hilmirdadaud.blogspot.my

Lelaki vs Pad...

| On
August 28, 2015

Assalammualaikum dan Salam Jumaat...

Herbal Plus untuk semua golongan... bukan untuk wanita sahaja.


Post saya kali ni ada nak berkongsi cerita tentang pengalaman saya ketika bercerita pasal tuala wanita herba ni kepada seorang kenalan lelaki di tempat kerja. Biasa la, sebelum bercerita, pekena dulu teh tarik segelas. Dah sampai separuh, baru la mula mukaddimah. Bila saya bukak cerita pasal tuala wanita, tersembur air keluar dari mulut dia. Saya memang tahu yang dia menghadapi masalah sakit BUASIR. Kalau cakap pasar, BUASIR keturunan la. Dia pernah cerita bila datang sakit dia, memang tak boleh duduk diam. Nak bawak kereta pun tak boleh. Sampai satu tahap, terpaksa ambil ubat tahan sakit di klinik untuk kurangkan rasa sakit. 

Jadi, disebabkan atas dasar nak tolong kawan, saya cuba cerita tentang tuala wanita herba ni pada dia. First time dia dengar, dia jadi terkejut. Tu yang sampai tersembur air minum tuh. Nasib baik tak kena muka saya. Belum sempat saya cerita habis, terus dia keluar ayat nih “Ko nak suruh aku pakai ker tuala wanita nih, geli la aku. Macam kelako jer pakai pompuan punyer barang.” Memang betul, memang tak nafikan yang orang lelaki memang segan nak pakai tuala wanita. Memang takde dalam sejarah dunia mengatakan tuala wanita tu untuk lelaki. Kalau tuala wanita tu untuk lelaki, bukan tuala wanita la nama dia. Mesti kita panggil tuala lelaki.

Mungkin ganjil bila dengar lelaki pakai pantiliner kan. Lelaki boleh pakai tuala wanita sebenarnya, kalau ada masalah penyakit. Macam kawan saya nih, memang patut pakai sebab ada buasir. Jadi fungsi dia memakai tuala wanita herba ni adalah untuk membantu mengecutkan semula buasir tersebut. Jika dipakai secara berterusan, Insyaallah akan hilang buasir tuh.



Sebenarnya, ramai kalangan suami yang tak tau lagi pasal kebolehan tuala wanita herba ini menyembuhkan penyakit. Cara paling senang adalah, telan ubat Phonstan atau mintak ubat tahan sakit kat klinik. Memang betul, makanan kena jaga bila dah tau diri tu ada sakit buasir. Tapi kalau dah ada pada badan sendiri, apa cara dan alternatif untuk sembuh balik. Jalan untuk penyembuhan dah ditunjukkan. Tinggal nak pakai jer lagi.

Kalau kalangan suami yang tak tau cara nak pakai tuala wanita, tanya pada yang pakar iaitu isteri atau anak pompuan anda.


2 comments on "Lelaki vs Pad..."
  1. hmmmmm bagus lah mcm tu kan walaupun mmg dgr cam pelik je laki pakai pad

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)