hilmirdadaud.blogspot.my

Bila peniaga bergaduh pelangan pulak yg jadi mangsa..

| On
March 19, 2015

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..





Hari Selasa pagi sebelum gi renew road tax kete kami gi breakfast dula kat Pasar Kg Pandan tu.

Amy tak taulah kenapa persengketaan antara peniaga, pelangan yang terima akibatnya. Pagi tu ramai orang, kami plan nak makan putu mayam dan apom tp kedai tu penuh pulak. Kebetulan kedai sebelah tu tutup dan ada meja kosong... kami pun duduklah kat situ, tiba-tiba dtglah orang dr kedai sebelah ambik order. Amy pun serba salah... kami duduk meja kedai yg tgh-tgh. 

Orang dr kedai no 3 tu kata kena order air dari dia tapi makan tak kisah boleh order kat kedai mana2 pun. Amy pun orderlah air dan 1 lempeng pisang tanpa kelapa. Bila nak order Putu Mayam n Apom dr kedai no 1 tu.. punyalah lama nak panggil, nampak pun buat mcm tak nampak aje. Pelik pulak..

Bila dah ada meja kosong, Amy bayar dan kami pergi ke meja kosong kedai no1 tu. Tak puas hati punya pasal kami pun bertanyalah pada kedai no 1 tu kenapa tak nak ambil order dr kami tadi. 

Kedai no1 tu pun jelaskanlah... hubungan mereka tak baik dan ada beberapa kejadian yg tidak baik telah berlaku yang Amy rasa tak perlu Amy ceritakan di sini.

Kenapa mereka yg bergaduh kita pelangan yg jd mangsa. Kalau tak nak pelangan tu order kat tempat lain tp duduk kat tempat dia... bagitau awal-awal atau letak notis ke... tak pun buat line. 

Macam ni lah orang kita kan. Kes ni buat Amy teringat Cigu Zack cerita pasal ketam. Ketam melayu dan ketam cina, ketam melayu walaupun dibiarkan bekas terbuka tak de sekor pun ketam akan keluar sbb klu ada yg cuba keluar pasti akan ada ketam lain yang akan tarik ketam yg nak keluar tu. Tapi klu ketam cina... satu ekor ketam keluar ketam yang lain pun akan ikut keluar juga.



2 comments on "Bila peniaga bergaduh pelangan pulak yg jadi mangsa.."
  1. sedihnya,..masing2 nak maju sorang2.. ni y org melayu selalu ditertawakan..

    ReplyDelete
  2. yer lah..pernah gak lalui perkara sama lelagi kalau kedai makan jenis macam ni.. memang kan.. tak pasal kite lak jadi mangsa..

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)