pertama ni tak banyak cerita, Amy n Cik Limah sampai pukul 1:50 ptg kalau kat Malaysia dah pukul 8:50 mlm. Kena beratur panjang masa nak lalu imigresen dia. Kaunter tak banyak yg buka klu kat KLIA kejap aje. 


Airport dia biasa aje... klu nak banding KLIA berkali2 bezanya. Bila dah setel semua mestilah nak Skype ngan en Hubby kan... Masalahnya pulak complimentary Internet dia slow gila. Pastu kejap aje dah abis. 

Nasib baik kat situ aje jual simcard. Amy ni Bahasa Inggeris dah lah berkarat depa pula 2x5 cam Amy jugak... nasib baik  dua-dua faham. Amy beli 10euro utk 2Gb. Amy beli yang utk dipakai dlm Spain aje. Klu nak beli yang boleh pakai kat Spain n kat negara Europe yg lain pun ada juga. 
2GB ni lama jugak lah tahannya. Masa Amy balik pun masih ada baki lagi. 

Kami duduk2 dulu tunggu Nadia.. ingatkan dia nak datang ambik rupanya tak.. jadi kami ambil teksi aje ke hotel Nadia,Tryp Barcelona Aeropuerto. Hotel tu tapi hotel tu dekat dgn airport.

Teksi kat Barcelona kebanyakkannya teksi baru. Kami kena 20euro, adehhhh punyalah mahal RM80 lebih tu....

berjalan di Spain

Depan hotel Nadia, Nak tunggu bas ke La Ramlas. Tak kira walaupun kat situ gelap nak jugak ambik gambar semuanya kerana nama hotel tu... hahaha.


Bercuti di Spain - La Ramlas, Catalunya
La Ramlas Catalunya di waktu malam. Cer tengok jln raya kat sebelah tu kecik aje jalan utk pejalan kaki punyalah lebar.

Kami tak tidur di hotel Nadia... dalam pukul 7 lebih kami naik bas ke Pl. Catalunya. Boleh naik L94 dan C95.

Kami naik tapi tak tau nak berhenti kat mana... tak tau nak tekan loceng untuk berhenti di mana... kenalah tengok betul2 kat luar tu. Nasib baiklah driver bus tu baik, agaknya dia dah biasa tengok pelancong mcm kami... Masa bas tu dah berhenti dia pun bagitau yang tu last stop, Pl. Catalunya.

Kami turun dari bus... tengok keliling. Sebijik macam rusa masuk bandar. Nasib baik tipun dah boleh pakai. Walaupun pakai simcard sana tp Amy masih kekelkan no lama jadi orang kat Malaysia masih boleh hubungi Amy ngan no lama tu, depa tak tau Amy kat tempat lain hihihi.

Bercuti di Spain - La Ramlas, Catalunya

La Ramlas.. ambik gambar sambil tarik beg, bunyi roda beg tu punyalah bising, dlm  hati abis abis roda beg aku huhuhu.

Amy pakai Maps kat tipun aje. Google maps dan sewaktu ngannya Amy tak gheti nak pakai.

Cik Limah dah booking Hotel Barbara masa kat hotel Nadia ptg tu. Review ok harga bolehlah... sorang bayar 20euro. Ingatkan hotel tu dekat rupanya kami kena jalan kaki dgn beg yg berat tu dekat setengah jam.

Pertama kali Amy tengok jalan utk pejalan kaki lebih besar dr jalan raya. 

Hotel Barbara tu agak tersorok sikit, dlm bilik tak de wifi, nak letak beg sekejap pun kena bayar. Bilik Kecik gila. Katil betul2 kat pintu toilet. Badan dah penat, tu semua dah tak kira dah. Gambar bilik pun tak sempat nak ambik dah pengsan...


Comments