hilmirdadaud.blogspot.my

Rasa tertipu pulak...

| On
June 04, 2015
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Salah sendiri jugak bukan salah orang lain sebab tak tanya betul2. Sebelum ni Amy punya Unifi VIP10 dan Free Hyptv yang ada rancangan banyak2 tu... yelah kan dalam bil mana ada dia bagitau kita pakai berapa banyak. Rumah Amy ni selain Amy... anak Amy 3 orang dan en hubby pun pakai internet ni. 



Amy tak berapa pasti bila... hujung bulan April atau awal bulan Mei Amy dapat panggilan utk Upgrade Amy punya Unifi dr VIP10 ke VIP 20... diorang kata penggunaan Internet kat umah Amy ni tinggi... mungkin lah kot, bukan ada meter kat umah ni macam meter air dan api tu kalau ada boleh lah kita cek betul ke tak kan?. 

Amy fikir diorang ni sebelum call kita mestilah dia dah tengok betul2 dulu status langganan kita. Apa yg kita bayar apa yg kita dapat free.

Amy dimaklumkan VIP20 tu dekat RM250... so Amy cakaplah sebelum ni Amy punya hyptv tu dapat free (rancangan biasa free semua orang tau tp klu dah cakap dapat free tu mestilah yg dr berbayar jd free) kalau Amy Up grade masih free lagi ke tak? Amy just tambah RM50 aje kan? Amy tanya dia, yo lah kalau tak faham part tv free tu tp klu Amy cakap tambah RM50 ... Ingatkan dia faham apa yang Amy faham... Amy pun Upgradelah. Rupanya bukan kena tambah RM50 tapi kena tambah dekat RM100. Hyptv tu dr free dah kena bayar semula.

Amy pulak tak ambil detail orang yg telefon tu.. adehhh. Dah lah dia cakap laju semacam.

Tadi Amy call Unifi bahagian semakan status... memang Hyptv tu Amy kena bayar dan kontrak setahun. Lepas setahun baru boleh terminate. Tahun depan nak ambik Astro balik... mungkin lepas 2 tahun nak downgrade pulak unifi ni. 

Amy harap pada semua agar confirmkan betul betul apa yg mereka cakap pada kita bila diorang cadangakan kita upgrade. Jangan jadi macam Amy...
Be First to Post Comment !
Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)